Ahad, 3 Disember 2017 - Difahamkan, Pakatan Harapan hari ini telah mencadangkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam PRU-14 akan datang.
Keputusan itu dibuat di akhir perjumpaan PH selama dua hari di Putrajaya. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut telah dibantah oleh ramai pemimpin PH yang menyertai perjumpaan itu. Menurut sumber yang dipercayai, dalam pemilihan dalaman yang dibuat, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor telah menjadi pilihan utama para pemimpin PH.
Dipercayai, lima pemimpin atasan PH, atau G5 yang dianggotai Dr Mahathir, Dr Wan Azizah, TS Mahyuddin, Lim Guan Eng dan Mat Sabu telah membuat keputusan tersebut.
Ini bermakna, jika PH menang dalam PRU-14 akan datang, Dr Mahathir akan menjadi PM buat kali kedua dan Dr Wan Azizah akan menjadi TPM Wanita yang pertama di Malaysia!
- ends -
Penulis adalah Freelancer yang pernah bertugas di LPK, Eric White Associates Sdn Bhd (Hill & Knowlton Group, USA) dan Al-Sadiq Consultants.

Comments