Skip to main content

PBB Tolak Keputusan AS, Trump Malu Besar!

Jumaat, 22 Disember 2017 - PBB telah memberikan tamparan hebat kepada AS dan Israel apabila 128 buah negara menolak keputusan AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel. Resolusi tersebut dibuat di Perhimpunan Agung Tergempar PBB semalam.

128 buah negara telah menyokong Resolusi tersebut, 9 buah negara termasuk US dan Israel menentang dan 35 buah negara berkecuali. 21 buah negara tidak hadir untuk mengundi.

Ini bererti, Baitulmaqdis Timur masih milik Palestin. Alhamdulillah.

Dengan Resolusi tersebut, Pengiktirafan AS yang dibuat pada 6 Disember adalah Tidak Sah, Illegal, Illegitimate, Null and Void. AS perlu menarik balik Pengiktirafan tersebut. Jika tidak, AS boleh dianggap sebagai a Rogue Nation yang tidak mematuhi Undang-Undang dan Konsensus Antarabangsa. Mereka hanya kenal Undang-Undang Rimba (Law of the Jungle)!

Adakah selepas ini AS akan menarik balik bantuan kewangan kepada negara-negara yang menentang mereka? Sama-sama kita saksikan. Jika AS menarik balik bantuan kewangan tersebut, mereka akan kehilangan ramai kawan yang mereka perlukan untuk menghadapi krisis politik dan ekonomi global. Krisis politik mereka bersama Korea Utara dan Iran akan bertambah sukar dihadapi. Kuasa besar seperti China dan Rusia akan menjauhi mereka. Percaturan politik dan diplomasi AS akan menghadapi jalan buntu.

Semua ini harus mereka pertimbangkan dengan bijak dan penuh teliti.

Syabas Malaysia kerana telah sama-sama menyokong Resolusi berkenaan serta menolak dan menentang keras keputusan AS itu.

It's a day of Shame, Not Fame, for US and Israel. A Super Defeat for US and Israel. A historic decision has been made at the UN Emergency Assembly in the name of World Solidarity against World Bully. An Overwhelming Win for Palestinians, Muslim and Non-Muslim countries which cherish justice and peace. East Baitulmaqdis is the Capital of Palestine!     


- ends -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...