Skip to main content

Melayu Islam Mesti Bersatu!

Suasana politik sekarang agak membimbangkan. Seolah-olah terdapat satu konspirasi anasir-anasir dalaman dan luaran untuk menggangu-gugat dan memecahbelahkan pentadbiran Melayu Islam secara licik dan tersembunyi. Mereka berharap apabila orang-orang Melayu berpecah-belah, mereka akan mudah mengambil alih pucuk pimpinan dengan bantuan kuasa luar.

PAS telah berpecah dengan penubuhan GHB sementara UMNO pula kelihatan retak dengan pelbagai krisis dalaman. Adakah semua ini dirancang, dihasut dan digerakkan oleh anasir-anasir dalaman dan luaran? Saya dimaklumkan bahawa penubuhan GHB telah dibiayai oleh sebuah parti pembangkang dan masalah UMNO adalah akibat orang-orang UMNO sendiri yang dicocok dan ditungganggi oleh parti pembangkang dan anasir-anasir asing. Jika benar, ini bermakna masalah yang dihadapi oleh kedua-dua parti Melayu Islam sekarang adalah berpunca daripada permainan licik anasir-anasir dalaman dan luaran.      

Kebimbangan ini telah mendorong saya untuk menimbulkan semula kempen saya terhadap kerjasama antara orang-orang Melayu Islam, terutama sekali kerjasama antara PAS dan UMNO.

Seperti posting-posting saya yang terdahulu, saya sering memperjuangkan agar PAS dan UMNO bekerjasama mulai sekarang dan berganding tenaga dalam PRU 14 akan datang untuk mememastikan Kerajaan Malaysia terus diterajui oleh kepimpinan Melayu Islam.

Dengan kerjasama PAS - UMNO serta sedikit bantuan daripada parti-parti Bumiputera yang lain, saya yakin mereka dapat menguasai 2/3 Parlimen dan dapat mencatur politik dan ekonomi negara dengan berkesan. Bukan itu saja, mereka juga dapat menjamin keselamatan dan kemajuan negara. Hanya kepimpinan Melayu Islam yang dapat menjamin keamanan, ketenteraman, keselamatan, kestabilan dan kemajuan negara Malaysia.

Perjuangan saya ini turut dikongsi bersama oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahukan supaya PAS dan UMNO bekerjasama untuk mentadbir negara.

Akhir-akhir ini, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang telah memperlihatkan reaksi yang menggalakkan.

Kerjasama PAS - UMNO akan mengukuhkan lagi kekuatan kepimpinan Melayu Islam serta tidak mudah dikotak-katikkan lagi oleh anasir-anasir dari dalam dan luar negara.

PAS dan UMNO perlu menghakiskan keegoan masing-masing untuk duduk bersama mentadbir negara. Mereka perlu mengenepikan perkara remeh-temeh dan mengutamakan perkara dan agenda yang lebih besar. Mereka juga perlu merencana satu Formula Menang-Menang (win-win formula) untuk bekerjasama dalam PRU14 dan mentadbir negara secara bersama.    








Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...