Skip to main content

Batalkan Debat Rahman Dahlan-Lim Guan Eng

Selasa, 12 April 2016 - Selepas Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Dewan Negara meminta supaya Debat Rahman Dahlan-Lim Guan Eng dibatalkan, kini Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan pula telah mendesak agar Debat berkenaan dibatalkan.

Beliau berkata Debat tersebut akan mengganggu siasatan SPRM yang sedang dijalankan di samping mengelirukan lagi keadaan sekarang.

Dalam dua posting saya yang lalu saya telah menyatakan bahawa Debat tersebut tidak perlu diadakan kerana ia tidak akan menyelesaikan isu Rumah Banglo LGE dan tanah Taman Manggis, malah akan menyemarakkan lagi polemik di kalangan rakyat. Wadah terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut ialah di Mahkamah. Pelbagai bukti sahih telah pun diperolehi dan LGE perlu didakwa di Mahkamah.

Saya berpendapat, sekiranya debat tersebut dilangsungkan ia hanya akan menguntungkan LGE dan DAP. Walaupun Datuk Abdul Rahman Dahlan dapat mengemukakan pelbagai bukti, fakta, angka dan hujah yang bernas, LGE pasti akan menolak semua itu dengan pelbagai alasan, penafian, pembohongan, putar belit dan dolak dalih. Sebaliknya, beliau akan menggunakan slot RTM1 dan TV3 bukan saja untuk menyerang Datuk Abd Rahman Dahlan, tetapi juga untuk menghentam UMNO, BN, Kerajaan dan PM. Beliau pasti akan menggunakan strategi tersebut. Siapa yang bodoh dan siapa yang rugi? Saya melihat situasi ini seperti Kerajaan telah memberi ruang dan peluang percuma kepada LGE untuk beliau memalu dan menghentam balik Kerajaan. Ini satu kerja bodoh.

Just cancel the Debate. Don't waste your TV air time worth thousands of Ringgit just to be humiliated and mocked by LGE and DAP. They are witty, sneaky and cocky. The will maximise the air time not only to pummel Datuk Abd Rahman Dahlan to dust but also to propagate their political agendas. They will use the Debate as opportunities to penetrate every nook and corner of Sarawak since they are not allowed entry into Sarawak for the coming election campaign. Just think of that. You provide them weapons to shoot you back. Believe me, immediately after the Debate, LGE and DAP will be laughing and smiling to their bases, while BN will be crying to their bases because of their own stupidity.

Just cancel the debate before it's too late! The issues should be settled at the Court of Law, not at the Court of Public Opinion or Media.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.
  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...