Skip to main content

Ukhuwah Bertaut Kembali Di D' Rosa Corner

Persaudaraan bekas para kakitangan LPK dan North Port telah dipereratkan kembali melalui Majlis Perjumpaan Silaturrahim yang diadakan hari ini, dari jam 2 ptg - 5 ptg di D' Rosa Corner, Jalan Kastam, Pelabuhan Klang.

Sambutan sungguh meriah dan menggalakkan. Ramai bekas kakitangan LPK dan North Port telah menghadirinya. Pelbagai jenis juadah dan minuman turut disajikan. Sambil menikmati hidangan enak yang disediakan, saya berpeluang bertemu ramai rakan lama yang hampir saya tidak cam lagi kerana peningkatan usia dan perubahan wajah. Boleh dikatakan, ramai telah menjadi Datuk anugerah Illahi.

Alhamdulillah, saya telah dapat bertemu Tn Hj Sulaiman Amin, Tn Hj Masrom Ahmad, Tn Hj Salleh, Tn Hj Kamaruddin, Tn Hj Zaaba, Tn Hj Yasir dan ramai lagi. Tanpa majlis seperti ini, kita tidak akan dapat berkumpul dan bertemu kembali secara beramai-ramai dalam suasana penuh intim dan kemeriahan.    

Syabas dan tahniah saya rakamkan kepada para pegawai Urusetia Majlis seperti Tn Hj Ismailluddin, Tn Hj Amir, Tn Hj Fahmi, Tn Hj Piai, Tn Hj Yasir dan lain-lain yang telah bersusah payah menguruskan Perjumpaan berkenaan dengan baik dan lancar.

Saya harap Perjumpaan seperti ini akan diadakan pada setiap tahun agar kita sentiasa dapat bertemu kembali secara beramai-ramai dan terus menerus menjalin ukhuwah di kalangan kita.

Syabas dan Jutaan Terima Kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...