Rabu, 20 Disember 2017 - Persidangan OIC yang diadakan di Turki baru-baru ini telah mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai Ibu Negara Palestin. Sejajar dengan Resolusi tersebut, Turki telah mengesahkan bahawa ia akan memindahkan Kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis Timur. Syabas Turki!
Difahamkan, Malaysia dan negara-negara Islam lain akan turut menempatkan Kedutaan mereka di Baitulmaqdis Timur. Langkah ini dilakukan bagi mengukuhkan lagi kedudukan Baitulmaqdis Timur sebagai milik Palestin, bukan milik Israel seperti yang diiktiraf oleh AS.
AS kini terjerat dengan perangkapnya sendiri apabila seluruh dunia telah menolak dasarnya serta mengutuk keras dan mendesak supaya ia menarik balik Pengiktirafan tersebut kerana ia adalah Tidak Sah, Illegal, Illegitimate, Null and Void dari aspek Undang-Undang dan Konsensus Antarabangsa.
Perhimpunan Agung Tergempar PBB dijangka akan diadakan pada Khamis ini bagi membincangkan perkara Pengiktirafan dan Veto AS, Resolusi Draf, Keputusan Majlis Keselamatan PBB serta Status Baitulmaqdis. Sebanyak 193 negara anggota akan menyertainya, dan saya yakin semua negara anggota, kecuali AS dan Israel, akan menolak Pengiktirafan tersebut dan patuh kepada Akta Resolusi PBB yang dirumuskan sebelum ini.
Walaupun keputusan itu nanti dianggap sebagai non-binding, ia boleh memberi tekanan dan impak besar dan carries a lot of political weight untuk mendesak AS menarik balik Pengiktirafan tersebut kerana AS kini telah dipinggirkan dan dipencilkan oleh seluruh dunia.
- ends -

Comments