Khamis, 7 Disember 2017 - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel. Beliau mengumumkan perkara tersebut di White House semalam walaupun mendapat tentangan sebilangan daripada penasihatnya dan para pemimpin dunia, terutama sekali negara-negara Arab.
Bagi para pemimpin dan rakyat Palestin, pengiktirafan tersebut telah menutup segala pintu rudingan damai dengan Israel, tetapi telah membuka segala pintu neraka.
Dengan pengiktirafan tersebut, rantau berkenaan dijangka akan bergolak lagi dengan Intifada baru, serangan dan peperangan berpanjangan dengan penyertaan kumpulan ekstremis.
Donald Trump telah melakukan kesilapan besar dalam sejarahnya!
Para pemimpin dunia terkejut dengan tindakan Trump itu dan Bangsa-Bangsa Bersatu dijangka akan mengadakan Sidang Tergembar bagi menghadapi perkembangan terbaru ini.
Dunia antarabangsa tidak mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Baitulmaqdis. Baitulmaqdis Timur, di mana terletaknya Kota Lama (Old City), adalah milik Palestin sebelum ditakluk oleh Israel dalam Peperangan 6 Hari pada tahun 1967.
Rantau berkenaan akan bergolak lagi, mungkin dengan lebih besar!
- ends -

Comments