Skip to main content

Demonstrasi Anti-GST Kurang Sambutan Dan Tun Dr M Dipersenda

Ahad, 3 April 2016 - Demonstrasi Anti-GST semalam yang dikatakan sebelum ini akan mendapat sambutan hebat, sebenarnya amat meleset. Penganjur perhimpunan menjangkakan seramai 10,000 demonstrator akan membanjiri Dataran Merdeka, tetapi malangnya hanya sekitar 2,000 orang yang hadir.

Beberapa orang tokoh pembangkang telah berucap mengenai Anti-GST, kenaikan harga barang dll kepada para demonstrator yang kebanyakannya masih kabur dan tidak faham tentang GST, prosedur dan proses GST, pro dan kontra tentang GST dll.

Yang paling mencuri perhatian di demonstrasi itu ialah kehadiran Tun Dr Mahathir di penghujung Perhimpunan Anti-GST itu. Beliau telah dijemput ke pentas oleh Mat Sabu dan telah berucap mengenai Anti-GST, kenaikan harga barang di samping meneruskan agendanya dengan meminta agar DS Najib berundur.              

Ketika beliau berucap, sekumpulan penyokong Anwar Ibrahim telah melaungkan slogan Reformasi, Bebaskan Anwar dan Undur Mahathir. Mereka jelas tidak senang dengan kehadiran Dr Mahathir, orang yang bertanggungjawab memecat dan memenjarakan Anwar.

Yang paling memalukan Dr Mahathir ialah apabila Dr Badrulamin Baharom, orang kuat Anwar Ibrahim, diminta membacakan doa di akhir acara perhimpunan. Dalam doanya beliau telah meminta agar Allah menghukum mereka yang melakukan kezaliman. Beliau berdoa agar Allah menghukum Mahafiraun dan Mahazalim.

Dalam era Reformasi, nama Mahafiraun dan Mahazalim ditujukan kepada Dr Mahathir yang dianggap zalim kerana telah memecat dan memenjarakan Anwar Ibrahim.

Perhimpunan semalam jelas gagal dan sepi tanpa sokongan dan kehadiran para penyokong PAS. PAS telah keluar daripada Pakatan Harapan dan kini didapati berbaik-baik dan bekerjasama dengan UMNO.

Daripada perkembangan tersebut jelas bahawa DAP, PKR dan PAN masih tidak sehaluan dengan Team Dr Mahathir. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri dan hanya kuda menguda antara satu sama lain demi matlamat dan kepentingan parti, politik dan diri mereka. Kerjasama mereka adalah ibarat A Marriage of Convenience. Hanya Tidur Sebantal, Tetapi Mimpi Lain-Lain.          




* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...