Skip to main content

Pelbagai Pihak Termasuk PAS Tolak Demonstrasi Bersih 4.0

DS Hadi Awang telah mengarahkan ahli-ahli dan para penyokong PAS agar tidak menyertai Perhimpunan Bersih 4.0. Perkara tersebut telah disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan oleh laman sesawang PAS, Harakah Daily. PAS tidak bersetuju kerana tarikh 29 dan 30 Ogos adalah tidak sesuai kerana ia hanya selang sehari sebelum Sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka. PAS juga tidak mahu persediaan menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka terganggu.

Sebenarnya PAS amat arif dengan matlamat dan muslihat DAP dan Bersih 2.0. PAS juga tahu dari mana datangnya Dana untuk menganjurkan Bersih 4.0. Sebab itu PAS tolak Bersih 4.0.

Di samping itu, PAS sedang sibuk merancang untuk mengadakan program yang lebih besar, Kongres Rakyat yang akan diadakan pada 12 September. PAS juga akan mengadakan Persidangan pada 17 Oktober yang akan dihadiri oleh lebih 60,000 orang ahli.

Selain PAS terdapat pelbagai pihak dan NGOs telah mengecam rancangan Demonstrasi ini. Mereka berpendapat Demonstrasi ini boleh menggugat ketenteraman awam dan boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama kerana Bersih 4.0 mendapat tajaan DAP, NED, NDI dan OSI milik Barat dan Yahudi.

DBKL dan Polis Kuala Lumpur telah pun mengeluarkan arahan tanpa membenarkan Perhimpunan itu diadakan di persekitaran Dataran Merdeka. Mereka tidak mengeluarkan Permit Perhimpunan kerana ia tidak menepati syarat-syarat dan Akta Perhimpunan Aman (Peaceful Assembly Acts), dan menganggap Perhimpunan tersebut sebagai Haram. Mereka telah meminta Penganjur Bersih 4.0 supaya Perhimpunan tersebut dibatalkan atau diadakan di tempat lain seperti di Stadium dll.  

Dipercayai Bersih 4.0 telah berjaya mengumpul Dana sebanyak RM1.5 juta termasuk sumbangan daripada NED, NDI dan OSI, badan-badan milik Barat dan Yahudi. Matlamat badan-badan ini ialah untuk melakukan Regime Change dengan mencatur Kerajaan-Kerajaan Asing, terutama sekali negara-negara Islam, supaya mengikut telunjuk mereka!

Inter-Faith Council (Majlis Antara Agama) yang Tidak disertai Agama Islam, telah mengarahkan supaya Gereja dan Kuil dijadikan tempat perlindungan bagi para demonstrator. Difahamkan 3 buah Gereja Katholik dan beberapa buah kuil telah pun bersetuju untuk dijadikan tempat perlindungan (Refuge Areas, Sanctuaries). Semua perkembangan negatif ini boleh membangkitkan kemarahan orang ramai dan mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Sehubungan itu, orang-orang Melayu Islam khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya, Mesti menolak dan jangan sertai Perhimpunan Bersih 4.0 yang dijangka berlangsung pada 29 dan 30 Ogos di persekitaran Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Dijangkakan ramai penyokong DAP, Cina Kristian, penganut Kristian, PKR, GHB dan kuncu-kuncu mereka akan menyertai Perhimpunan Tidak Bersih ini.

Demonstrasi Raksasa bukan caranya untuk mendesak atau menurunkan seseorang Perdana Menteri dan sesebuah Kerajaan. Menukar Perdana Menteri dan Kerajaan secara demokratik dan aman adalah melalui Peti Undi, Undi Tidak Percaya Di Parlimen dan beberapa cara lain yang lebih sopan. Bukan semua cara Barat patut diteladani. Di Amerika Syarikat dan UK pun mereka Tidak menurunkan Kerajaan mereka secara Demonstrasi! Demonstrasi hanya membuang masa, tenaga, mengganggu para peniaga, lalu lintas dan orang ramai yang tidak berdosa.

Persatuan Bekas Tentera dan Polis Malaysia turut menyelar rancangan Demonstrasi Bersih 4.0 ini. Mereka berkata ia boleh menggugat Ketenteraman, Keamanan dan Keselamatan Negara yang telah mereka bina dan perjuangkan sejak dulu.

Saya amat mengalu-alukan arahan PAS, pandangan pelbagai pihak dan NGOs termasuk Persatuan Bekas Tentera dan Polis. Justeru itu, saya menyeru kepada semua orang Melayu Islam khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya, agar menolak dan jangan sertai Demonstrasi Tidak Bersih 4.0 ini kerana ia hanya akan memusnahkan negara dan rakyat Malaysia. Sebaliknya, ia hanya akan menguntungkan anasir-anasir dalam dan luar negara yang ingin berkuasa di negara ini.

PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP kerana ia tidak sehaluan dengan perjuangan dan dasar mereka. Pada masa lalu, demonstrasi Bersih telah mendapat sambutan hasil daripada sokongan dan bantuan kuat para ahli dan penyokong PAS.


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...