Skip to main content

Akhirnya Pope Francis Guna Istilah Rohingya Di Bangladesh

Sabtu, 2 Disember 2017 - Pope Francis, ketua Katholik sedunia, telah menyebut istilah Rohingya ketika beliau berucap di depan para pelarian Rohingya di Dhaka, Bangladesh. Dengan menyebut nama Rohingya, secara tidak langsung beliau telah mengiktiraf kewujudan etnik Rohingya di kawasan Rakhine. Ini bermakna, etnik Rohingya di Rakhine bukanlah pendatang haram dari Bangladesh yang digelar Bengali oleh Kerajaan dan rakyat Myanmar. Syabas Pope Francis!

Sebelum ini, ketika di Myanmar, Pope Francis hanya membisu tanpa menggunakan istilah Rohingya semasa beliau menyentuh isu penderitaan para pelarian dan hak asasi manusia. Beliau telah dinasihati oleh Archbishop Yangon agar jangan menggunakan istilah tersebut ketika di Myanmar, bimbang akan keselamatan para penganut Katholik serta reaksi ganas para penganut Buddhist.

Dengan penggunaan istilah itu, Pope Francis, ketua kepada jutaan Katholik di seluruh dunia, telah memberi tekanan langsung kepada Myanmar agar selesaikan isu Rohingya dengan baik dan secepat mungkin. Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika telahpun memberikan kata dua kepada Kerajaan Myanmar supaya hentikan segera program 'Ethnic Cleansing' mereka. Beberapa imej satelit, pembakaran ratusan kampung, pembunuhan beramai-ramai, keganasan rogol dan lebih setengah juta pelarian telah melarikan diri dan kini sedang berkhemah di Cox Bazaar, Bangladesh, adalah bukti jelas dan nyata tentang kekejaman dan strategi 'Ethnic Cleansing' yang dilakukan oleh Kerajaan, Tentera dan para pelampau Myanmar terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

Pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi harus dilucutkan Anugerah Nobel Peace Prize kerana beliau tidak layak lagi memegang Anugerah tersebut susulan sikap negatif beliau yang membisu dan sering menafikan tentang isu penderitaan etnik Rohingya dan kekejaman Tentera Myanmar. Beliau telahpun dilucutkan Anugerah Freedom of the City baru-baru ini oleh Majlis Perbandaran Oxford, London.

Dunia harus terus-menerus memberikan tekanan keras terhadap Kerajaan Myanmar agar memberhentikan strategi kekejaman 'Ethnic Cleansing' mereka, membenarkan etnik Rohingya pulang ke kampung halaman mereka di Rakhine dan mengiktiraf etnik Rohingya sebagai rakyat Myanmar!

- ends -


Penulis adalah Freelancer yang pernah bertugas di LPK, Eric White Associates Sdn Bhd (Hill & Knowlton Group, USA) dan Al-Sadiq Consultants.           


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...