Skip to main content

Pilihan Raya Sarawak Ke-11 Kian Panas

Ahad, 24 April 2016 - Esok, 25 April, penamaan calon bagi Pilihan Raya Sarawak Ke-11 akan dilangsungkan. BN akan meletakkan calon di semua 82 buah kerusi DUN sementara parti lawan akan turut mencalonkan calon mereka di semua kawasan.

Yang membezakan BN dengan parti lawan kali ini ialah DAP, PKR, PAN dan PAS masih lagi bertelagah sesama sendiri tentang agihan kerusi. Mereka dijangka akan berlawan sesama sendiri di beberapa kawasan penting. Ini akan memecahkan undi mereka dan memberi kelebihan kepada BN.

Pilihan Raya akan diadakan pada 7 Mei, iaitu 2 minggu dari sekarang. Walau bagaimanapun, kempen Pilihan Raya telah pun bermula sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.

BN dijangka akan menang besar pada PR kali ini. Banyak faktor yang mendorong kepada kemenangan tersebut.

Pertama, populariti dan 'feel good factor' yang ditampilkan oleh TS Adenan Satem amat disenangi oleh kebanyakan rakyat Sarawak. Beliau juga didapati bersih, adil dan cekap. Mereka amat mempercayai TS Adenan kerana beliau telah melakukan banyak perubahan dan kebaikan kepada rakyat Sarawak sejak menerajui Sarawak 2 tahun lalu. Beliau kota apa yang dikata. Beliau tepati apa yang dijanji. Beliau benar-benar memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

Kedua, beliau telah memperkenalkan pelbagai dasar dan peraturan demi kesejahteraan rakyat Sarawak seperti menghapuskan bayaran tol, menghapuskan cukai tanah, mengurangkan cukai pintu, mengurangkan tarif elektrik, memperbaiki infrastruktur bandar dan luar bandar, memajukan kawasan luar bandar, membantu sekolah-sekolah Cina, mengiktiraf sijil sekolah Cina untuk jawatan Kerajaan, tidak menganggap Cina sebagai pendatang, semua anak Sarawak adalah rakyat Sarawak, memperjuangkan hak autonomi Sarawak, mengiktiraf bahasa Inggeris sebagai salah satu Bahasa Rasmi Sarawak, memartabatkan 22 Julai sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak, menuntut royalti minyak dan gas yang lebih tinggi daripada Kerajaan Pusat, mengiktiraf semua etnik di Sarawak dan lain-lain.

Ketiga, Parti Pembangkang yang merangkumi DAP, PKR, PAN, PAS dll masih lagi tidak sehaluan, berbalah dan berebut kerusi untuk meletak calon masing-masing. Dijangkakan, mereka akan bertanding sesama sendiri di beberapa kawasan. Situasi ini akan memberi kelebihan kepada BN.

Keempat, bilangan pengundi telah bertambah dan dijangkakan lebih 80% pengundi akan keluar mengundi pada kali berbanding 70% pada tahun 2011 disebabkan oleh populariti dan faktor kepimpinan TS Adenan Satem.    

Kelima, kemelut rumah banglo dan tanah Taman Manggis masih menghantui DAP dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan imej, integriti dan kredibiliti DAP. Kali ini, dijangkakan ramai pengundi Cina akan mengundi BN.

Semua ini akan menyumbang kepada kemenangan besar oleh BN. BN dijangka akan mengekalkan semua kerusi lama, memenangi kebanyakan daripada 11 kerusi baru yang diperkenalkan dan merebut kembali beberapa kerusi pekan dan bandar yang kini dikuasai oleh DAP. Hanya sabotaj di kalangan anggota BN boleh menjejaskan kemenangan besar ini!

                            


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...