Skip to main content

AS Kian Terpencil

Selasa, 19 Disember 2017 - Tindakan unilateral AS yang mengiktiraf Baitulmaqdis (Al-Quds As-Syarif) sebagai Ibu Negara Israel telah ditolak oleh 14 negara anggota Majlis Keselamatan PBB. Ini termasuk para sekutu Amerika seperti Britain, Perancis, Itali, Jepun dan Ukraine.

Walau bagaimanapun, AS telah menggunakan Kuasa Vetonya untuk menolak resolusi tersebut.

Resolusi tersebut jelas menunjukkan bahawa dunia telah meminggirkan hasrat AS itu dan AS kian terpencil dengan tindakan unilateralnya.

Sebelum ini, OIC telah menolak Pengiktirafan tersebut dan telah menamakan Baitulmaqdis Timur sebagai Ibu Negara Palestin. EU telah menolaknya dan mahu ia diputuskan menerusi rundingan bersama Palestin-Israel, dan negara-negara lain telah mengutuk keras tindakan AS itu.

Apa yang perlu dilakukan oleh Palestin sekarang ialah dengan merujuk perkara tersebut kepada Perhimpunan PBB. Keputusan PBB yang dianggotai oleh hampir 200 buah negara akan menjadikan Pengiktirafan unilateral AS Tidak Sah, Melanggar Undang-Undang Antarabangsa dan Kosensus Antarabangsa.

Seperti saya perkatakan dalam Blog Post yang lalu, Pengiktirafan AS tersebut adalah Tidak Sah, Illegal, Illegitimate, Null and Void kerana ia telah melanggari Resolusi PBB sebelum ini, Undang-Undang Antarabangsa dan Kosensus Antarabangsa.

Kita semua sedia maklum mengapa Trump melakukan tindakan demikian. Beliau telah dipengaruhi oleh Kumpulan Evangelical, para pelobi Yahudi, kumpulan Yahudi yang menyumbang dana Kempen Pilihanraya Amerika, menantu beliau yang berketurunan Yahudi dan para jutawan Yahudi yang mempunyai kepentingan perniagaan bersama Trump.

Pengiktirafan unilateral AS dengan tentangan hampir 200 buah negara di seluruh dunia, Tidak Akan Mengesahkan hasrat AS dan Israel. Mereka kini terpinggir dan terpencil dalam isu ini. Jika mereka berdegil juga, mereka boleh dianggap sebagai the Rogue Nations yang tidak mengenali serta mematuhi Undang-Undang dan Konsensus Antarabangsa. Mereka hanya mengenali Undang-Undang Rimba (Laws of the Jungle).

 
- ends -

* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi Penulis.
* The opinion given is purely Writer's personal views.
             


     

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...