Skip to main content

TNB Perlu Turunkan Tarif Elektrik

Khamis, 21 April 2016 - TNB merupakan salah sebuah syarikat terbesar di Malaysia yang banyak menggunakan minyak untuk menjana janakuasanya. Sejak kejatuhan harga minyak lebih setahun yang lalu, TNB tidak pernah menyemak semula atau menurunkan tarif mereka, malah semakin mengaut lebih banyak keuntungan, terutama sekali di musim kemarau ini di mana darjah kepanasan boleh mencecah lebih 35 Darjah Selsius. Mereka sepatutnya menurunkan tarif mereka sejajar dengan kejatuhan harga minyak masa kini.

Pada masa sekarang boleh dikatakan setiap rumah yang mempunyai 2 atau 3 unit Aircon terpaksa membayar bil melebihi RM400 sebulan. Cuba bayangkan berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh TNB daripada para pengguna di seluruh Semenanjung.  

Saya berpendapat, dengan harga minyak yang rendah sejak lebih setahun lalu, TNB perlu prihatin terhadap kebanyakan rakyat Malaysia dengan menurunkan tarif elektrik mereka. Dengan mengurangkan tarif elektrik, TNB bukan saja akan tetap mengaut keuntungan yang besar, tetapi juga dapat membantu dan mengurangkan bebanan rakyat Malaysia yang kini mengalami kemarau panjang.

Jika Negeri Sarawak di bawah pentadbiran TS Adenan Satem boleh mengurangkan tarif elektrik mereka untuk kepentingan rakyat Sarawak, mengapa tidak di Semenanjung di mana TNB telah mengaut keuntungan besar sejak dulu lagi. Mereka adalah sebuah Syarikat Besar yang telah lama bertapak dan telah lama mengaut keuntungan besar.

Jika kita lihat bil elektrik kita sekarang, kita pasti menemui pelbagai caj servis yang dikenakan oleh TNB di samping tarif elektrik yang masih tinggi. Ini amat membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Saya merayu kepada TNB agar Prihatinlah terhadap keluhan rakyat sekarang yang kepanasan akibat kemarau panjang dan kepanasan akibat harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi. Harga barangan boleh turun sekiranya harga minyak dan tarif elektrik turun!



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.

            

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...