Saya amat kagumi dua orang tokoh ini. Mereka amat komited, serius, berterus terang dan telus terhadap tugas mereka. Dalam lain perkataan, mereka tidak pernah bersikap 'hanky-panky'.
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz terkenal sebagai seorang Gabenor Bank yang bijak, rajin, cekap dan efektif. Beliau telah menguruskan Bank Negara Malaysia dengan efisien sehinggakan beliau telah dicalonkan sebagai salah seorang Gabenor Bank yang terbaik di dunia.
Beliau tidak pernah bermain politik dalam soal tugas. Beliau hanya mahu menghasilkan yang terbaik untuk Bank Negara dan ekonomi Malaysia. Dr Zeti adalah satu-satunya anak Profesor Emeritus Ungku Aziz dan Azah Aziz, seorang Budayawan Melayu.
DS Abd Wahid Omar terkenal sebagai seorang CEO Maybank yang luar biasa sebelum beliau diangkat sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah mengharumkan nama Maybank sebagai Bank yang terbesar dan terkemuka di Malaysia dan dipilih sebagai salah sebuah Bank yang mantap dan terbaik di dunia.
Beliau kini telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Ekonomi untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi negara sekarang. Berdasarkan prestasi cemerlang beliau yang lalu, saya yakin beliau akan berjaya memulihkan kembali keadaan ekonomi negara dengan menyuntik pelbagai idea inovatif. Beliau harus diberikan ruang dan masa untuk melaksanakan tugas tersebut.
Baru-baru ini beliau berkata 'economic fundamentals' Malaysia adalah dalam keadaan stabil. Pada tahun 1997/98 Malaysia mengalami Trade Deficit dan sekarang Malaysia mengalami Trade Surplus. Ekonomi Malaysia telah berkembang 4.9% pada suku kedua tahun ini (Q2). Simpanan Antarabangsa negara sekarang sebanyak USD94 bilion boleh menampung 'retained import' selama 7 bulan berbanding USD20 bilion dalam tahun 1998 untuk 'retained import' selama 3 bulan. Kadar pengangguran negara adalah rendah sebayak 3.1%.
Beliau terkenal sebagai seorang yang lurus, suka berterus terang dan hanya bercakap berdasarkan 'facts and figures' (fakta, data dan angka). DS Abd Wahid Omar tidak suka berbohong.
Sehubungan itu, kita harus berikan sepenuh kepercayaan kepada Dua Tokoh ini untuk memulih dan memantapkan kembali kedudukan ekonomi Malaysia yang dilanda kegawatan ekonomi global.

Comments