Skip to main content

Batalkan Demonstrasi Bersih 4.0!

Sekiranya Bersih 2.0 pimpinan Maria Chin benar-benar ikhlas dan utamakan keamanan, keselamatan, kesejahteraan, kestabilan, kemajuan dan kepentingan negara, mereka harus batalkan Perhimpunan Bersih 4.0 serta merta. Demonstrasi ini lebih banyak mengundang kemudaratan daripada kebaikan. Demonstrasi ini pasti gagal mencapai matlamatnya, tetapi hanya berjaya mencetuskan kebimbangan, ketakutan, kerisauan, kegelisahan dan kecemasan rakyat Malaysia.  

Sebelum ini, mereka telah melakukan 3 Demonstrasi yang sama. Tetapi, tetap gagal dan Kerajaan sekarang masih Wujud dan Utuh. Mereka tahu mereka akan terus gagal, tetapi hanya ingin membuat kekacauan serta mendapatkan Simpati dan Publisiti Antarabangsa, terutama sekali daripada Master mereka, anasir-anasir Barat dan Yahudi.

Demonstrasi ini tidak akan menghasilkan keharmonian kaum, sebaliknya akan menyemarakkan lagi suasana perkauman yang wujud dan akan memburukkan lagi keadaan ekonomi Malaysia yang kini dilanda kegawatan ekonomi global.

Pelaburan, Indeks Pasaran Saham dan nilai matawang amat sensitif dan volatil. Demonstrasi ini boleh menggugat pelaburan, mendorong penurunan Indeks Pasaran Saham dan penyusutan nilai matawang Ringgit.

Sehubungan itu, para Penganjur Bersih 4.0 digesa agar membatalkan rancangan tersebut demi semangat Kemerdekaan Negara Malaysia. Mereka harus Memerdekakan diri mereka daripada dibelenggu pengaruh dan arahan anasir-anasir luar yang telah menabur bantuan kewangan untuk melakukan onar di Malaysia.

          

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...