Skip to main content

Dr Zakir Naik Dibenar Berceramah Di UTeM

Selasa, 12 April 2016 - Kontroversi yang menyelubungi Ceramah Pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik akhirnya telah selesai.

Beliau akhirnya telah dibenarkan berceramah di UTeM, Melaka pada 17 April selepas menukar Tajuk Ceramah asalnya yang dianggap sensitif. Tajuk asal beliau, The Similarities Between Hinduism and Islam (Persamaan Antara Hinduisme dan Islam) telah ditukar kepada tajuk yang lebih sesuai.

Menteri Dalam Negeri, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa akan datang Tajuk Ceramah para Pendakwah luar negara mestilah mendapat kelulusan Jakim terlebih dahulu. Selepas diluluskan oleh Jakim barulah pendakwah tersebut dibenarkan berceramah dalam tajuk tersebut.

Dr Zakir Naik, Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, dijadualkan memberikan ceramah bertajuk "Is The Quran God's Words?" (Adakah Al-Quran Kalam Allah?) di Stadium Bukit Jalil pada 16 April.

Dr Zakir Naik yang dilahirkan di Mumbai, India pada 18 Oktober 1965 bermula sebagai seorang Doktor Perubatan dengan kelulusan MBBS dari University of Mumbai. Beliau kemudiannya berminat dan bergiat dalam bidang dakwah Islam selepas bertemu dengan Ahmed Deedat. Dr Zakir Naik sering disebut-sebut sebagai Ahmed Deedat Plus oleh Ahmed Deedat sendiri.

Dr Zakir Naik tidak dibenarkan berceramah di Kanada dan UK dalam tahun 2012 atas sebab-sebab tertentu. Beliau berceramah dalam Bahasa Inggeris yang sungguh baik dan telah menarik ramai penduduk Eropah dan Amerika memeluk Agama Islam.

Beliau telah dikurniakan Gelaran Tokoh Maal Hijrah dalam tahun 2013 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Dr Zakir Naik kini bermastautin di Dubai, Amiriah Arab Bersatu.
  

- ends -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...