Skip to main content

Debat Datuk Abd Rahman Dahlan Dan Lim Guan Eng Tidak Perlu Diadakan

Jumaat, 8 April 2016 - Datuk Abd Rahman Dahlan telah mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat tentang isu Rumah Banglo LGE dan tanah Taman Manggis, Pulau Pinang. Lim Guan Eng telah menyahut seruan tersebut sementara Datuk Salleh Said Keruak telah bersedia untuk menyediakan satu slot di RTM bagi menyiarkan debat berkenaan secara langsung.

Pada pendapat saya, debat tersebut tidak perlu diadakan. Ia hanya membuang masa dan menjadi publicity stunt untuk BN dan DAP. Debat tersebut tidak akan menyelesaikan masalah Rumah Banglo LGE dan tanah Taman Manggis, malah akan mengeruh dan merumitkan lagi keadaan, sementara rakyat menjadi semakin bingung dan keliru.

Platform terbaik untuk merungkai dan menyelesaikan isu tersebut ialah di Mahkamah. Memandangkan pelbagai bukti kukuh telah ditemui, pihak Polis dan SPRM perlu menyegerakan kes tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Di mahkamah nanti para peguam Lim Guan Eng dan para pendakwa raya akan berpeluang berhujah semahunya dengan menampilkan pelbagai bukti. Akhirnya, Tuan Hakim yang akan menentukan sama ada Lim Guan Eng didapati bersalah ataupun sebaliknya. Mahkamah adalah wadah yang terbaik untuk menyelesaikan isu Rumah Banglo LGE dan tanah Taman Manggis, bukannya berdebat secara langsung di TV.

Sebelum ini Debat Arul Kanda dan Tony Pua telah riuh dicanangkan untuk meraih publisiti murahan. Akhirnya debat tersebut telah dibatalkan, dan PAC juga yang akhirnya membuat keputusan muktamad.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.  


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...