Skip to main content

Nilai Ringgit Diramal Cecah RM3.70 Minggu Depan!

Ahad, 3 April 2016 - Nilai Ringgit diramalkan akan mencecah RM3.70 pada minggu depan ekoran beberapa perkembangan ekonomi tempatan dan global yang meyakinkan.

Sejak awal tahun ini pelaburan asing yang memasuki Malaysia didapati kian meningkat susulan keyakinan para pelabur terhadap prestasi ekonomi Malaysia sekarang. Ini diperkukuhkan lagi dengan peningkatan harga gas dan minyak mentah yang berlegar di sekitar US$35 - US$40 setong, Amerika Syarikat mencatat data ekonomi yang kurang memberangsangkan yang mendorong Federal Reserve membatalkan hasrat mereka untuk meningkatkan kadar faedah dalam bulan April dan ekonomi China yang kian stabil .

Faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada peningkatan nilai Ringgit ini ialah pertambahan kutipan cukai nergara, pengurangan perbelanjaan negara, penjualan aset tenaga 1MDB dan pembayaran balik hutang bernilai RM6 bilion.

Untuk memastikan nilai Ringgit dan ekonomi Malaysia terus mantap dan meningkat, pelantikan Gabenor Bank Negara baru perlulah dibuat secara bijak. Jika tersilap pilih, ia boleh memberi impak kepada nilai Ringgit dan ekonomi negara serta menjejaskan keyakinan para pelabur asing dan tempatan. Sehubungan itu, saya berpendapat orang yang paling layak dan sesuai untuk menyandang jawatan tersebut ialah seorang 'Genuine Banker', bukannya orang politik. Orang yang saya maksudkan ialah Datuk Muhammad Ibrahim, timbalan kepada TS Dr Zeti. Beliau amat kaya dengan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perbankan, ekonomi dan kewangan negara dan global selepas sekian lama membantu TS Dr Zeti. Saya percaya perlantikan beliau akan memberi keyakinan dan nafas baru kepada para pelabur asing dan tempatan kerana beliau adalah seorang 'Genuine Banker' yang bebas daripada pengaruh dan percaturan politik.

DS Abdul Wahid Omar perlulah dikekalkan sebagai Menteri bagi menguruskan hal ehwal ekonomi negara. Nama-nama lain yang disebut-sebut sebagai pengganti TS Zeti perlulah dikekalkan dalam jawatan masing-masing. Pelantikan orang politik sebagai Gabenor Bank Negara amat tidak sesuai dan akan mengundang pelbagai tanda tanya, spekulasi, polemik, kontroversi, keresahan dan boleh menjejaskan kedudukan ekonomi negara termasuk nilai mata wang Ringgit. Jawatan Gabenor Bank Negara amat penting dan sensitif kepada ekonomi negara. Kredibiliti dan integriti beliau boleh mempengaruhi ekonomi serta para pelabur asing dan tempatan. Sehubungan itu, Kerajaan perlu melantik seorang 'Genuine Banker' yang hanya mengutama dan memikirkan soal perbankan, ekonomi dan kewangan negara dan global tanpa bermain politik serta kebal daripada percaturan dan pengaruh politik.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.  

    

               

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...