Skip to main content

Parlimen Debat Laporan 1MDB

Jumaat, 8 April 2016 - PAC telahpun selesai menjalankan tugasnya dengan menyerahkan Laporan 1MDB kepada Parlimen pagi semalam. Laporan ini telah diserahkan selepas mendapat persetujuan semua anggota PAC yang merangkumi wakil BN dan Pembangkang. Ini bermakna mereka semua telah berpuas hati dengan Laporan berkenaan.

Kini, kita menunggu pula perbahasan mengenainya di Parlimen. Apa jua keputusan yang dicapai di Parlimen nanti harus kita terima dengan minda dan hati yang terbuka. Jangan dipolitikkan lagi isu tersebut. Di Malaysia, para politikus didapati lebih banyak berpolitik daripada melakukan kerja yang telah diamanahkan untuk kepentingan rakyat dan kemajuan negara. Sebaik saja pilihan raya selesai pada tahun 2013, agenda politik kuasa terus ditiup dan dimainkan tanpa noktah. Pelbagai isu untuk mengeruhkan keadaan telah dibangkitkan tanpa bukti kukuh sehingga menjejaskan pembangunan dan kemajuan negara serta menggugat keselamatan dan ketenteraman Rakyat.

Selepas keputusan Parlimen dicapai nanti, kita mesti terus melangkah ke hadapan demi kesejahteraan Rakyat dan kemajuan negara. Once the decision is made by Parliament, we should move on for the betterment of Rakyat and Malaysia. We should politicise less and work more. We should talk less and work more. We should walk the talk and practise what we preach. We must fulfill what we promised. We should give priority to Rakyat instead of giving too much attention to political popularity, interest and power. That's what the Rakyat need. They have given you the mandate to bring peace, progress and prosperity to them and the nation. Not to bring chaos to the beloved Malaysia!

Tabik hormat harus diberikan kepada Mr Arul Kanda, CEO 1MDB yang telah berjaya menstruktur semula, memulihkan kembali dan merasionalisasikan 1MDB sehingga Laporan 1MDB dapat dikemukakan oleh PAC kepada Parlimen. Beliau sanggup mengorbankan jawatan yang lebih lumayan di luar negara hanya untuk membantu Kerajaan menyelesaikan isu 1MDB. Keupayaan beliau boleh disamakan dengan Mr Christof Mueller yang berjaya menstruktur dan memulihkan kembali MAS yang sebelum ini dilanda dengan pelbagai masalah dan hutang.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.    
                      

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...