Skip to main content

Kedudukan Ekonomi Dan Matawang Malaysia

Saya berpendapat, untuk menangani masalah ekonomi kita sekarang, kita perlu bersikap positif, bukannya negatif. Kita perlu bersikap optimistik, bukannya pesimistik. Kita perlu produktif, progresif, konstruktif, tidak berputus asa dan jangan mudah terpengaruh dengan fikiran sempit dan negatif. Kita perlu terus mara ke hadapan.

Sesungguhnya, masih terdapat cahaya di hujung kegelapan terowong.

Semalam, PM telah duduk berbincang dengan beberapa orang pakar ekonomi dan kewangan Malaysia bagi mendapatkan pandangan dan nasihat mereka. Para pakar tersebut terdiri daripada para pengarah Bank Negara Malaysia, pakar Ekonomi dan Kewangan, Penganalisis Ekonomi, pakar Perbankan dll.

Hasil daripada perbincangan tersebut mereka telah merumuskan bahawa asas ekonomi (economic fundamentals) Malaysia masih dalam keadaan stabil, ekonomi negara perlu diperbaiki, kejatuhan matawang Ringgit dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman dan tidak mencerminkan keadaan ekonomi yang sebenar.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan matawang Ringgit jatuh.

1. Nilai matawang Dollar Amerika telah meningkat dan semakin kukuh. Oleh kerana nilai Ringgit diasaskan kepada Dollar Amerika, maka kenaikan nilai Dollar Amerika akan menjadikan nilai Ringgit susut.
2. Negara China telah menurunkan (devalue) matawang Yuan untuk menjadikan produk eksport mereka lebih kompetitif. Ini telah menjejaskan kebanyakan matawang Asia dan dunia termasuk Malaysia.
3. Harga komoditi telah menurun. Harga minyak, gas, getah dan minyak sawit telah merosot dan menjejaskan simpanan dalam dan luar negara Malaysia (domestic and foreign reserves). Harga minyak mentah di pasaran sekarang adalah di bawah paras USD50 setong. Malaysia amat bergantung pada minyak mentah dan komoditi lain. Kekurangan Reserve ini telah menyusutkan nilai matawang Ringgit.
4. Nilai Matawang negara lain juga turut bermasalah dan merosot dengan peratusan penurunan yang berbeza. Nilai Dollar Taiwan, Ruble Russia, Baht Thailand, Won Korea Selatan, Sol Peru, Rand Afrika Selatan Peso Chile, Peso Columbia dan Real Brazil turut merosot. Bukan matawang Ringgit saja! Ini disebabkan oleh kelembapan ekonomi dunia.
5. Faktor situasi politik negara, Isu 1MDB, Isu Wang Sumbangan, Kebimbangan Para Pelabur Dalam Negara dan Luar Negara. Para pelabur asing tidak melabur di Malaysia. Para pelabur memindahkan pelaburan mereka ke luar negara.

Semua faktor di atas telah menyumbang kepada kejatuhan nilai matawang Ringgit.  

Mengikut senarai Matawang Bermasalah (Troubled Currencies) yang dikeluarkan oleh Morgan Stanley baru-baru ini, Ringgit Malaysia tidak tersenarai dalam List berkenaan. Ini bermakna Ringgit Malaysia tidak bermasalah dan tidaklah seteruk mana. Ini adalah satu realiti kerana Pertumbuhan KDNK (GDP) Malaysia bagi Suku Kedua (Q2) adalah sebanyak 4.9%. Ini bererti masih berlaku pertumbuhan ekonomi walaupun sedikit.

Sektor Perkhidmatan dan Pengilangan Malaysia meningkat dengan menyumbang 76.6% kepada KDNK (GDP). Sektor minyak, gas dan pertanian susut kepada 17.9% KDNK.

Di samping itu, kita memperolehi Lebihan Perdagangan (Trade Surplus) sebanyak RM41.7 bilion dan Lebihan Akaun Semasa (Current Account Surplus) sebanyak RM17.6 bilion. Pasaran buruh adalah stabil, kadar pengangguran sebanyak 3.1% sementara kadar inflasi agak rendah.

Berdasarkan kepada perkembangan ekonomi ini, sebenarnya ekonomi negara Malaysia adalah dalam keadaan stabil berbanding beberapa negara lain. Ekonomi kita tidaklah seteruk mana! Kita perlu meneruskan program transformasi ekonomi dan pelbagaikan (diversify) ekonomi kita,  

Keadaan ekonomi Greece adalah jauh berbeza dengan keadaan ekonomi Malaysia. Greece telah mengalami masalah ekonomi teruk sejak 3 tahun lalu sehinggakan para pesara tidak boleh mengeluarkan wang pencen mereka kerana bank-bank tidak ada duit. Ini tidak berlaku di Malaysia. Para pesara yang telah bersara selama 20 tahun pun boleh keluarkan pencen mereka pada 25 atau 26 haribulan tanpa sebarang masalah.

In Syaa Allah, tidak lama lagi matawang Ringgit dan ekonomi Malaysia akan melantun semula (will rebound).

Pengerusi CIMB, DS Nazir Razak berkata berdasarkan asas ekonomi sekarang (economic fundamentals) matawang Ringgit sepatutnya bernilai RM3.70 berbanding USD1.00. Tetapi, telah susut kerana para pelabur asing bimbang dan tidak yakin terhadap ketelusan institusi-institusi utama Malaysia. Situasi politik, sentimen dan persepsi ini telah mempengaruhi kejatuhan matawang Ringgit.

Saya berpendapat, sebab itulah PM kita tidak mahu menambatkan (peg) matawang Ringgit kepada Dollar Amerka dan tidak mahu mengenakan kawalan modal (capital control). Beliau mahu meneruskan dasar mesra pasaran (market friendly policies) dan pasaran terbuka (open market) kerana ekonomi Malaysia masih stabil dan mampu melantun semula (will rebound).


Saya Bukan Orang Politik dan Tidak BerParti. Pendapat yang saya lontarkan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.  

I am Not a Politician and Without a Party. The opinion given is entirely mine without any external influences or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...