Mantan Presiden India, Sir Dr Abdul Kalam telah meninggal dunia baru-baru ini. Beliau adalah seorang saintis Islam yang bertanggungjawab mencipta peluru berpandu India.
Beliau dilahirkan daripada keluarga miskin. Pada suatu malam, semasa beliau masih kecil dan bersekolah, ibunya telah menyediakan makanan untuk mereka sekeluarga. Oleh kerana kepenatan akibat bekerja sepanjang hari, ibunya telah menyediakan makanan roti hangus. Beliau telah melihatnya dan diam saja untuk melihat reaksi bapanya. Bapanya senyap saja dan terus makan roti hangus tersebut sambil bertanya tentang persekolahannya. Menyedari akan kesilapannya, ibunya telah meminta maaf kepada bapanya. Bapanya berkata, "Tidak mengapa sayang, saya suka roti hangus." Semasa hendak tidur, Abdul Kalam telah memeluk bapanya untuk mengucapkan selamat malam dan bertanya bapanya sama ada beliau benar-benar sukakan roti hangus. Bapanya memeluknya lalu berkata, "Ibumu penat kerana bekerja sepanjang hari, lagi pun Roti Hangus Tidak Melukakan Hati Seseorang, tetapi Kata-Kata Kasar Boleh Melukakan Hati Seseorang." Abdul Kalam sedih mendengarnya lalu terus pergi ke tempat tidur. Kisah ini beliau semat dalam hatinya sehingga ke akhir hayatnya.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Sir Dr Abdul Kalam serta kedua-dua Ibu Bapanya.

Comments