Selasa, 5 April 2016 - Isu tanah Taman Manggis panas semula dan Lim Guan Eng kian terjerat susulan pendedahan terbaru yang dibuat oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN.
Dalam satu Sidang Akhbar yang diadakan hari ini, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Kerajaan Pulau Pinang telah menjual tanah Taman Manggis kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 dengan harga di bawah pasaran RM11.5 juta. Lima tahun kemudian, tanah tersebut telah dijual semula kepada pihak ketiga dengan harga RM70.6 juta, dengan keuntungan besar RM59 juta tanpa tanah tersebut dimajukan.
Datuk Abdul Rahman juga berkata dokumen-dokumen berkaitan termasuk dokumen Perjanjian Jual Beli bertarikh 11 Nov 2015 yang telah ditandatangani dan bersetem akan diserahkan kepada SPRM dan Polis untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, Lim Guan Eng telah menafikan perkara tersebut.
Dengan pelbagai bukti dan dokumen sahi yang telah diserahkan kepada SPRM dan Polis, nampaknya, Lim Guan Eng terpaksa menghitung hari-hari terakhirnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. His days as Chief Minister of Penang are numbered.
- ends -

Comments