Skip to main content

Hanya 10% Melayu Sertai Demonstrasi 4.0

Seperti yang diramalkan, majoriti daripada peserta demonstrasi 4.0 terdiri daripada kaum cauvinis Cina. Boleh dikatakan semuanya adalah penyokong tegar DAP. Orang Melayu Islam tidak memberikan respons yang menggalakkan dengan hanya 10% melibatkan diri. Orang Melayu Islam semakin sedar dengan niat dan tipu muslihat DAP dan B 2.0.

Pada keseluruhannya, Demonstrasi 4.0 dianggap Gagal kerana mereka menjangkakan lebih 100,000 demonstrator akan hadir. Malangnya, hanya lebih kurang 25,000 hingga 30,000 peserta yang hadir, termasuk kanak-kanak. Ada pemerhati yang mengatakan hanya 20,000 demonstrator yang menyertai.

Pada jam 5.00 petang, sudah ramai mula meninggalkan kawasan berhimpun untuk pulang ke rumah masing-masing. Hanya letih terpekik terlolong mengiringi mereka dan ada yang masih kelaparan tetapi poket kembung dengan wang habuan. Segelintir DAP hardcore masih tinggal untuk bermalam di persekitaran Dataran Merdeka demi meneruskan perjuangan hari ini.

Para penganjur 4.0 dan pemimpin mereka termasuk Maria Chin, Lim Guan Eng, Wan Azizah, Rafizi Ramli dll telah menghilangkan diri lebih awal selepas berucap berapi-api.

Soalannya, sudahkah mereka mencapai matlamatnya? Jawapannya masih Tidak! Seperti 3 Bersih yang lalu, mereka tetap Gagal. Mereka hanya menang Sorak dan dapat Publisiti Antarabangsa untuk Political Master mereka, anasir-anasir Barat dan Yahudi.

Anihnya, PM dan Kerajaan BN masih Wujud, Utuh, Tidak Berganjak dan Tidak Tumbang. Yang Tumbang hanya para demonstrator kerana keletihan berjalan, berpanas dan berdemonstrasi tidak tentu hala.

Seperti saya katakan dulu, Demonstrasi Raksasa (Mammoth Demonstration) tidak boleh menumbangkan PM atau Kerajaan. Ini bukan budaya Malaysia dan bukan caranya. Mereka hanya boleh diganti menerusi Pemilihan Pemimpin Parti, Pilihan Raya Umum, Undi Tidak Percaya di Parlimen, Sakit, Letak Jawatan secara sukarela dan beberapa cara yang lebih demokratik. Demonstrasi Raksasa hanya membuang masa, tenaga, wang ringgit, mencemaskan rakyat, menyusahkan rakyat dan boleh menggugat keharmonian kaum. Majoriti rakyat Malaysia tidak suka cara tekanan dan paksaan seperti ini.

Contohnya, Bersih 4.0 ini. Demonstrasi ini Tidak menadapat sambutan pelbagai kaum (Multi Racial). Amat jelas, orang Melayu Islam telah menolaknya kerana hanya 10% yang hadir, itu pun penyokong tegar PKR dan GHB. Majoritinya adalah Cina, penyokong tegar DAP dan Cina Kristian. Archbishop KL, Julian Leow juga turut serta!

Tabik hormat saya kepada pihak Polis dan Keselamatan kerana telah berjaya mengawal keadaan dengan baik, dan saya harap Demonstrasi hari ini juga berjalan dengan aman seperti semalam agar kita semua dapat menyambut Hari Kemerdekaan esok dalam suasana aman, ceria dan meriah.    



Pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

The opinion given is entirely mine without any outside influences.    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...