Skip to main content

Pertahankan Institusi DiRaja!

Ahad, 10 Disember 2017 - Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Yang Ke-72, patik merafak sembah merakamkan Selamat Hari Lahir kepada Tuanku yang jatuh pada 11 Disember.

Selaku anak kelahiran Selangor yang berdarah Bugis, patik akan sentiasa taat setia dan patuh pada Pemerintahan Tuanku yang berteraskan Ketuanan Bangsa Melayu, Keagungan Agama Islam, Kedaulatan Negeri Selangor, Keadilan dan Keamanan.

Institusi DiRaja di Malaysia harus dipertahankan sampai bila-bila! Hilangnya Institusi DiRaja, bermakna lenyapnya Ketuanan Bangsa Melayu dan Keagungan Islam di Malaysia. Ia akan diganti dengan pemerintahan ala Republik di mana sesiapa saja boleh menjadi pemimpin dan pemerintah. Ketika itu, orang Melayu Islam tidak lagi menjadi Bangsa bermaruah yang 'privilege', tetapi sama saja dengan bangsa-bangsa lain. Agama Islam tidak lagi menjadi Agama Persekutuan dan Negeri, tetapi sama saja dengan agama-agama lain di Malaysia. Orang Melayu Islam akan hilang identiti dan kredibiliti sebagai Bumiputera, dan dianggap sebagai rakyat Malaysia biasa saja. Lebih menyedihkan lagi, mereka akan merintih dan mengemis di negara sendiri seperti kaum Red Indian, Maori dan the Bush People, jika kekuatan ekonomi, pendidikan, pemerintahan dan politik bangsa-bangsa lain mengatasi mereka. Sekiranya ini berlaku, nasi sudah menjadi bubur, tidak guna meratap dan menangis lagi, walaupun dengan linangan air mata darah.

Sebelum situasi ini berlaku, ayuh kita bangkit dan pertahankan Institusi DiRaja kerana Institusi ini merupakan benteng terakhir Bangsa Melayu Islam untuk mempertahankan Ketuanan Bangsa Melayu, Keagungan Agama Islam, Martabat Bahasa Melayu, Ekonomi, Pendidikan dan Kuasa Politik Melayu.

Institusi DiRaja adalah satu Amanah berat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu DYMM Raja-Raja Melayu! DYMM Raja-Raja Melayu mesti menggalasnya dengan Bijak dan Berani demi 'Survival' Bangsa Melayu dan Agama Islam.

DYMM Raja-Raja Melayu akan silih berganti, tetapi Institusi DiRaja perlu kekal selama-lamanya!                       

- ends -


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi Penulis tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
* The opinions given are Writer's personal views.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...