Skip to main content

PAS Selangor Semakin Retak

PAS Selangor kian parah apabila semakin ramai ahli mereka meninggalkan Parti untuk menyertai Parti GHB yang diketuai oleh Mat Sabu.

Minggu lalu, beberapa cawangan Pemuda Pas Shah Alam telah mengisytihar keluar Parti. Terbaru, PAS Bahagian Kota Raja yang diketuai oleh Cikgu Jaafar telah meninggalkan PAS untuk bersama Parti GHB.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud turut sama menyertai Parti GHB. Pada pilihan raya lalu, Dr Mariah memperolehi undian kecil dari Kawasan Taman Seri Andalas, tetapi telah diselamatkan oleh undian besar Kawasan Bukit Tinggi, Klang yang dimonopoli oleh kaum Cina. Mungkin atas percaturan ini Dr Mariah meninggalkan PAS untuk bersama GHB yang pro DAP.

Dengan perkembangan terbaru ini, saya lihat DAP semakin mendabik dada kerana berjaya memecahkan benteng orang Melayu di samping kian mengukuhkan kedudukan mereka di Selangor. Bagi saya, penubuhan GHB adalah satu kemenangan besar untuk DAP.

Saya yakin, sekiranya PAS, UMNO dan NGO Melayu yang lain tidak bekerjasama mulai sekarang untuk PRU14 akan datang, DAP akan menguasai Selangor dengan calon Melayunya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

DAP pasti menang di semua kawasan majoriti Cina di Selangor. Undi Cina tidak akan berubah. Mereka mungkin akan menang lebih banyak kerusi daripada sekarang sebanyak 15 kerusi. Mereka akan bertanding di lebih 20 kawasan Cina dan selebihnya diagihkan untuk PKR dan GHB.

Pada PRU14 akan datang, saya percaya DAP akan meletakkan ramai calon Melayu di kawasan selamat. Calon-calon ini akan menang dengan bantuan para pengundi Cina dan salah seorang daripada mereka akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan kerusi yang lebih banyak daripada PKR dan GHB, mereka akan mendesak DYMM Sultan untuk menerima calon Melayu mereka sebagai Menteri Besar.

Sebelum perkara di atas menjadi realiti, saya menyeru kepada para pemimpin PAS, UMNO dan NGO Melayu yang lain supaya bekerjasama mulai sekarang dengan menghakiskan keegoan dan kepentingan masing-masing. Ketepikan perkara titik bengik dan remeh temeh. Fikirkan agenda dan perjuangan Melayu Islam yang lebih besar serta masa depan negara Malaysia.

Kita tidak mahu, dalam masa 100 tahun akan datang Malaysia akan bertukar menjadi sebuah negara Republik dan orang Melayu Islam mengemis di negara sendiri.


Pandangan di atas adalah pandangan peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
The opinion given is entirely mine without any external influences or ulterior motives.  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...