Skip to main content

Ringgit Susut Kepada RM4.24

Semalam Ringgit telah susut kepada RM4.24 berbanding 1 Dollar Amerika. Kejatuhan nilai matawang ini bukan saja melibatkan Ringgit tetapi juga matawang negara-negara lain.

Pasaran saham dan harga komoditi juga turut merosot. Dow Jones futures jatuh sebanyak 805 mata kepada 16,125. Indeks Komposit Shanghai  jatuh 8.49% kepada 3,209.91. Indeks Komposit Shenzhen jatuh 7.7%. Indeks Hang Seng jatuh 5.15%.  Nikkei 225 jatuh 4.61%. Indeks Komposit Jakarta juga jatuh sebanyak 3.97%. Beberapa negara lain turut mengalami perkara yang sama.

Minyak mentah Brent jatuh kepada US$44.27 setong semalam. Ini merupakan kejatuhan harga paling rendah sejak 16 tahun lalu.

Keadaan ini berlaku akibat beberapa faktor seperti kekukuhan Dollar Amerika, rancangan Amerika untuk menaikkan kadar faedah mereka, kelembapan ekonomi dunia dan China menurunkan nilai Yuan mereka. China berbuat demikian untuk memastikan harga barangan eksport mereka rendah dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Di samping itu mereka mahu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan ingin mengurangkan pengangguran di China.

Faktor-faktor di atas telah menyumbang kepada fenomena ekonomi dunia sekarang.

Oleh itu, keadaan ini bukan saja dialami oleh Malaysia seperti yang digambarkan oleh beberapa orang Naysayers, Prophets of Doom dan Armchair Economists. Mereka menggambarkan seolah-olah ekonomi Malaysia akan hancur dan collapse. Kalau hendak diteliti daripada economic fundamentals Malaysia sekarang, beberapa negara lain akan collapse dulu sebelum Malaysia!

Saya tidak menafikan bahawa faktor-faktor dalaman Malaysia turut menyumbang kepada masalah kejatuhan Ringgit Malaysia.

Para pemimpin negara mesti menyelesaikan isu 1MDB, Dana Sumbangan, Kebebasan dan Ketelusan Institusi-Institusi Utama (Key Institutions), masalah politik, pentadbiran, pengurusan dll secepat mungkin sebelum lebih ramai pelabur dalam dan luar negara memindahkan pelaburan mereka ke negara-negara lain.      

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...