Skip to main content

TS Muhyiddin Tidak Merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO

Di sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Parlimen malam tadi, DS Najib mengumumkan bahawa Majlis Perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada bulan depan akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing. Keputusan tersebut telah dibuat di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh DS Najib. Ini bermakna TS Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO tidak akan merasmikan perhimpunan berkenaan.

Lazimnya, Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan Perhimpunan tersebut. Tetapi, tidak kali ini. Adakah TS Muhyiddin akan dipecat atau dipulaukan? Perkara berkenaan telah menimbulkan satu tanda tanya.    

DS Najib juga mengumumkan bahawa Ketua Wanita Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman telah dipecat daripada UMNO kerana melanggar disiplin Parti.

Daripada keputusan tersebut, kedudukan sebenar TS MuhyiddinYassin telah menjadi satu tanda tanya. Adakah beliau akan dipecat atau dipulaukan? Di Mesyuarat Majlis Tertinggi tersebut TS Muhyiddin dan DS Shafie Apdal tidak hadir.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7 orang ahli UMNO akan diambil tindakan tetapi tidak memaklumkan nama mereka.

UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO dari 8 hingga 12 Disember 2015. Saya tidak pasti sama ada pemilihan pemimpin UMNO akan diadakan ataupun tidak. Tetapi, sekiranya pemilihan pemimpin UMNO diadakan, saya berpendapat kedudukan DS Najib dan DS Ahmad Zahid Hamidi adalah terjamin dan tidak akan terjejas. Kedudukan mereka berdua amat kuat ketika ini dengan sokongan majoriti daripada ketua-ketua bahagian UMNO.

Kedudukan DS Najib didapati semakin kuat ekoran keupayaannya menghadapi, menangkis dan mengatasi pelbagai isu yang timbul. Bukan itu saja, baru-baru ini beliau telah membuktikan kalibernya dengan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dengan cemerlang di samping merintisi blok ASEAN Community serta mengadakan beberapa pertemuan dan perjanjian dengan para pemimpin luar ASEAN seperti Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama, Perdana Menteri Rusia, China, India, Australia, New Zealand, Jepun dan Presiden Korea Selatan.        

Sekiranya TS Muhyiddin tidak dipecat dan mahu meneruskan perjuangannya dalam UMNO, beliau terpaksa membuat dua pilihan. Sama ada mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO di mana beliau pasti akan dicabar oleh DS Ahmad Zahid Hamidi atau terpaksa merebut kerusi Presiden UMNO dengan menentang DS Najib. Saya berpendapat dalam kedua-dua pertandingan jawatan tersebut, TS Muhyiddin akan tewas.

Oleh itu, sama ada beliau dipecat ataupun tidak, TS Muhyiddin Yassin akan kehilangan kedudukan dan jawatan tertinggi dalam UMNO. Begitu juga dengan DS Shafie Apdal. Mereka berdua terpaksa mengucapkan Sayonara kepada jawatan tertinggi kepimpinan UMNO.

DS Tengku Adnan Tengku Mansor juga berkata Perhimpunan UMNO kali ini akan diadakan secara tertutup (closed door) tanpa kehadiran para wakil akhbar. Ini bagi memastikan agar apa saja yang diperbincangkan di Perhimpunan tidak diputarbelitkan (no spinning) oleh mana-mana pihak.    



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.

Comments

Anonymous said…
Alif mim tendang nun wau .... SARKAS ... bak kata P Ramlee

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...