Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-58

31 Ogos 1957 Kita Merdeka Melepaskan Diri Daripada Penjajah Durjana Untuk Berdikari Sebagai Sebuah Negara Bangsa Bagi Menentukan Masa Depan Yang Lebih Ceria Kerajaan Dibentuk Untuk Gembeling Tenaga Bagi Memacu Negara Ke Mercu Jaya Banyak Cabaran Terpaksa Diduga Pelbagai Liku Diharungi Bersama Sedikit Demi Sedikit Kita Maju Jua Akhirnya Menjadi Sebuah Negara Berjaya Kini Kita Telah Maju, Makmur Dan Bahagia Keringat, Darah Dan Jasa Perwira Dan Pemimpin Lama Jangan Dilupa - Daripada Ibrahim Mohd Idrus

Hanya 10% Melayu Sertai Demonstrasi 4.0

Seperti yang diramalkan, majoriti daripada peserta demonstrasi 4.0 terdiri daripada kaum cauvinis Cina. Boleh dikatakan semuanya adalah penyokong tegar DAP. Orang Melayu Islam tidak memberikan respons yang menggalakkan dengan hanya 10% melibatkan diri. Orang Melayu Islam semakin sedar dengan niat dan tipu muslihat DAP dan B 2.0. Pada keseluruhannya, Demonstrasi 4.0 dianggap Gagal kerana mereka menjangkakan lebih 100,000 demonstrator akan hadir. Malangnya, hanya lebih kurang 25,000 hingga 30,000 peserta yang hadir, termasuk kanak-kanak. Ada pemerhati yang mengatakan hanya 20,000 demonstrator yang menyertai. Pada jam 5.00 petang, sudah ramai mula meninggalkan kawasan berhimpun untuk pulang ke rumah masing-masing. Hanya letih terpekik terlolong mengiringi mereka dan ada yang masih kelaparan tetapi poket kembung dengan wang habuan. Segelintir DAP hardcore masih tinggal untuk bermalam di persekitaran Dataran Merdeka demi meneruskan perjuangan hari ini. Para penganjur 4.0 dan pemimpin ...

Batalkan Demonstrasi Bersih 4.0!

Sekiranya Bersih 2.0 pimpinan Maria Chin benar-benar ikhlas dan utamakan keamanan, keselamatan, kesejahteraan, kestabilan, kemajuan dan kepentingan negara, mereka harus batalkan Perhimpunan Bersih 4.0 serta merta. Demonstrasi ini lebih banyak mengundang kemudaratan daripada kebaikan. Demonstrasi ini pasti gagal mencapai matlamatnya, tetapi hanya berjaya mencetuskan kebimbangan, ketakutan, kerisauan, kegelisahan dan kecemasan rakyat Malaysia.   Sebelum ini, mereka telah melakukan 3 Demonstrasi yang sama. Tetapi, tetap gagal dan Kerajaan sekarang masih Wujud dan Utuh. Mereka tahu mereka akan terus gagal, tetapi hanya ingin membuat kekacauan serta mendapatkan Simpati dan Publisiti Antarabangsa, terutama sekali daripada Master mereka, anasir-anasir Barat dan Yahudi. Demonstrasi ini tidak akan menghasilkan keharmonian kaum, sebaliknya akan menyemarakkan lagi suasana perkauman yang wujud dan akan memburukkan lagi keadaan ekonomi Malaysia yang kini dilanda kegawatan ekonomi global. ...

Pelbagai Pihak Termasuk PAS Tolak Demonstrasi Bersih 4.0

DS Hadi Awang telah mengarahkan ahli-ahli dan para penyokong PAS agar tidak menyertai Perhimpunan Bersih 4.0. Perkara tersebut telah disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan oleh laman sesawang PAS, Harakah Daily. PAS tidak bersetuju kerana tarikh 29 dan 30 Ogos adalah tidak sesuai kerana ia hanya selang sehari sebelum Sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka. PAS juga tidak mahu persediaan menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka terganggu. Sebenarnya PAS amat arif dengan matlamat dan muslihat DAP dan Bersih 2.0. PAS juga tahu dari mana datangnya Dana untuk menganjurkan Bersih 4.0. Sebab itu PAS tolak Bersih 4.0. Di samping itu, PAS sedang sibuk merancang untuk mengadakan program yang lebih besar, Kongres Rakyat yang akan diadakan pada 12 September. PAS juga akan mengadakan Persidangan pada 17 Oktober yang akan dihadiri oleh lebih 60,000 orang ahli. Selain PAS terdapat pelbagai pihak dan NG...

Dr Zeti Akhtar Aziz Dan DS Abd Wahid Omar

Saya amat kagumi dua orang tokoh ini. Mereka amat komited, serius, berterus terang dan telus terhadap tugas mereka. Dalam lain perkataan, mereka tidak pernah bersikap 'hanky-panky'. Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz terkenal sebagai seorang Gabenor Bank yang bijak, rajin, cekap dan efektif. Beliau telah menguruskan Bank Negara Malaysia dengan efisien sehinggakan beliau telah dicalonkan sebagai salah seorang Gabenor Bank yang terbaik di dunia. Beliau tidak pernah bermain politik dalam soal tugas. Beliau hanya mahu menghasilkan yang terbaik untuk Bank Negara dan ekonomi Malaysia. Dr Zeti adalah satu-satunya anak Profesor Emeritus Ungku Aziz dan Azah Aziz, seorang Budayawan Melayu. DS Abd Wahid Omar terkenal sebagai seorang CEO Maybank yang luar biasa sebelum beliau diangkat sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah mengharumkan nama Maybank sebagai Bank yang terbesar dan terkemuka di Malaysia dan dipilih sebagai salah sebuah Bank yang mantap dan terbaik di ...

Breaking News - Parlimen Singapura Dibubarkan

Breaking News - Presiden Singapura, Tony Tan telah membukarkan Parlimen Singapura hari ini atas nasihat Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Pilihan Raya akan diadakan pada 11 September, setahun lebih awal tanpa kehadiran Bapa Singapura Moden, LKY. Singapura telah diperintah oleh Parti PAP sejak 50 tahun lalu dengan diterajui oleh Lee Kuan Yew. Beliau meninggal dunia pada 23 Mac tahun ini. Parlimen Singapura mempunyai 89 buah kerusi dan majoritinya dikuasai oleh PAP. Seramai 2.46 juta rakyat Singapura bakal mengundi untuk menentukan Kerajaan baru. Perdana Menteri terpaksa mengadakan Pilihan Raya awal bagi menangani isu Imigresen, kebanjiran pekerja asing dan kos sara hidup yang tinggi.  

Ringgit Susut Kepada RM4.24

Semalam Ringgit telah susut kepada RM4.24 berbanding 1 Dollar Amerika. Kejatuhan nilai matawang ini bukan saja melibatkan Ringgit tetapi juga matawang negara-negara lain. Pasaran saham dan harga komoditi juga turut merosot. Dow Jones futures jatuh sebanyak 805 mata kepada 16,125. Indeks Komposit Shanghai  jatuh 8.49% kepada 3,209.91. Indeks Komposit Shenzhen jatuh 7.7%. Indeks Hang Seng jatuh 5.15%.  Nikkei 225 jatuh 4.61%. Indeks Komposit Jakarta juga jatuh sebanyak 3.97%. Beberapa negara lain turut mengalami perkara yang sama. Minyak mentah Brent jatuh kepada US$44.27 setong semalam. Ini merupakan kejatuhan harga paling rendah sejak 16 tahun lalu. Keadaan ini berlaku akibat beberapa faktor seperti kekukuhan Dollar Amerika, rancangan Amerika untuk menaikkan kadar faedah mereka, kelembapan ekonomi dunia dan China menurunkan nilai Yuan mereka. China berbuat demikian untuk memastikan harga barangan eksport mereka rendah dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Di sampin...

Betulkah Ada Rancangan Untuk Menjatuhkan Kerajaan?

Betulkah terdapat rancangan untuk menjatuhkan Kerajaan sekarang seperti yang diperkatakan oleh DS Ahmad Zahid? Jika diteliti daripada rancangan DAP untuk mengadakan Save Malaysia Summit dengan menjemput beberapa orang tokoh negara untuk membincangkan penubuhan Kerajaan Sementara (Caretaker Government), maka rancangan tersebut sebenarnya adalah sahih. Mereka menganggap Kerajaan sekarang dan ekonomi negara berada dalam keadaan tenat dan perlu diganti dengan Kerajaan Baru bagi memulihkan keadaan. Mereka mahu menubuhkan Kerajaan Sementara melalui Undi Tidak Percaya di Parlimen dengan sokongan semua Ahli Parlimen Pembangkan dan beberapa orang Ahli Parlimen BN. Sehubungan itu, apa yang diperkatakan oleh DS Zahid adalah benar. Hanya yang kita tidak tahu ialah benarkah ada ahli-ahli Parlimen BN yang mahu menyokong niat gila DAP dan kuncu-kuncunya. Mungkin ada dan mungkin tiada! Ini semua permainan politik. Anda masih ingat rancangan 16 September Anwar Ibrahim? Beliau berkata 30 orang Ahli ...

Kedudukan Ekonomi Dan Matawang Malaysia

Saya berpendapat, untuk menangani masalah ekonomi kita sekarang, kita perlu bersikap positif, bukannya negatif. Kita perlu bersikap optimistik, bukannya pesimistik. Kita perlu produktif, progresif, konstruktif, tidak berputus asa dan jangan mudah terpengaruh dengan fikiran sempit dan negatif. Kita perlu terus mara ke hadapan. Sesungguhnya, masih terdapat cahaya di hujung kegelapan terowong. Semalam, PM telah duduk berbincang dengan beberapa orang pakar ekonomi dan kewangan Malaysia bagi mendapatkan pandangan dan nasihat mereka. Para pakar tersebut terdiri daripada para pengarah Bank Negara Malaysia, pakar Ekonomi dan Kewangan, Penganalisis Ekonomi, pakar Perbankan dll. Hasil daripada perbincangan tersebut mereka telah merumuskan bahawa asas ekonomi (economic fundamentals) Malaysia masih dalam keadaan stabil, ekonomi negara perlu diperbaiki, kejatuhan matawang Ringgit dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman dan tidak mencerminkan keadaan ekonomi yang sebenar. Terdapat beberap...

PAS Selangor Semakin Retak

PAS Selangor kian parah apabila semakin ramai ahli mereka meninggalkan Parti untuk menyertai Parti GHB yang diketuai oleh Mat Sabu. Minggu lalu, beberapa cawangan Pemuda Pas Shah Alam telah mengisytihar keluar Parti. Terbaru, PAS Bahagian Kota Raja yang diketuai oleh Cikgu Jaafar telah meninggalkan PAS untuk bersama Parti GHB. Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud turut sama menyertai Parti GHB. Pada pilihan raya lalu, Dr Mariah memperolehi undian kecil dari Kawasan Taman Seri Andalas, tetapi telah diselamatkan oleh undian besar Kawasan Bukit Tinggi, Klang yang dimonopoli oleh kaum Cina. Mungkin atas percaturan ini Dr Mariah meninggalkan PAS untuk bersama GHB yang pro DAP. Dengan perkembangan terbaru ini, saya lihat DAP semakin mendabik dada kerana berjaya memecahkan benteng orang Melayu di samping kian mengukuhkan kedudukan mereka di Selangor. Bagi saya, penubuhan GHB adalah satu kemenangan besar untuk DAP. Saya yakin, sekiranya PAS, UMNO dan NGO Melayu yang lain tidak bek...

Kerabat Tok Dahlan

Berikut adalah sedikit data ringkas dan sejarah tentang Kerabat Tok Dahlan, Sabak Bernam yang dapat saya kumpulkan daripada maklumat yang saya perolehi daripada WhatsApp yang anda kirimkan. Data ini masih belum lengkap dan terdapat banyak kecacatannya. Saya harap anda semua dapat memberikan kerjasama dengan memasukkan lebih banyak data anda dalam WhatsApp kumpulan kita bagi membolehkan saya menyusun data Kerabat Tok Dahlan dengan lebih sempurna dan tersusun. Tujuan saya masukkan data dan sejarah ini dalam Blog saya ialah untuk kemudahan kita semua. Anda hanya perlu klik Blog saya dan pergi kepada tajuk Kerabat Tok Dahlan untuk mengakses maklumat keluarga kita. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan dalam data ini, saya mohon maaf dan harap maklumkan kepada saya untuk pembetulan. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memulakan penyususan semula salasilah Kerabat Tok Dahlan. Anggaplah usaha ini sebagai langkah perintis ke arah mengeratkan kembali ukhuwah dan silaturrahim ...

Perniagaan Peralatan Komputer Di Bangunan MARA

MARA merancang untuk menyediakan sebuah tingkat (one floor) di Bangunan Baru MARA bagi membolehkan para peniaga Bumiputera menjalankan perniagaan Peralatan Komputer dan Telefon Pintar ala Low Yat Plaza, Bukit Bintang. Saya amat mengalu-alukan rancagan ini. Kita perlu menggalakkan lebih orang ramai Melayu menceburi bidang ini kerana pada masa ini terdapat ramai orang Melayu menggunakan komputer dan telefon pintar. Kuasa membeli orang Melayu sungguh besar dan mereka tidak perlu lagi pergi ke Low Yat yang terkenal mengenakan harga lebih tinggi kepada para pembeli Melayu. Lagi pun kedudukan Low Yat agak jauh dan sesak sementara Bangunan MARA di Jalan Tuanku mudah dikunjungi dan mempunyai banyak tempat letak kereta dan banyak kedai makan Halal. Yang peliknya, masih terdapat suara-suara sumbang di kalangan orang Melayu sendiri yang tidak mahu rancangan ini dilaksanakan kononnya akan menimbulkan polemik dan polarisasi kaum. Soal perkauman tidak timbul. Soalnya ialah untuk menggalakkan leb...

Gabenor Bank Negara Mula Bersuara

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz is the true face of Malaysia's Economy. She is the reflection of Malaysia's economic and financial strength. That's her unique forte. Once she speaks, Malaysia's Economy and Ringgit will tremble and rebound. Itulah kekuatan luar biasa Dr Zeti. Beliau adalah seorang yang bijak, jujur, amanah, bercakap benar, berterus terang, komited terhadap pekerjaan, cekap bekerja dan tidak bermain politik. Dalam satu Sidang Akhbar yang diadakan di Bank Negara semalam, beliau berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat 4.9% pada suku kedua (Q2) berbanding 5.6% pada suku pertama (Q1), Bank Negara adalah sebuah institusi yang mantap dan akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Dr Zeti juga berkata Ringgit tidak perlu ditambat (peg) kepada Dollar Amerika dan akan terus mengemudi Bank Negara sehingga tamat tempoh pada tahun depan. Beliau adalah dalam keadaan sihat dan tidak akan teragak-agak untuk menyaman mereka yang menyebarkan khabar angin. Beliau se...

Ukhuwah Bertaut Kembali Di D' Rosa Corner

Persaudaraan bekas para kakitangan LPK dan North Port telah dipereratkan kembali melalui Majlis Perjumpaan Silaturrahim yang diadakan hari ini, dari jam 2 ptg - 5 ptg di D' Rosa Corner, Jalan Kastam, Pelabuhan Klang. Sambutan sungguh meriah dan menggalakkan. Ramai bekas kakitangan LPK dan North Port telah menghadirinya. Pelbagai jenis juadah dan minuman turut disajikan. Sambil menikmati hidangan enak yang disediakan, saya berpeluang bertemu ramai rakan lama yang hampir saya tidak cam lagi kerana peningkatan usia dan perubahan wajah. Boleh dikatakan, ramai telah menjadi Datuk anugerah Illahi. Alhamdulillah, saya telah dapat bertemu Tn Hj Sulaiman Amin, Tn Hj Masrom Ahmad, Tn Hj Salleh, Tn Hj Kamaruddin, Tn Hj Zaaba, Tn Hj Yasir dan ramai lagi. Tanpa majlis seperti ini, kita tidak akan dapat berkumpul dan bertemu kembali secara beramai-ramai dalam suasana penuh intim dan kemeriahan.     Syabas dan tahniah saya rakamkan kepada para pegawai Urusetia Majlis seperti Tn Hj Isma...

Ringgit Jatuh Ke Paras RM4.0060 Berbanding US$1.00

Pada jam 11.03 pagi tadi, Ringgit Malaysia telah jatuh melepasi angka RM4.0060 berbanding Dolar US$1.00. Pada 7 Januari 1998, ketika berlaku krisis matawang Asia, Ringgit Malaysia pernah jatuh ke paras RM4.80 berbanding US$1.00 sebelum ia ditambat (peg) pada paras RM3.80 oleh Kerajaan Malaysia. Kejatuhan matawang kali ini bukan saja dialami oleh Malaysia, tetapi juga Rusia, India, Indonesia, Norway, Australia, New Zealand, Euro, Thailand dan beberapa buah negara lain. Pada masa yang sama Ringgit Malaysia turut mengukuh sedikit berbanding Dolar Kanada, Rupees, Yen dan Rupiah. Ini disebabkan Malaysia turut aktif berdagang dengan negara-negara lain. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kejatuhan Ringgit Malaysia. Pertama, harga minyak mentah telah menurun ke paras bawah US50.00 setong. Malaysia banyak bergantung pada minyak bagi mengukuhkan Simpanan Dalam Negara dan Luar Negara (Foreign Reserves) Kedua, jangkaan kenaikan kadar faedah Federal Reserve Amerika Syarikat telah mendorong...

DAP Hipokrit

Masih ingat kes Teoh Beng Hock? Mendiang mati terjatuh di pejabat SPRM, Shah Alam dan DAP telah menggunakan isu tersebut habis-habisan dengan menuduh SPRM sebagai punca. Mereka telah menyeret SPRM ke Mahkamah dan menjadikan pejabat SPRM dan Mahkamah sebagai gelanggang protes dan demonstrasi mereka. Mereka juga telah menuduh SPRM sebagai alat Kerajaan dan menganggap SPRM sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipercayai. Tiba-tiba, pada hari ini mereka telah menukar nada dengan menyokong dan mempercayai SPRM hanya kerana SPRM menghadapi sedikit masalah dengan Kerajaan yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa DAP adalah Hipokrit dan hanya pandai bemain isu. Mereka hanya menyokong pada perkara yang menguntungkan dan berpihak kepada mereka. Jika tidak, mereka akan menolak mentah-mentah. Itulah DAP yang sebenar! Jangan percayai DAP dan kuncu-kuncu mereka. DAP hanya hidup atas permainan isu dan persepsi. Mereka tetap cauvinistik Cina yang berpaksikan Konsep Malaysian Malaysia!...

Rekod Selenggara MAS Dan DCA Sepadan Tanda Selenggara Serpihan Flaperon

Kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa serpihan Flaperon adalah milik MH370 berdasarkan rekod selenggara MAS dan DCA yang sepadan (matched) dengan tanda pengesahan selenggara serpihan Flaperon tersebut (maintenance seal of the Flaperon). Pihak berkuasa Perancis meneruskan siasatan lanjut kerana ia memerlukan butir-butir terperinci untuk proses pendakwaan. Empat orang daripada mangsa nahas MH370 adalah warga negara Perancis.   Para pakar penerbangan dari Perancis, Australia dan Malaysia telah mengesahkan bahawa Flaperon tersebut adalah milik MH370 berdasarkan rekod dan tanda selenggara Flaperon serta warna komponen berkenaan.

Serpihan Sah Milik MH370

Breaking News - Serpihan flaperon yang ditemui di La Reunion pada 29 Julai adalah sah milik MH 370. Ini diumumkan oleh Perdana Menteri, DS Najib pada awal pagi ini setelah disahkan oleh para pakar penerbangan yang melakukan kajian dan penyelidikan. Setelah 515 hari MH370 menghilang, akhirnya serpihanya ditemui di sebuah pulau Lautan Hindi bernama La Reunion yang bermaksud Bertemu Kembali. Ini adalah satu kebesaran Allah yang mahu Menemukan Kembali ahli-ahli keluarga mangsa dengan mangsa nahas MH370 di sebuah pulau bernama Bertemu Kembali (La Reunion).     Penerbangan MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari KL ke Beijing. Al-Fatihah dan Takziah untuk semua mangsa nahas MH370. Semoga ahli-ahli keluarga banyak bersabar.

Hakim German Pecat Ketua Pendakwa Raya

Hakim Mahkamah German, Haiko Maas telah memecat ketua pendakwa raya, Harald Range kerana telah hilang kepercayaan terhadap beliau. Beberapa jam sebelum itu, Range telah menegur Hakim kerana masuk campur dalam proses penghakiman. Maas membuat keputusan tersebut ketika membicarakan sebuah blog atas kes penderhakaan kerana telah membocorkan rahsia Kerajaan German. Jika perkara ini boleh berlaku di negara dunia pertama, maka tidak pelik jika ia berlaku di Malaysia yang telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Clare Rewcastle Brown kerana telah membocorkan rahsia negara Malaysia serta memalsukan dokumen. Sekiranya perkara sama berlaku di England, sudah pasti Clare, pengasas Sarawak Report telah lama merengkok dalam penjara England. Tetapi, beliau masih bebas di London kerana membocorkan rahsia negara asing. Saya harap Aseanpol dan Interpol akan bekerjasama dan bertindak tegas terhadap Clare dengan mengekstradisi beliau ke Malaysia. Beliau perlu dihakimkan di Malaysia, lagi pun Sarawak...

Melayu Islam Mesti Bersatu!

Suasana politik sekarang agak membimbangkan. Seolah-olah terdapat satu konspirasi anasir-anasir dalaman dan luaran untuk menggangu-gugat dan memecahbelahkan pentadbiran Melayu Islam secara licik dan tersembunyi. Mereka berharap apabila orang-orang Melayu berpecah-belah, mereka akan mudah mengambil alih pucuk pimpinan dengan bantuan kuasa luar. PAS telah berpecah dengan penubuhan GHB sementara UMNO pula kelihatan retak dengan pelbagai krisis dalaman. Adakah semua ini dirancang, dihasut dan digerakkan oleh anasir-anasir dalaman dan luaran? Saya dimaklumkan bahawa penubuhan GHB telah dibiayai oleh sebuah parti pembangkang dan masalah UMNO adalah akibat orang-orang UMNO sendiri yang dicocok dan ditungganggi oleh parti pembangkang dan anasir-anasir asing. Jika benar, ini bermakna masalah yang dihadapi oleh kedua-dua parti Melayu Islam sekarang adalah berpunca daripada permainan licik anasir-anasir dalaman dan luaran.       Kebimbangan ini telah mendorong saya untuk menimbu...

Banteras Judi Haram Dialu-Alukan

My Salute to Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi! Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan pihak Polis supaya membanteras judi haram secara habis-habisan. Saya amat menyokong arahan beliau itu kerana judi haram merugikan masyarakat, terutama sekali orang Melayu. Judi haram hanya menguntungkan tauke-tauke mereka, menggalakkan gangsterisme dan merosakkan masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi orang Melayu. Hasil daripada keuntungan besar yang diperolehi, tauke-tauke judi haram ini akan membesarkan perniagaan mereka dalam bidang-bidang lain dan terus menguasai ekonomi. Mereka juga didapati menyalurkan dana politik kepada sebuah parti pembangkang yang telah membantu mereka bergiat dalam judi haram. Pembanterasan judi haram sekaligus akan melumpuhkan perniagaan haram tersebut, mencantas kekayaan haram tauke-tauke mereka, menghapuskan gangsterisme, mencegah kerosakan masyarakat, terutama sekali orang Melayu. Tindakan tega...

Kisah Sedih Mantan Presiden India, Sir Dr Abdul Kalam

Mantan Presiden India, Sir Dr Abdul Kalam telah meninggal dunia baru-baru ini. Beliau adalah seorang saintis Islam yang bertanggungjawab mencipta peluru berpandu India. Beliau dilahirkan daripada keluarga miskin. Pada suatu malam, semasa beliau masih kecil dan bersekolah, ibunya telah menyediakan makanan untuk mereka sekeluarga. Oleh kerana kepenatan akibat bekerja sepanjang hari, ibunya telah menyediakan makanan roti hangus. Beliau telah melihatnya dan diam saja untuk melihat reaksi bapanya. Bapanya senyap saja dan terus makan roti hangus tersebut sambil bertanya tentang persekolahannya. Menyedari akan kesilapannya, ibunya telah meminta maaf kepada bapanya. Bapanya berkata, "Tidak mengapa sayang, saya suka roti hangus." Semasa hendak tidur, Abdul Kalam telah memeluk bapanya untuk mengucapkan selamat malam dan bertanya bapanya sama ada beliau benar-benar sukakan roti hangus. Bapanya memeluknya lalu berkata, "Ibumu penat kerana bekerja sepanjang hari, lagi pun Roti Hang...

Breaking News - Satu Lagi Serpihan Kapal Terbang Ditemui

Breaking News - Satu lagi serpihan kapal terbang telah ditemui di Pulau La Reunion. Kali ini, menurut David Bowden daripada Sky News, serpihan tersebut ditemui di kawasan berlainan daripada tempat Flaperon ditemui. Serpihan kali ini berukuran 1 kaki (3cm) persegi dan terdapat tulisan Cina dan Malaysia padanya. Ia dipercayai adalah daripada bahagian dalam pesawat. Apabila ditanya mengenai serpihan berkenaan, pegawai polis La Reunion yang membawa serpihan tersebut dalam kotak berkata, "No comment." Mungkinkah penemuan kali ini menguatkan lagi keyakinan bahawa mereka berasal daripada pesawat MH370? Berita selanjutnya akan menyusuli kemudian sekiranya berita Sky News ini adalah sahih!  

Orang Melayu Jangan Sertai Demonstrasi!

Pendapat yang saya nukilkan di bawah ini adalah pendapat saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Saya amat menghormati pendapat orang lain dan akan terus menerus memperjuangkan kebebasan hak bersuara dan menulis. Asalkan kebebasan tersebut adalah berdasarkan fakta, data, kebenaran, bukti dan angka serta baik untuk keamanan dan kemajuan tanah air. They must be based on facts, figures, truth, evidence and not lies and spins! Wahai orang Melayu dan anak-anak Melayu! Sedarlah! Janganlah berdemonstrasi di jalanan pada hari ini/esok dan seterusnya! Janganlah terus menerus diperbodoh dan diperdayakan oleh anasir-anasir dalaman dan luaran. Janganlah menghabiskan masa, tenaga, wang dan usia kamu di jalanan dengan berdemonstrasi kononnya hendak menjatuhkan seseorang pemimpin dan Kerajaan. Sedarlah, bahawa ketika kamu terpekik terlolong di jalan raya, bangsa-bangsa lain sibuk berniaga di kedai-kedai untuk menaikkan taraf ekonomi mereka, sementara anak-anak mereka sibuk di kolej dan unive...