Skip to main content

Ringgit Jatuh Ke Paras RM4.0060 Berbanding US$1.00

Pada jam 11.03 pagi tadi, Ringgit Malaysia telah jatuh melepasi angka RM4.0060 berbanding Dolar US$1.00. Pada 7 Januari 1998, ketika berlaku krisis matawang Asia, Ringgit Malaysia pernah jatuh ke paras RM4.80 berbanding US$1.00 sebelum ia ditambat (peg) pada paras RM3.80 oleh Kerajaan Malaysia.

Kejatuhan matawang kali ini bukan saja dialami oleh Malaysia, tetapi juga Rusia, India, Indonesia, Norway, Australia, New Zealand, Euro, Thailand dan beberapa buah negara lain. Pada masa yang sama Ringgit Malaysia turut mengukuh sedikit berbanding Dolar Kanada, Rupees, Yen dan Rupiah. Ini disebabkan Malaysia turut aktif berdagang dengan negara-negara lain.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kejatuhan Ringgit Malaysia. Pertama, harga minyak mentah telah menurun ke paras bawah US50.00 setong. Malaysia banyak bergantung pada minyak bagi mengukuhkan Simpanan Dalam Negara dan Luar Negara (Foreign Reserves) Kedua, jangkaan kenaikan kadar faedah Federal Reserve Amerika Syarikat telah mendorong pembelian Dollar. Ketiga, China telah menurunkan nilai matawang Yuan bagi meningkatkan saingan Eksport mereka. Keempat, pada keseluruhannya perdagangan dunia agak lembab. Kelima, masalah politik domestik Malaysia turut menyumbang. Keenam, para pelabur tempatan dan asing mengurangkan pelaburan mereka yang menyebabkan nilai Bursa Malaysia jatuh, dll.

Namun begitu, Agensi Penarafan seperti Fitch, Moody dan S&P berkata kedudukan ekonomi Malaysia masih dalam keadaan stabil. Ini agak memberangsangkan. Ramai pakar ekonomi berpendapat ekonomi Malaysia tidak akan runtuh. Malaysia's economy will not collapse. Hanya para politikus, atas sebab-sebab politik, yang mengatakan ekonomi Malaysia akan merudum!  

Terdapat pro dan kontra akibat kejatuhan matawang. Apabila nilai Ringgit menurun, barangan Eksport kita akan menjadi murah dan dapat dipasarkan dengan lebih banyak ke pasaran luar negara. Harga Import akan meningkat dan mencegah kita daripada mengimport barangan luar negara dan sekaligus menghalang pengaliran keluar Ringgit Malaysia. Ketiga, menggalakkan pengeluaran barangan dalam negara untuk pengeksportan dan meningkatkan peluang pekerjaan dalam negara. Keempat, tidak menggalakkan rakyat Malaysia melancong ke luar negara, sebaliknya melancong dan berbelanja dalam negara dan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia. Kelima, ramai pelancong asing akan datang melawat Malaysia kerana nila duit mereka telah meningkat dan menambahkan simpanan matawang asing dalam negara. Dan banyak lagi kelebihannya.    

Kita hanya akan mengalami kerugian apabila kita melancong ke luar negara terutama sekali ke AS. Anak-anak belajar di AS. Membeli barangan dalam matawang US. Membeli barangan import berjenama (branded products) dll.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia pada negara, kita mesti berani hadapi dan atasi semua masalah ini secara bersama. Kita perlu sentiasa bersikap positif dan optimistik. Saya yakin hari esok masih ada dan matahari tetap bersinar. There is still a light at the end of the dark tunnel. There is always another day. That's not the end of our world. That's not the end of our destiny. We still have long beautiful roads to walk.  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...