Skip to main content

Gabenor Bank Negara Mula Bersuara

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz is the true face of Malaysia's Economy. She is the reflection of Malaysia's economic and financial strength. That's her unique forte. Once she speaks, Malaysia's Economy and Ringgit will tremble and rebound. Itulah kekuatan luar biasa Dr Zeti. Beliau adalah seorang yang bijak, jujur, amanah, bercakap benar, berterus terang, komited terhadap pekerjaan, cekap bekerja dan tidak bermain politik.

Dalam satu Sidang Akhbar yang diadakan di Bank Negara semalam, beliau berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat 4.9% pada suku kedua (Q2) berbanding 5.6% pada suku pertama (Q1), Bank Negara adalah sebuah institusi yang mantap dan akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Dr Zeti juga berkata Ringgit tidak perlu ditambat (peg) kepada Dollar Amerika dan akan terus mengemudi Bank Negara sehingga tamat tempoh pada tahun depan. Beliau adalah dalam keadaan sihat dan tidak akan teragak-agak untuk menyaman mereka yang menyebarkan khabar angin.

Beliau seterusnya berkata siasatan 1MDB telah pun selesai dan akan menyerahkan laporan tersebut kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.  

Sebaik saja beliau selesai mengadakan Sidang Akhbar, suasana ekonomi Malaysia seolah-olah bertukar menjadi ceria. Seluruh rakyat Malaysia telah mula menunjukkan sikap optimistik dan keyakinan terhadap masa depan ekonomi Malaysia. Nilai Ringgit didapati telah meningkat sedikit, prestasi dan mata (points) KLCI dan Bursa Malaysia mula melonjak, sementara para peniaga dan pelabur tempatan dan luar negara telah mula memberikan reaksi yang baik.

Saya harap suasana ini merupakan permulaan kepada kebangkitan semula prestasi ekonomi Malaysia dan terus kekal dan berkembang. Saya juga berharap beliau akan terus mengemudi Bank Negara selepas tamat tempoh perkhidmatannya pada tahun depan.

We still need your good service Dr Zeti. You are one of the best Bank Governors the world has ever produced. We are proud of you. Nothing can deny that.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...