Berikut adalah sedikit data ringkas dan sejarah tentang Kerabat Tok Dahlan, Sabak Bernam yang dapat saya kumpulkan daripada maklumat yang saya perolehi daripada WhatsApp yang anda kirimkan. Data ini masih belum lengkap dan terdapat banyak kecacatannya. Saya harap anda semua dapat memberikan kerjasama dengan memasukkan lebih banyak data anda dalam WhatsApp kumpulan kita bagi membolehkan saya menyusun data Kerabat Tok Dahlan dengan lebih sempurna dan tersusun.
Tujuan saya masukkan data dan sejarah ini dalam Blog saya ialah untuk kemudahan kita semua. Anda hanya perlu klik Blog saya dan pergi kepada tajuk Kerabat Tok Dahlan untuk mengakses maklumat keluarga kita. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan dalam data ini, saya mohon maaf dan harap maklumkan kepada saya untuk pembetulan. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memulakan penyususan semula salasilah Kerabat Tok Dahlan.
Anggaplah usaha ini sebagai langkah perintis ke arah mengeratkan kembali ukhuwah dan silaturrahim di kalangan Kerabat Tok Dahlan. Data di bawah masih belum lengkap lagi. Data keluarga saya dan Singapura pun belum lengkap. Anggap data di bawah sebagai data asas yang boleh ditokok tambah dan diperbaiki dari masa ke semasa. Ia hanya untuk tatapan awal.
Sedikit Data Ringkas Kerabat Tok Dahlan
Dahlan Bin ...? Yunus Bin ...? Hawa Binti ....
Tok Dahlan mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama bernama Tok Putih dan yang kedua bernama Tok Lamah. Tok Dahlan mempunyai seorang adik lelaki bernama Hj Yunus. Tok Yunus telah berhijrah ke Pulau Lumut, Port Swettenham (kini bergelar Pulau Indah, Port Klang)
Bersama Tok Putih, Tok Dahlan mempunyai empat orang anak. Pertama bernama Sareah, kedua, Rajaah, ketiga, Jaafar dan keempat, Samsiah.
Bersama Tok Lamah, Tok Dahlan mempunyai empat orang anak. Semuanya lelaki. Pertama bernama Mohd Idrus, kedua, Ismail (Lokman), ketiga, Atan dan keempat, Jusman.
Rajaah berkahwin dengan Lebai Latif. Anak pertama mereka bernama Jamaani, kedua, Abas, ketiga, Sawiyah, keempat, Kamariah dan kelima, Ahmad (Abg Mat Latif).
Jaafar berkahwin dengan Satiah Daud. Anak pertama mereka bernama Habibah (Cikgu Bibah), kedua, Abd Manaf (Cikgu Manaf), ketiga, Zubaidah (Masnum) dan keempat, Shahruddin.
Ahmad Latif berkahwin dengan Rusna. Anak pertama bernama Rosalinda, kedua, Rosal Azimin, ketiga, Rosal Aizuddin dan keempat, Rosal Azfar Akram.
Kamariah Latif berkahwin dengan Abd Kadir Mat Nusi. Anak pertama bernama Mohd Azhar, kedua, Nor Azmah, ketiga, Nor Azwah dan keempat, Nor Azidah.
Sawiyah Latif berkahwin dengan Abdul Aziz (Kamaruzaman atau Koman). Anak pertama bernama Abd Jalil, 2. Norul Ashikin. 3. Ibrahim. 4. Norul Azian. 5. Norul Azlin. 6. Nor Fitri. 7. Nor Zaitul Akmam. 8. Shamsul A'ariffin. 9. Khairul Anwar. 10. Nor Azlina. 11. Rafidah Hanim.
Jamaani Latif berkahwin dengan Lamsah. Anak pertama bernama Arbaiyah. 2. Jamaludin. 3. Zaitun. 4. Nor Sarah. 5. Ibrahim.
Abas Latif berkahwin dengan Mahyar. Anak pertama bernama Shamsul Ariffin. 2. Abrizah Nor. 3. Saiful Bahri. 4. Badrul Hisyam. 5. Nor Aziyawati.
Sedikit kisah ringkas mengenai Lebai Latif dan Pn Rajaah
Lebai Latif adalah seorang alim dan warak. Kewarakannya amat jelas sehinggakan para makmum yang bergelar Haji pun mahukan beliau menjadi Imam mereka sewaktu Solat. Beliau bertubuh kecil dan amat gemar berpakaian kain pelekat dan baju Melayu sehinggakan anak-anak beliau sendiri tidak pernah melihatnya berseluar. Beliau membasuh pakaiannya sendiri tanpa mahu membebankan isterinya. Lebai Latif juga tidak suka bergambar.
Suasana Kampung Tengah ketika itu gelap saja, tidak berelektrik. Apabila beliau pulang malam dari Masjid, beliau akan membakar andang sebagai mengganti lampu picit untuk menerangi jalan.
Puan Rajaah bertubuh tinggi sedikit daripada Lebai Latif. Beliau amat gemar berpakaian kain batik dan baju kebaya labuh. Beliau juga terkenal sebagai orang yang sangat pemurah.
Abd Manaf Jaafar berkahwin dengan Kamsiah Juraimi. Anak pertama bernama Puspamurni (Allahyarhamah). 2. Arif Azman. 3. Arif Azhan. 4. Sukmamurni. 5. Arif Imran. 6. Mawarmurni.
Mereka dikurniakan 10 orang cucu.
Habibah Jaafar berkahwin dengan Abd Malik Mustafa. Anak pertama bernama Norzaiha. 2. Zainanor. 3. Norshahara. 4 Shamsinar. 5. Abd Halim Hafidz. 6. Shahrul Helmi. 7. Eh Shahrul Helmy. 8. Muhd Nadzrul Hamizi. 9. Ahmad Samhan.
Zubaidah (Masnum) Jaafar berkahwin dengan Wahab. * Saya masih lagi tidak dapat data lengkap tentang anak-anak Kak Masnum). Mungkin Azwan Shah boleh membantu!
Shahruddin Jaafar berkahwin dengan ... * Masih tidak dapat maklumat.
Anak pertama Tok Dahlan bersama Tok Lamah, Mohd Idrus Bin Dahlan berkahwin dengan Mariam Bt Ali. Anak pertama bernama Siti Khadijah. 2. Ahmad (Allahyarham). 3. Nona. 4. Sulaiman. 5. Nordin (Allahyarham). 6. Ibrahim (saya). 7. Siti Asiah. 8. Nor Aini. 9. Siti Habsah
Anak kedua, Ismail (Lokman) Bin Dahlan berkahwin dengan Rafeah, Anak pertama mereka bernama Zaleha dan kedua, Sallehuddin.
Anak ketiga, Atan Bin Dahlan berkahwin dengan Saerah Bt Abd Rahman. Anak pertama mereka bernama Hamidah. 2.Azizah @Maznah (Arwah) 3. Samsuri. 4. Rubiah. 5. Samsuddin. 6. Johari. 7. Abd Aziz (Allahyarham). 8. Abd Rahim. 9. Samsiah. 10. Kamsinah. 11. Rosnah. 12. Md Amin.
Anak keempat, Jusman Bin Dahlan berkahwin dengan Hjh Hamidah. Mereka dikurniakan seorang anak tunggal bernama Saadiah (Saliah) Bt Jusman. Jusman meninggal dunia ketika usia muda.
Saadiah Jusman berkahwin dengan Md Sharif Bin Hj Abd Hamid. Anak-anak mereka terdiri daripada 1. Norzihan 2. Nor'ihsan 3. Norkamar Bahri 4. Noor Shaari 5. Nor Aishah 6. Nor Azhar 7. Nor Adzrin.
Sedikit sejarah ringkas tentang Hj Yunus, adik kepada Tok Dahlan.
Adik Tok Dahlan bernama Hj Yunus. Beliau berhijrah ke Pulau Lumut (sekarang Pulau Indah), Port Klang (dulu Port Swettenham) pada tahun 1930-an. Beliau berkahwin dengan orang Teluk Gadung, Klang. Ayah saya, Mohd Idrus Dahlan telah mengikuti beliau ke Port Swettenham. Kemudian diikuti oleh Ismail (Lokman) dan Atan (ayah kepada Samsuri). Ismail dan Atan kemudiannya berhijrah ke Singapura dan berkahwin di Singapura. Itu sebabnya kita mempunyai ramai saudara mara di Singapura.
Tok Yunus adalah seorang alim. Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas utama Masjid Jamek Port Swettenham dan menjadi Imam pertama kepada Masjid tersebut. Jasa beliau kepada Masjid tersebut dan masyarakat Kampung Masjid amat banyak. Rumah beliau terletak di belakang Masjid berkenaan yang telah diwakafkan oleh seorang kaya Port Swettenham ketika itu. Tok Yunus tidak mempunyai anak dan hanya ada seorang anak angkat. Selepas beliau meninggal dunia, sepupu ayah saya, Hj Tamin Bin Idris telah dilantik sebagai Imam dan ayah saya dilantik sebagai Ketua Kampung, Kampung Masjid. Apabila Imam Hj Tamin meninggal dunia, ayah saya, Mohd Idrus Dahlan pula telah dilantik sebagai Imam Masjid tersebut. Ayah saya menjadi Imam selama beberapa tahun sehinggalah Masjid tersebut diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan melantik Imam Bertauliah yang bergaji.
Saya sekeluarga telah dibesarkan di Kampung Masjid berkenaan.
Sekiranya anda berkunjung ke Port Klang, Masjid Jamek Samadiah yang kelihatan di tepi jalan raya menuju ke pekan Port Klang adalah Masjid yang diasaskan oleh Tok Yunus, keluarga kita.
Ramai keluarga kita terdiri daripada orang-orang alim, para ustaz dan guru. Kampung Masjid atas tanah wakaf masih terdapat di belakang Masjid Samadiah sekarang. Salah seorang daripada keluarga kita masih menetap di kampung berkenaan. Beliau bernama Kamarulzaman Abd Aziz, adik tiri kepada Saliah (Kak Unggal) Bt Jusman Bin Dahlan. Jusman adalah adik bongsu ayah saya, anak bongsu kepada Tok Dahlan. Keluarga Imam Hj Tamin pun masih ada yang tinggal di kawasan Kampung Masjid tersebut.
Sejarah Ringkas Tentang Mohd Idrus Bin Dahlan
Mohd Idrus adalah anak sulung Tok Dahlan bersama Tok Lamah. Beliau dilahirkan di Kampung Tengah, Sabak Bernam dan dibesarkan di situ. Seperti anak-anak kampung Sabak Bernam ketika itu, beliau hanya mendapat pendidikan Agama Islam, menulis dan membaca. Apabila dewasa, beliau mengikuti Bapa Saudaranya, Hj Yunus berhijrah ke Port Swettenham (sekarang Port Klang).
Untuk memastikan beliau terus tinggal di Port Swettenham, Tok Yunus telah mengkahwinkan beliau dengan Mariam Bt Ali, anak saudara Isteri Tok Yunus. Beliau memulakan kehidupan berkeluarga dengan melakukan kerja-kerja sendirian serta membantu Bapa Saudaranya menguruskan Masjid dan kerja-kerja Agama.
Di zaman pemerintahan Jepun, beliau terus kental menyara kehidupan keluarga dengan kerja-kerja kampung dan bertugas sebagai penjaga kunci air. Apabila peperangan semakin marak, beliau sekeluarga telah pindah ke Teluk Gadung untuk tinggal bersama keluarga Ibu saya. Untuk ke Teluk Gadung melalui jalanraya amatlah bahaya kerana ia dipenuhi dengan askar-askar Jepun. Salah satu cara untuk sampai ke Teluk Gadung dengan selamat ialah melalui jalan rel kereta api. Dengan berbekalkan ubi rebus, biskut keras dan air kosong, mereka telah berjalan beramai-ramai melalui jalan rel kereta api untuk berpindah ke Teluk Gadung. Ketika itu, Khadijah, Ahmad dan Sulaiman masih kanak-kanak dan saya belum dilahirkan lagi.
Selepas perang Jepun tamat, barulah mereka kembali ke Kampung Masjid, Port Swettenham. Rumah mereka masih selamat, tetapi yang hilang hanyalah songkok-songkok ayah saya. Rupa-rupanya, terdapat sepucuk surat yang ditinggal oleh askar-askar Melayu yang mengatakan mereka telah mengambilnya untuk dipakai dan mereka minta agar dihalalkan dunia dan akhirat. Begitulah baiknya hati askar-askar Melayu ketika itu walaupun mereka terpaksa berdepan dengan askar-askar Jepun.
Selepas British kembali memerintah dan Malaya masih diancam Pengganas Komunis, ayah saya telah dilantik sebagai anggota Home Guard untuk mengawal Kampung Masjid. Sebagai langkah keselamatan, ayah saya telah diberikan sepucuk senapang patah yang sering beliau sandarkan di dinding rumah papan kami. Apabila Malaya semakin aman, ayah saya telah diambil bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah Cina di Pandamaran. Kemudian, beliau bertukar menjadi Guru Agama di sebuah sekolah agama bertempat di Masjid Kampung Pendamar. Selepas beberapa tahun mengajar di Sekolah tersebut, beliau ditukarkan pula ke Sekolah Kebangsaan Port Klang sehingga bersara.
Ketika zaman mudanya, mungkin di sekitar tahun 1940-an atau awal 50-an, beliau sering pulang ke kampung halamannya di Sabak Bernam dengan hanya menunggang basikal. Selepas Solat Subuh dan minum pagi di Port Swenttenham, beliau akan mula mengayuh basikalnya untuk pulang ke Sabak Bernam.
Jalan raya ke Sabak Bernam ketika itu tidaklah sebaik seperti jalan raya sekarang. Kebanyakan jalan masih kecil, berliku, bertanah merah, berkulit kerang serta dikelilingi hutan dan beberapa buah kampung. Dalam keadaan demikian, perjalanan ke Sabak Bernam sudah tentu akan mengambil masa yang panjang.
Biasanya, ayah saya tiba di Kuala Selangor pada petang hari dan singgah di rumah saudaranya di Kampung Kuantan untuk bermalam. Saudara di sini adalah di sebelah keluarga Hj Tamin Bin Idris (kemudiannya menjadi Imam Kedua Masjid Port Swettenham).
Dikatakan Idris (Ayah kepada Imam Tamin) berkahwin dengan adik perempuan Tok Dahlan bernama Hawa. Di sinilah keluarga Imam Hj Tamin berkait pertalian dengan keluiarga kita. Berkenaan pertalian ini, saya akan sahkan kemudian kerana perkara ini masih samar-samar lagi.
Selepas Solat Subuh dan minum pagi di Kampung Kuantan Kuala Selangor, ayah saya akan meneruskan perjalanannya ke Sabak Bernam. Beliau tiba di Sabak Bernam pada petang hari dan tinggal beberapa hari di Sabak Bernam untuk bertemu keluarga.
Ini bermakna, dengan berbasikal Ayah saya mengambil masa dua (2) hari untuk tiba di Sabak Bernam dari Port Swettenham.
Selepas beberapa hari di Sabak Bernam, beliau akan pulang ke Port Swettenham dengan jadual yang sama. Singgah bermalam di Kampung Kuantan Kuala Selangor dan esok paginya terus berkayuh lagi ke Port Swettenham.
More to follow ....

Comments