Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Tirai 2017 Dilabuhkan, Tirai 2018 Disingkap

Selasa, 26 Disember 2017 - Beberapa hari lagi, Tirai Tahun 2017 akan dilabuhkan dan Tirai Tahun Baru 2018 akan disingkap. Rasanya, seperti baru semalam kita menyambut Tahun Baru 2017. Begitulah pantasnya masa berlalu! Sebenarnya, masa masih berlalu 24 jam sehari seperti dulu. Manusialah yang berlalu begitu pantas dengan pelbagai kesibukan dunia sehinggakan masa dirasakan begitu singkat! Biasanya, apabila tiba saja tahun baru, pelbagai Resolusi baru akan mula bermain di benak kita. Pelbagai agenda, rancangan, program dan cita-cita dirancang untuk dilaksanakan. Di muka awal Diari baru akan dipenuhi dengan pelbagai perkara yang hendak dibuat. Segala-galanya begitu ghairah! Tetapi, sebelum kita pergi lebih jauh daripada itu, sudahkah semua Resolusi tahun lalu dilaksanakan? Saya percaya, masih banyak lagi Resolusi tahun lalu yang tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Ada juga, yang langsung tidak melaksanakan sebarang Resolusi walaupun Diari mereka sarat dengan pelbagai Re...

Negara-Negara Islam Perlu Buka Kedutaan Di Baitulmaqdis Timur!

Selasa, 26 Disember 2017 - PBB telah pun meluluskan resolusi untuk menolak Pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel. Sejajar dengan resolusi tersebut, Baitulmaqdis Timur adalah milik Palestin dan Pengiktirafan AS itu adalah Tidak Sah, Illegal, Illegitimate, Null and Void. Selepas resolusi tersebut diluluskan, Israel telah menghubungi beberapa buah negara supaya mendirikan kedutaan mereka di Baitulmaqdis seiringan dengan hasrat AS. Guatemala, sebuah negara miskin dan kecil yang banyak mendapat bantuan kewangan AS dan Israel, telah menyahut seruan tersebut untuk mengadakan kedutaan di Baitulmaqdis. Saya yakin, selepas ini banyak lagi negara kecil dan miskin yang mendapat bantuan kewangan AS dan Israel akan membuka kedutaan mereka di Baitulmaqdis kerana terdesak dan didesak oleh AS dan Israel. Sebelum perkara ini berlanjutan, saya harap semua negara Islam perlu membuka segera kedutaan masing-masing di Baitulmaqdis Timur sejajar dengan resolusi PBB serta menye...

PBB Tolak Keputusan AS, Trump Malu Besar!

Jumaat, 22 Disember 2017 - PBB telah memberikan tamparan hebat kepada AS dan Israel apabila 128 buah negara menolak keputusan AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel. Resolusi tersebut dibuat di Perhimpunan Agung Tergempar PBB semalam. 128 buah negara telah menyokong Resolusi tersebut, 9 buah negara termasuk US dan Israel menentang dan 35 buah negara berkecuali. 21 buah negara tidak hadir untuk mengundi. Ini bererti, Baitulmaqdis Timur masih milik Palestin. Alhamdulillah. Dengan Resolusi tersebut, Pengiktirafan AS yang dibuat pada 6 Disember adalah Tidak Sah, Illegal, Illegitimate, Null and Void. AS perlu menarik balik Pengiktirafan tersebut. Jika tidak, AS boleh dianggap sebagai a Rogue Nation yang tidak mematuhi Undang-Undang dan Konsensus Antarabangsa. Mereka hanya kenal Undang-Undang Rimba (Law of the Jungle)! Adakah selepas ini AS akan menarik balik bantuan kewangan kepada negara-negara yang menentang mereka? Sama-sama kita saksikan. Jika AS menarik bal...

Trump Semakin Gila!

Khamis, 21 Disember 2017 - Selepas Duta AS ke PBB, Nikki Haley melemparkan amaran kepada negara-negara anggota PBB semalam, hari ini Trump pula telah menunjukkan keegoaan dan kegilaannya. Beliau mengancam untuk menarik balik bantuan kewangan AS daripada negara-negara yang menyokong Resolusi Draf pada hari ini di Perhimpunan Tergempar PBB. Sikap tersebut jelas mencerminkan mentaliti jelik dan keanak-anakan Trump, bukan keintelektualan. Orang Intelek tidak akan berfikir, bersikap dan bertindak sedemikian. Beliau mendesak agar semua orang mengikuti dan mematuhi arahannya, jika tidak, beliau tidak akan kawan lagi. Begitulah perangai kanak-kanak yang ditunjukkan oleh Trump. Saya harap, seluruh negara Islam dan negara-negara lain akan menyokong sebulat suara Resolusi Draf tersebut dan menolak sekeras-kerasnya Pengiktirafan AS. Bantuan kewangan AS tidak penting dan tidak perlu jika dibandingkan dengan soal Akidah dan Keimanan Umat Islam. Ekonomi kita tidak akan lumpuh dan kita tidak aka...

AS - Pembuli Dan Penyangak Dunia!

Rabu, 20 Disember 2017 - Karakter AS sebagai Pembuli dan Penyangak Dunia semakin menyerlah apabila Dutanya ke PBB, Nikki Haley memberi amaran kepada negara-negara anggota PBB bahawa beliau akan mencatat nama negara-negara yang menolak rancangan AS dan melaporkannya kepada Trump. Amaran tersebut mencerminkan sikap angkuh, sombong dan ego AS. Mereka seolah-olah sebuah kuasa besar dan diktator dunia yang mesti dipatuhi, jika tidak, akan menerima padahnya. Itulah karakter sebenar sebuah negara Pembuli dan Penyangak Dunia (a Rogue Nation). Inilah AS di bawah pemerintahan Trump yang bergelumang dengan pelbagai masalah pentadbiran dan skandal.          Perhimpunan Agung Tergempar PBB akan diadakan Khamis ini bagi membicangkan Pengiktirafan dan Veto AS, Resolusi Draf, keputusan Majlis Keselamatan PBB dan Status Baitulmaqdis. Dalam Perhimpunan ini, tiada negara yang memiliki kuasa Veto seperti terdapat dalam Majlis Keselamatan PBB. Saya harap majoriti negara akan...

Kedutaan Turki, Malaysia Dan Negara Islam Lain Di Baitulmaqdis Timur?

Rabu, 20 Disember 2017 - Persidangan OIC yang diadakan di Turki baru-baru ini telah mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai Ibu Negara Palestin. Sejajar dengan Resolusi tersebut, Turki telah mengesahkan bahawa ia akan memindahkan Kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis Timur. Syabas Turki! Difahamkan, Malaysia dan negara-negara Islam lain akan turut menempatkan Kedutaan mereka di Baitulmaqdis Timur. Langkah ini dilakukan bagi mengukuhkan lagi kedudukan Baitulmaqdis Timur sebagai milik Palestin, bukan milik Israel seperti yang diiktiraf oleh AS. AS kini terjerat dengan perangkapnya sendiri apabila seluruh dunia telah menolak dasarnya serta mengutuk keras dan mendesak supaya ia menarik balik Pengiktirafan tersebut kerana ia adalah Tidak Sah, Illegal, Illegitimate, Null and Void dari aspek Undang-Undang dan Konsensus Antarabangsa. Perhimpunan Agung Tergempar PBB dijangka akan diadakan pada Khamis ini bagi membincangkan perkara Pengiktirafan dan Veto AS, Resolusi Draf, Keputusan Maj...

AS Kian Terpencil

Selasa, 19 Disember 2017 - Tindakan unilateral AS yang mengiktiraf Baitulmaqdis (Al-Quds As-Syarif) sebagai Ibu Negara Israel telah ditolak oleh 14 negara anggota Majlis Keselamatan PBB. Ini termasuk para sekutu Amerika seperti Britain, Perancis, Itali, Jepun dan Ukraine. Walau bagaimanapun, AS telah menggunakan Kuasa Vetonya untuk menolak resolusi tersebut. Resolusi tersebut jelas menunjukkan bahawa dunia telah meminggirkan hasrat AS itu dan AS kian terpencil dengan tindakan unilateralnya. Sebelum ini, OIC telah menolak Pengiktirafan tersebut dan telah menamakan Baitulmaqdis Timur sebagai Ibu Negara Palestin. EU telah menolaknya dan mahu ia diputuskan menerusi rundingan bersama Palestin-Israel, dan negara-negara lain telah mengutuk keras tindakan AS itu. Apa yang perlu dilakukan oleh Palestin sekarang ialah dengan merujuk perkara tersebut kepada Perhimpunan PBB. Keputusan PBB yang dianggotai oleh hampir 200 buah negara akan menjadikan Pengiktirafan unilateral AS Tidak Sah, Mel...

Baitulmaqdis Tidak Akan Jadi Ibu Negara Israel!

Selasa, 12 Disember 2017 - Cita-cita Israel untuk menjadikan Baitulmaqdis Ibu Negara mereka tidak akan kesampaian. Walaupun ia diiktiraf oleh Amerika Syarikat, dunia antarabangsa telah mengecam langkah tersebut dan masih tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel sejajar dengan Konsensus Antarabangsa. Saya yakin Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara lain akan menolak pengiktirafan tersebut. Ini bermakna, AS telah terpencil dan dipinggirkan oleh dunia antarabangsa. Ini juga bererti, pengiktirafan tersebut adalah tidak sah, illegal, illegitimate, null and void tanpa Kosensus Antarabangsa. Sejak dulu lagi, Baitulmaqdis Timur - di mana terletaknya Masjidil Aqsa, Kubah Batu (Dome of the Rock) dan pelbagai tempat suci - telah menjadi Ibu Negara Palestin. Ia telah ditakluk oleh Israel pada tahun 1967 dalam Perang 6 Hari. Sebelum itu, Baitulmaqdis Barat telah di...

Pertahankan Institusi DiRaja!

Ahad, 10 Disember 2017 - Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Yang Ke-72, patik merafak sembah merakamkan Selamat Hari Lahir kepada Tuanku yang jatuh pada 11 Disember. Selaku anak kelahiran Selangor yang berdarah Bugis, patik akan sentiasa taat setia dan patuh pada Pemerintahan Tuanku yang berteraskan Ketuanan Bangsa Melayu, Keagungan Agama Islam, Kedaulatan Negeri Selangor, Keadilan dan Keamanan. Institusi DiRaja di Malaysia harus dipertahankan sampai bila-bila! Hilangnya Institusi DiRaja, bermakna lenyapnya Ketuanan Bangsa Melayu dan Keagungan Islam di Malaysia. Ia akan diganti dengan pemerintahan ala Republik di mana sesiapa saja boleh menjadi pemimpin dan pemerintah. Ketika itu, orang Melayu Islam tidak lagi menjadi Bangsa bermaruah yang 'privilege', tetapi sama saja dengan bangsa-bangsa lain. Agama Islam tidak lagi menjadi Agama Persekutuan dan Negeri, tetapi sama saja dengan agama-agama lain di Malaysia. Orang Melayu Islam akan hilang identiti dan kredibiliti ...

Trump Telah Iktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel!

Khamis, 7 Disember 2017 - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel. Beliau mengumumkan perkara tersebut di White House semalam walaupun mendapat tentangan sebilangan daripada penasihatnya dan para pemimpin dunia, terutama sekali negara-negara Arab. Bagi para pemimpin dan rakyat Palestin, pengiktirafan tersebut telah menutup segala pintu rudingan damai dengan Israel, tetapi telah membuka segala pintu neraka. Dengan pengiktirafan tersebut, rantau berkenaan dijangka akan bergolak lagi dengan Intifada baru, serangan dan peperangan berpanjangan dengan penyertaan kumpulan ekstremis. Donald Trump telah melakukan kesilapan besar dalam sejarahnya! Para pemimpin dunia terkejut dengan tindakan Trump itu dan Bangsa-Bangsa Bersatu dijangka akan mengadakan Sidang Tergembar bagi menghadapi perkembangan terbaru ini. Dunia antarabangsa tidak mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Baitulmaqdis. Baitulmaqdis Timur, di mana terletaknya Kota ...

Trump Iktiraf Baitulmaqdis/Jerusalem Sebagai Ibu Negara Israel?

Rabu, 6 Disember 2017 - Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat, dijangka akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel pada hari ini, jam 1 petang waktu AS. Ini telah disahkan oleh para pegawai Rumah Putih. Ia telah mendapat bantahan keras daripada para pemimpin dunia, terutama sekali dari Timur Tengah. Para pemimpin Arab dari Arab Saudi, Mesir, Jordan, Palestin dan Turki telah menghubungi Trump supaya membatalkan hasratnya itu. Jika diteruskan, ia akan mengundang kemarahan para penganut Islam, bukan saja di Palestin, tetapi juga di seluruh dunia. Israel dan Amerika Syarikat akan menjadi sasaran, dan Intifada baru akan bermula! Serangan terhadap Israel mungkin juga akan tercetus! To Mr Trump, just forget your campaign promises to make Jerusalem/Baitulmaqdis the Capital of Israel. Just leave Jerusalem as it is. It's a holy place for three great religions - Islam, Christian and Judaism. Muslims have an equal right to the holy place which we call Baitulmaqdis. To Muslim...

Mampukah PH Tewaskan BN Dalam PRU-14?

Selasa, 5 Disember 2017 - Ahad lalu, The Malaysian Insight dan The Star telah melaporkan bahawa G5 daripada PH telah mencadangkan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah sebagai calon PM dan TPM. Cadangan tersebut telah mendapat tentangan sebilangan penyokong Azmin Ali yang telah meletakkan nama beliau sebagai calon utama. Walau bagamanapun, Khalid Samad, Pengarah Komunikasi PAN, telah menafikan perkara tersebut. Sekiranya benar, situasi tersebut memperlihatkan pertembungan antara kem Dr Wan dan Azmin Ali serta konflik ketara antara para pemimpin PH . Saya berpendapat, cadangan untuk meletakkan Dr Mahathir sebagai calon PM as a bad choice and a desperate move by PH. Mengapa saya kata begitu. Pertama, ia adalah satu strategi dan helah DAP untuk menggunakan Dr Mahathir bagi meraih undi orang Melayu. Orang Melayu sedar tentang perkara ini. Kedua, Dr Mahathir kini telah pun berusia 93 tahun, semakin uzur (sekarang sedang mengalami demam panas dan dinasihati Doktor supaya berehat), carries a lot ...

PH Cadang Dr Mahathir Sebagai PM Dan Dr Wan Azizah Sebagai TPM

Ahad, 3 Disember 2017 - Difahamkan, Pakatan Harapan hari ini telah mencadangkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam PRU-14 akan datang. Keputusan itu dibuat di akhir perjumpaan PH selama dua hari di Putrajaya. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut telah dibantah oleh ramai pemimpin PH yang menyertai perjumpaan itu. Menurut sumber yang dipercayai, dalam pemilihan dalaman yang dibuat, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor telah menjadi pilihan utama para pemimpin PH. Dipercayai, lima pemimpin atasan PH, atau G5 yang dianggotai Dr Mahathir, Dr Wan Azizah, TS Mahyuddin, Lim Guan Eng dan Mat Sabu telah membuat keputusan tersebut. Ini bermakna, jika PH menang dalam PRU-14 akan datang, Dr Mahathir akan menjadi PM buat kali kedua dan Dr Wan Azizah akan menjadi TPM Wanita yang pertama di Malaysia! - ends -        Penulis adalah Freelancer yang pernah bertugas di LPK, Eric White Assoc...

TS Khalid Ibrahim Bantu BN Untuk Rampas Semula Selangor!

Sabtu, 2 Disember 2017 - Di Konvensyen UMNO Selangor, PWTC hari ini, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyatakan sokongan beliau kepada UMNO dan BN untuk merampas semula Negeri Selangor daripada Pakatan Harapan di PRU-14. Tan Sri Khalid berkata beliau adalah Wakil Bebas dan bebas untuk menyokong mana-mana parti untuk kebaikan rakyat dan Negeri Selangor. Beliau yang telah dipecat daripada PKR adalah Wakil Bebas yang mewakili DUN Pelabuhan Klang dan Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak. Dalam bulan Oktober lalu, di Hi-Tea Pas Selangor, beliau berkata ia akan membantu Pas dalam kempen Pilihan Raya. Tan Sri Khalid juga berkata beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya akan datang. Dengan penyertaan Tan Sri Khalid, UMNO dan BN kini mempunyai 4 orang Bekas MB Selangor untuk membantu BN merampas semula Negeri Selangor. Mampukah BN merampas semula Negeri Selangor pada PRU-14 dengan penyertaan Tan Sri Khalid? - ends - Penulis adalah Freelancer yang pernah bertugas di LPK, Eric Whi...

Akhirnya Pope Francis Guna Istilah Rohingya Di Bangladesh

Sabtu, 2 Disember 2017 - Pope Francis, ketua Katholik sedunia, telah menyebut istilah Rohingya ketika beliau berucap di depan para pelarian Rohingya di Dhaka, Bangladesh. Dengan menyebut nama Rohingya, secara tidak langsung beliau telah mengiktiraf kewujudan etnik Rohingya di kawasan Rakhine. Ini bermakna, etnik Rohingya di Rakhine bukanlah pendatang haram dari Bangladesh yang digelar Bengali oleh Kerajaan dan rakyat Myanmar. Syabas Pope Francis! Sebelum ini, ketika di Myanmar, Pope Francis hanya membisu tanpa menggunakan istilah Rohingya semasa beliau menyentuh isu penderitaan para pelarian dan hak asasi manusia. Beliau telah dinasihati oleh Archbishop Yangon agar jangan menggunakan istilah tersebut ketika di Myanmar, bimbang akan keselamatan para penganut Katholik serta reaksi ganas para penganut Buddhist. Dengan penggunaan istilah itu, Pope Francis, ketua kepada jutaan Katholik di seluruh dunia, telah memberi tekanan langsung kepada Myanmar agar selesaikan isu Rohingya dengan ba...

Al-Fatihah Untuk Surin Pitsuwan

Sabtu, 2 Disember 2017 - Sebutir lagi Permata telah hilang di Thailand dengan pemergian Surin Abdul Halim Ismail Pitsuwan, 68 tahun, warga Thai berketurunan Melayu Islam dari Nakhon Si Thammarat. Beliau rebah akibat serangan jantung di rumahnya ketika sedang bersiap untuk menghadiri Majlis Halal Thailand di Bitec Bangna. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hosiptal Ramkhamhaeng. Kehilangan mengejut beliau bukan saja amat dirasai di Thailand, tetapi juga di Malaysia, Asean dan seluruh dunia, kerana kebijaksanaan dan kepintarannya dalam arena Diplomasi. Beliau adalah seorang Intelektual dan Diplomat yang sukar ditandingi dan dicari ganti. Allahyarham yang memperolehi Master dan Ph.D dari Universiti Harvard, USA pernah menjadi Menteri Luar Thailand dari 1997 hingga 2001 dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Asean pada 1 Januari 2008 selama lima tahun. Jenazah Negarawan tersebut telah dikebumikan semalam di tanah perkuburan Islam bersebelahan Masjid Tha It, Nonthaburi, Bangko...