Skip to main content

Trump Semakin Gila!

Khamis, 21 Disember 2017 - Selepas Duta AS ke PBB, Nikki Haley melemparkan amaran kepada negara-negara anggota PBB semalam, hari ini Trump pula telah menunjukkan keegoaan dan kegilaannya. Beliau mengancam untuk menarik balik bantuan kewangan AS daripada negara-negara yang menyokong Resolusi Draf pada hari ini di Perhimpunan Tergempar PBB.

Sikap tersebut jelas mencerminkan mentaliti jelik dan keanak-anakan Trump, bukan keintelektualan. Orang Intelek tidak akan berfikir, bersikap dan bertindak sedemikian. Beliau mendesak agar semua orang mengikuti dan mematuhi arahannya, jika tidak, beliau tidak akan kawan lagi. Begitulah perangai kanak-kanak yang ditunjukkan oleh Trump.

Saya harap, seluruh negara Islam dan negara-negara lain akan menyokong sebulat suara Resolusi Draf tersebut dan menolak sekeras-kerasnya Pengiktirafan AS.

Bantuan kewangan AS tidak penting dan tidak perlu jika dibandingkan dengan soal Akidah dan Keimanan Umat Islam. Ekonomi kita tidak akan lumpuh dan kita tidak akan mati kebuluran tanpa bantuan kewangan AS. Malah akan menjadi lebih baik daripada itu. Allah Maha Besar dan Allah Maha Berkuasa! Saya yakin, para pelabur AS tidak akan bersetuju dengan tindakan gila Trump itu. Mereka akan rugi besar jika tidak dapat menjalankan perniagaan di seluruh dunia. Kekosongan dan kelompongan pelaburan yang ditinggalkan oleh AS pasti diisi oleh para pelabur dari negara-negara lain.

Di Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini, AS telah tewas 14-1 apabila 14 negara anggota UNSC menolak Pengiktirafan AS itu. Hanya AS yang menyokong diri sendiri! What A Joke! The Joke Is On You!

Marilah kita Berdoa kepada Allah agar seluruh negara anggota PBB menyokong sebulat suara Resolusi Draf yang disediakan dan menolak sekaras-kerasnya Pengiktirafan AS itu. Semoga Baitulmaqdis Timur (Al-Quds Asy-Syarif) terus menjadi milik Palestin dan milik Umat Islam!

- ends -   

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...