Skip to main content

PAC Serah Laporan 1MDB Kepada Parlimen

Khamis, 7 April 2016 - PAC hari ini telah menyerahkan Laporan 1MDB setebal 106 muka kepada Parlimen. Speaker Dewan Rakyat, TS Pandikar Amin Mulia berkata Laporan 1MDB kini boleh diperdebatkan dalam Parlimen.

Setelah sekian lama kita hanya mendengar mengenai pro dan kontra tentang 1MDB, kini telah tiba masanya untuk kita mengikuti dan mendengar sendiri pandangan dan hujah-hujah yang akan dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen tentang 1MDB.

PAC dianggotai oleh 9 wakil BN dan 5 wakil Pembangkang. Pengerusi PAC disandang oleh wakil BN, Datuk Hassan Arifin sementara Timbalan Pengerusi dipegang oleh wakil DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Laporan PAC boleh dilayari di Laman Sesawang PAC (PAC Website).

Dalam laporan tersebut, PAC telah mengenalpasti kelemahan struktur modal dan pengurusan 1MDB, dan mendapati bekas CEO 1MDB, Sharul Azral Ibrahim harus dipertanggungjawabkan terhadap kelemahan dan kekangan yang dihadapi oleh 1MDB.

Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw berkata Perdana Menteri tidak harus dipertanggungjawabkan terhadap urusan 1MDB kerana beliau hanya seorang Pengerusi kepada Lembaga Penasihat.

"Saya berpendapat ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan serta mereka yang menguruskan syarikat tersebut yang harus disiasat.

"Itulah yang sepatutnya dilakukan. Dari aspek undang-undang, bagaimana kita boleh ambil tindakan terhadap mereka yang tidak berbuat apa-apa?" kata beliau di lobi Parlimen.

"Ini peraturan undang-undang. Anda tidak boleh menghukum seseorang sehinggalah beliau terbukti bersalah," kata Dr Tan lagi.

Sementara itu, DS Najib berkata laporan PAC membuktikan bahawa RM42 bilion itu tidak hilang seperti yang dituduh oleh Tun Dr Mahathir.

PAC juga meminta agar lembaga penasihat 1MDB dibubarkan bersama Klausa 117 dalam syarikat tersebut demi pengurusan 1MDB yang lebih baik.

Laporan tersebut juga mendapati ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB telah gagal terhadap tanggungjawab mereka.

Mereka didapati tidak proaktif dalam meneliti pengurusan dan memantau aktiviti aliran tunai syarikat.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah 1MDB turut menawarkan peletakan jawatan secara kolektif berikutan pembentangan Laporan PAC di Parlimen pagi ini. Ini bagi membolehkan siasatan dijalankan secara bebas, adil dan telus.  
    

- ends -

    

        

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...