Skip to main content

Negara-Negara Islam Perlu Buka Kedutaan Di Baitulmaqdis Timur!

Selasa, 26 Disember 2017 - PBB telah pun meluluskan resolusi untuk menolak Pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel. Sejajar dengan resolusi tersebut, Baitulmaqdis Timur adalah milik Palestin dan Pengiktirafan AS itu adalah Tidak Sah, Illegal, Illegitimate, Null and Void.

Selepas resolusi tersebut diluluskan, Israel telah menghubungi beberapa buah negara supaya mendirikan kedutaan mereka di Baitulmaqdis seiringan dengan hasrat AS. Guatemala, sebuah negara miskin dan kecil yang banyak mendapat bantuan kewangan AS dan Israel, telah menyahut seruan tersebut untuk mengadakan kedutaan di Baitulmaqdis.

Saya yakin, selepas ini banyak lagi negara kecil dan miskin yang mendapat bantuan kewangan AS dan Israel akan membuka kedutaan mereka di Baitulmaqdis kerana terdesak dan didesak oleh AS dan Israel.

Sebelum perkara ini berlanjutan, saya harap semua negara Islam perlu membuka segera kedutaan masing-masing di Baitulmaqdis Timur sejajar dengan resolusi PBB serta menyekat rancangan AS dan Israel untuk meluaskan lagi tanah jajahan mereka di Palestin. Jika tidak, Israel dengan kedegilan dan keangkuhan mereka akan menguasai seluruh Baitulmaqdis Timur terlebih dahulu.

Dengan berbekalkan Political Pressures and Political Weights daripada resolusi PBB itu, negara-negara Islam perlu mendirikan segera kedutaan mereka di Baitulmaqdis Timur! Saya harap, ia akan didahului oleh negara Turki, sebuah Super Power Islam dan anggota NATO, dan diikuti oleh negara-negara Islam lain termasuk Malaysia. Usaha ini akan memberi impak yang lebih berkesan jika ia turut diikuti oleh negara Rusia, China, Perancis, Jepun dan Germany.

- ends -             

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...