Skip to main content

Perniagaan Peralatan Komputer Di Bangunan MARA

MARA merancang untuk menyediakan sebuah tingkat (one floor) di Bangunan Baru MARA bagi membolehkan para peniaga Bumiputera menjalankan perniagaan Peralatan Komputer dan Telefon Pintar ala Low Yat Plaza, Bukit Bintang.

Saya amat mengalu-alukan rancagan ini. Kita perlu menggalakkan lebih orang ramai Melayu menceburi bidang ini kerana pada masa ini terdapat ramai orang Melayu menggunakan komputer dan telefon pintar. Kuasa membeli orang Melayu sungguh besar dan mereka tidak perlu lagi pergi ke Low Yat yang terkenal mengenakan harga lebih tinggi kepada para pembeli Melayu. Lagi pun kedudukan Low Yat agak jauh dan sesak sementara Bangunan MARA di Jalan Tuanku mudah dikunjungi dan mempunyai banyak tempat letak kereta dan banyak kedai makan Halal.

Yang peliknya, masih terdapat suara-suara sumbang di kalangan orang Melayu sendiri yang tidak mahu rancangan ini dilaksanakan kononnya akan menimbulkan polemik dan polarisasi kaum. Soal perkauman tidak timbul. Soalnya ialah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera menceburi bidang ini sejajar dengan kehendak DEB. Soalnya sekarang ialah ramai orang Melayu kini menggunakan peralatan tersebut. Soalnya sekarang ialah kuasa membeli (purchasing power) orang Melayu sangat kuat. Lagi pun usaha ini adalah sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru dan Perlembagaan Negara. Jika diikutkan suara sumbang ini. sampai bila pun orang Melayu tidak akan berupaya menjalankan perniagaan peralatan komputer dan telefon pintar dan akan selama-lamanya ditipu oleh para peniaga Cina. This is the reality.      

Orang Melayu jangan mengalah dan bertolak ansur lagi. Jika tidak, kita akan kalah dan ditolak secara beransur-ansur di negara sendiri. Ini adalah hakikatnya. Saya bukan rasis. I am not a racist. I am a peace loving man. I love a peaceful Malaysia, but this is the reality of life in Malaysia.

Perniagaan di Bangunan MARA dan Low Yat nanti akan menghasilan saingan perniagaan yang sihat. Hasil daripada saingan sihat ini, harga peralatan komputer dan telefon pintar akan turun. Business in MARA and Low Yat will create a healthy competition and the prices will become competitive.

Pandangan yang diberikan adalah pandangan saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. The opinion given is entirely mine without any outside influences.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...