Skip to main content

Orang Melayu Jangan Sertai Demonstrasi!

Pendapat yang saya nukilkan di bawah ini adalah pendapat saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Saya amat menghormati pendapat orang lain dan akan terus menerus memperjuangkan kebebasan hak bersuara dan menulis. Asalkan kebebasan tersebut adalah berdasarkan fakta, data, kebenaran, bukti dan angka serta baik untuk keamanan dan kemajuan tanah air. They must be based on facts, figures, truth, evidence and not lies and spins!

Wahai orang Melayu dan anak-anak Melayu! Sedarlah! Janganlah berdemonstrasi di jalanan pada hari ini/esok dan seterusnya! Janganlah terus menerus diperbodoh dan diperdayakan oleh anasir-anasir dalaman dan luaran. Janganlah menghabiskan masa, tenaga, wang dan usia kamu di jalanan dengan berdemonstrasi kononnya hendak menjatuhkan seseorang pemimpin dan Kerajaan.

Sedarlah, bahawa ketika kamu terpekik terlolong di jalan raya, bangsa-bangsa lain sibuk berniaga di kedai-kedai untuk menaikkan taraf ekonomi mereka, sementara anak-anak mereka sibuk di kolej dan universiti menelaah buku pelajaran untuk menjadi para profesional. Anak-anak Melayu akhirnya merempit, hisap dadah, menganggur, jadi kuli batak dan mengikut telunjuk bangsa-bangsa lain saja. Ada yang terpaksa duduk di bawah ketiak mereka!

Sebagai orang Melayu Islam, jika kita kendak menjatuhkan seseorang pemimpin dan Kerajaan, ia mestilah dilakukan secara beretika dan menurut undang-undang negara. Bukan dengan cara berdemonstrasi seperti orang hilang akal dan tidak bertamadun. Jangan ikut cara Barat. Bukan semua cara Barat baik.

Berapa kali kamu telah berdemonstrasi mengikut telunjuk Bersih Ambiga yang jelas tidak bersih dan suci? Adakah kamu telah berjaya mencapai matlamat kamu? Matlamat kamu tetap tidak tercapai sehingga kini dan kamu hanya menghabiskan masa, tenaga, wang dan usia dan terus menerus menjadi hamba mereka yang merupakan proksi Barat dan Yahudi.

Saya ingin berkongsi beberapa cara beretika dan menurut undang-undang negara untuk menurunkan seseorang pemimpin secara demokratik.

Pertama, jika hendak menurunkan seseorang pemimpin, mestilah melalui pemilihan calon dalam parti mereka. Jika beliau tewas, ia tidak akan menjadi Ketua dll dan tidak akan berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Kedua, menerusi undi tidak percaya di Parlimen, Jika majoriti ahli Parlimen tidak menyokongnya, maka ia terpaksa berundur dan meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Ketiga, adalah melalui pihan raya umum. Jika ia tewas di kawasannya atau partinya tewas, ia tidak akan berpeluang menjadi Perdana Menteri.          

Keempat, sekiranya ia didapati tidak sihat dan penyakitnya boleh memudaratkan kesihatan serta mengganggu perjalanan pentadbirannya, maka ia seharusnya meletakkan jawatan.

Kelima, ia boleh meletakkan jawatan secara sukarela atau atas kehendaknya sendiri.  

Keenam, beliau terpaksa berundur jika didapati bersalah oleh Mahkamah.

Inilah beberapa cara paling sopan untuk menurunkan seseorang pemimpin secara demokratik. Bukannya menerusi demonstrasi liar di jalanan. Demonstrasi jalanan tidak boleh menjatuhkan seseorang pemimpin. Itu bukan cara orang bijak! Yang bijak ialah mereka di belakang kamu yang menggalakkan kamu berdemonstrasi sementara mereka duduk diam di rumah masing-masing menyaksikan gelagat dan kebodohan kamu di peti tv mereka.

Sedarlah Wahai Orang Melayu Yang Mudah DiLayukan! Jangan Menang Sorak Demonstrasi, Kampung Halaman Tergadai! Anasir-anasir dalaman dan luaran amat pintar dan licik untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu Islam.










Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...