Skip to main content

Betulkah Ada Rancangan Untuk Menjatuhkan Kerajaan?

Betulkah terdapat rancangan untuk menjatuhkan Kerajaan sekarang seperti yang diperkatakan oleh DS Ahmad Zahid? Jika diteliti daripada rancangan DAP untuk mengadakan Save Malaysia Summit dengan menjemput beberapa orang tokoh negara untuk membincangkan penubuhan Kerajaan Sementara (Caretaker Government), maka rancangan tersebut sebenarnya adalah sahih. Mereka menganggap Kerajaan sekarang dan ekonomi negara berada dalam keadaan tenat dan perlu diganti dengan Kerajaan Baru bagi memulihkan keadaan.

Mereka mahu menubuhkan Kerajaan Sementara melalui Undi Tidak Percaya di Parlimen dengan sokongan semua Ahli Parlimen Pembangkan dan beberapa orang Ahli Parlimen BN. Sehubungan itu, apa yang diperkatakan oleh DS Zahid adalah benar. Hanya yang kita tidak tahu ialah benarkah ada ahli-ahli Parlimen BN yang mahu menyokong niat gila DAP dan kuncu-kuncunya. Mungkin ada dan mungkin tiada! Ini semua permainan politik.

Anda masih ingat rancangan 16 September Anwar Ibrahim? Beliau berkata 30 orang Ahli Parlimen BN akan melompat menyertai Pembangkang untuk menubuhkan Kerajaan PR (30 BN MPs will jump ship). Bukan itu saja, beliau juga berkata DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah menunggu beliau di Pintu Istana Negara. Oleh itu, tidak mustahil strategi yang sama telah digunakan lagi untuk memancing beberapa orang Ahli Parlimen BN.

Jumlah Ahli Parlimen Malaysia sekarang adalah seramai 222 orang. 134 wakil BN dan 88 wakil Pembangkang. Dikatakan, Rafizi Ramli mahu 25 wakil BN melompat menyertai Pembangkang untuk memperolehi majoriti mudah bagi menumbangkan Kerajaan sekarang. Lim Kit Siang lagi hebat. Mengapa 25, bukankah 35 orang lebih baik dan lebih selamat! Bukan itu saja. Mereka mahu semua Ahli Parlimen yang menyokong rancangan ini supaya menandatangani Akuan Berkanun (Statutory Declaration).  

DAP sungguh licik. Apabila Kerajaan Sementara ditubuhkan, mereka mungkin akan melantik wakil BN seperti Ku Li atau Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, sementara Lim Kit Siang pula mungkin akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan anaknya, LGE sebagai Menteri Kewangan. Rafizi Ramli pula mungkin akan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Mereka berhak mendapatkan jawatan tersebut kerana bilangan Ahli Parlimen DAP dan pembangkang agak ramai. Sungguh pintar bukan?

Sebelum perkara ini menjadi realiti, sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu pastikan agar rancangan Summit ini gagal dan tidak mencapai matlamatnya. Para pemimpin Melayu Islam mesti gagalkan rancangan ini dengan tidak menyertai Gagasan penuh muslihat itu.    


Pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Opinion given is entirely mine without any outside influences or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...