Skip to main content

Tirai 2017 Dilabuhkan, Tirai 2018 Disingkap

Selasa, 26 Disember 2017 - Beberapa hari lagi, Tirai Tahun 2017 akan dilabuhkan dan Tirai Tahun Baru 2018 akan disingkap. Rasanya, seperti baru semalam kita menyambut Tahun Baru 2017. Begitulah pantasnya masa berlalu! Sebenarnya, masa masih berlalu 24 jam sehari seperti dulu. Manusialah yang berlalu begitu pantas dengan pelbagai kesibukan dunia sehinggakan masa dirasakan begitu singkat!

Biasanya, apabila tiba saja tahun baru, pelbagai Resolusi baru akan mula bermain di benak kita. Pelbagai agenda, rancangan, program dan cita-cita dirancang untuk dilaksanakan. Di muka awal Diari baru akan dipenuhi dengan pelbagai perkara yang hendak dibuat. Segala-galanya begitu ghairah!

Tetapi, sebelum kita pergi lebih jauh daripada itu, sudahkah semua Resolusi tahun lalu dilaksanakan? Saya percaya, masih banyak lagi Resolusi tahun lalu yang tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Ada juga, yang langsung tidak melaksanakan sebarang Resolusi walaupun Diari mereka sarat dengan pelbagai Resolusi baru. Akhirnya, Resolusi tinggal Resolusi!

Pelaksanaan Resolusi menuntut kecekalan, ketabahan dan kekentalan hati kita. We need perseverance and will-power to implement our Resolutions. Jika tidak, Resolusi akan menjadi bahan Sejarah. Di samping itu, ia juga menuntut tahap kecergasan dan kesihatan yang baik, lebih-lebih lagi bagi generasi yang telah bergelar Warga Emas. Tanpa kecergasan dan kesihatan yang baik, Resolusi sukar dilaksanakan.

Sama ada tua atau muda, Resolusi tahun baru amat diperlukan. Tanpanya, kita akan kehilangan arah atau hala tuju. Kita tidak akan tahu apa yang hendak dilakukan atau ke mana hendak dituju. Bak kata orang lama, tanpa matlamat kita tidak akan sampai ke destinasi. Oleh itu, suka atau tidak, kita terpaksa merancang sesuatu Resolusi bagi tahun baru agar kita tidak hilang pedoman.

Bagi diri saya yang telah bergelar Warga Emas, Resolusi saya untuk tahun baru ini ialah Sentiasa Menjaga Kesihatan Dengan Baik (Health Is Wealth), Selalu Bersenam, Menjaga Makan Dengan Mengambil Makanan Seimbang (banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran), Banyak Minum Air Suam, Cukup Tidur, Cukup Rehat, Jangan Risau, Jangan Stres, Jangan Malas, Gembira Selalu, Senyum Selalu, Sentiasa Tingkatkan Keimanan, Ketaqwaan dan Kerohanian, Banyak Membaca Al-Quran, Kitab dan Buku Agar Minda Luas dan Cerdas, Banyak Menulis Supaya Minda Sentiasa Tajam, Sentiasa Mengingati Allah, Rasullulah SAW dan Islam Agar Kompas Saya Sentiasa Mengarah Ke Jalan Yang Lurus Dan Benar.

Insya Allah.

Selamat Mengakhiri Tahun 2017 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018
Farewell 2017 and Welcome 2018

- ends - 

 



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...