Skip to main content

Mampukah PH Tewaskan BN Dalam PRU-14?

Selasa, 5 Disember 2017 - Ahad lalu, The Malaysian Insight dan The Star telah melaporkan bahawa G5 daripada PH telah mencadangkan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah sebagai calon PM dan TPM. Cadangan tersebut telah mendapat tentangan sebilangan penyokong Azmin Ali yang telah meletakkan nama beliau sebagai calon utama. Walau bagamanapun, Khalid Samad, Pengarah Komunikasi PAN, telah menafikan perkara tersebut.

Sekiranya benar, situasi tersebut memperlihatkan pertembungan antara kem Dr Wan dan Azmin Ali serta konflik ketara antara para pemimpin PH .

Saya berpendapat, cadangan untuk meletakkan Dr Mahathir sebagai calon PM as a bad choice and a desperate move by PH. Mengapa saya kata begitu. Pertama, ia adalah satu strategi dan helah DAP untuk menggunakan Dr Mahathir bagi meraih undi orang Melayu. Orang Melayu sedar tentang perkara ini. Kedua, Dr Mahathir kini telah pun berusia 93 tahun, semakin uzur (sekarang sedang mengalami demam panas dan dinasihati Doktor supaya berehat), carries a lot of baggage from his past misdeeds serta mempunyai pelbagai rekod U-Turns yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang Melayu. Orang Melayu sekarang lebih bijak dan mahu negara ini terus diperintah oleh Parti yang bertunjangkan perjuangan Melayu dan Islam, bukan parti yang didominasi oleh DAP yang sentiasa memperjuangkan Malaysian Malaysia. Ini adalah realiti politik di Malaysia!

Kita semua tahu tentang kedudukan Dr Wan. Beliau adalah seorang Doktor, isteri dan ibu yang baik, tetapi a reluctant politician. Beliau tidak berminat dalam politik, tetapi terpaksa diterjunkan ke kancah politik bagi menggantikan suaminya, DS Anwar Ibrahim, yang telah dipenjarakan. Beliau dilihat sebagai a feel good factor bagi meneruskan perjuangan Anwar serta untuk menarik para penyokong. Ada pendapat mengatakan beliau hanyalah seat warmer untuk digantikan dengan Anwar Ibrahim apabila beliau dibebaskan daripada penjara kelak. 

Sejak pelantikan beliau sebagai ketua PKR, beliau didapati tidak menonjol dan menyerlah. Beliau lebih dilihat sebagai seorang Doktor, isteri dan ibu yang baik, bukan sebagai pemimpin PKR yang berwibawa dan berkaliber. Azmin Ali didapati lebih menyinar, berkemampuan dan agresif.

Daripada percaturan di atas dan pelbagai kemelut yang sedang melanda PH, mampukah PH menewaskan Umno/BN dalam PRU-14 pada tahun depan?

Pada hari ini, Umno akan memulakan Persidangan Agung terakhir mereka sebelum berhadapan dengan PRU-14. Saya melihat, Umno sekarang lebih mantap, teguh dan bersatu berbanding dulu. Kedudukan DS Najib dan DS Ahmad Zahid kian kukuh dan selamat tanpa sebarang cabaran. Pelbagai masalah parti, Kerajaan dan negara telah dapat mereka tangani dengan baik dan bijak. Ekonomi Malaysia semakin viable, Rizab Antarabangsa BNM sudah mencecah RM429 bilion dan matawang Malaysia juga kian stabil. Isu 1MDB telah dikendurkan dengan penjelasan PAC, dan semalam oleh seorang Peguam Supreme Court Amerika, Thomas C Goldstein, yang mengatakan tiada tindakan (actions) terhadap 1MDB dan tiada individu dinamakan sebagai sasaran jenayah (criminal target).

Para ahli dan perwakilan Umno juga dilihat kian berdiri teguh di belakang saf para pemimpin mereka. Mereka kelihatan bersatu dan sebulat suara. Ini yang diperlukan oleh mana-mana parti politik sebelum mereka turun berperang.

Dengan keadaan PH sekarang yang dibelenggu pelbagai ketidaksepakatan, masalah dan kemelut, saya berpendapat PH amat sukar untuk menggugat kedudukan Umno/BN pada PRU-14. DAP akan tetap mendapat sokongan para pengundi Cina seperti PRU-13.  Mereka akan tetap menggunakan lambang Roket! Kedudukan mereka amat selamat dan tetap akan menjadi parti dominan PH. Parti komponen PH yang lain akan digugat oleh kerjasama Umno/BN dan Pas.

Dengan kerjasama dan bantuan TS Khalid Ibrahim dan Pas untuk merampas semula Selangor, kedudukan PH di Selangor kian terancam!

- ends -


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi Penulis tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Penulis adalah Bebas tanpa menyertai mana-mana Parti Politik. 
* The opinion given is Writer's personal views without any external influence. Writer is a Free Man without joining any Political Party.

Penulis adalah Freelancer yang pernah bertugas di LPK, Eric White Associates Sdn Bhd (Hill & Knowlton Group, USA) dan Al-Sadiq Consultants.
   


         

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...