Skip to main content

Posts

BN Menang Bergaya Di PRN Johor

 Ahad, 12 Julai 2026 BN menang besar di PRN Johor semalam dengan memenangi 48 kerusi, sementara PH hanya memperolehi 8 kerusi. Prestasi bergaya ini melepasi dua pertiga majoriti untuk membentuk dan mentadbir Kerajaan Negeri Johor selama 5 tahun lagi.  Dari angka BN 48 ini, Umno menang 36 kerusi, MCA 8 dan MIC 4.  PH kalah teruk dengan PKR 1 kerusi, DAP 6 dan Amanah 1. Parti-parti lain tewas tanpa menang satu kerusi pun. Kemenangan besar PRN ini merupakan kebangkitan semula BN selepas kemerosotan prestasi dalam PRU-15 dalam tahun 2022. BN mungkin meniup semangat kemenangan Bonanza ini untuk PRN Negeri Sembilan akan datang.  Kekalahan PH amat mengejutkan memandangkan mereka kini masih menerajui Kerajaan Pusat. PN tewas teruk tanpa memenangi satu kerusi pun. Prestasi buruk ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya. Parti-parti lain tidak menonjol langsung. - ends -  

Hari Ini Tun Dr Mahathir Berusia 101 Tahun

 Jumaat, 10 Julai 2026 Satu sejarah lagi telah dicipta oleh Tun Dr Mahahir Mohamad. Hari ini belaiu menyambut hari lahirnya yang ke-101. Alhamdulillah.  Selamat Hari Jadi Tun M dan semoga Allah rahmati dan berkati kehidupan Tun di dunia mahupun di akhirat. Aamiin. In Sya Allah, dua hari lagi Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah, akan menyambut hari lahirnya yang ke-100 tahun dan melayakkannya bergelar Centenarian. Alhamdulillah. Kedua-dua mereka ini adalah Super Ager luarbiasa! Sepasang suami isteri ini telah dikurniakan Allah usia yang panjang dan diberikan kesihatan yang baik. Kini Tun Dr Mahathir tidak bergerak cergas seperti dulu akibat kecederaan pinggul yang dialami pada awal tahun ini kerana terjatuh semasa bersenam di kediamannya.  Walau bagaimanapun beliau tetap aktif dari aspek sumbangan fikiran dan penulisannya. Beliau masih menyumbang pelbagai idea bernas untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.  - ends -

Bersiar Bersama LRT3

Ahad, 5 Julai 2026  Akhirnya LRT3 siap untuk dimanfaatkan oleh para pengguna Lembah Klang selepas kira-kira 9 tahun dimulakan. Idea awal dicetuskan oleh DYMM Sultan Selangor dan disampaikan kepada DS Najib Razak pada tahun 2015 ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada tahun 2017 Projek LRT3 mula digerakkan. Ekoran pertukaran Kerajaan pada tahun 2018, Projek ini telah tergendala selama 18 bulan.  Kemudian tergendala lagi selama 19 bulan ekoran Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Selepas Pandemik Covid-19 reda, Projek ini diteruskan oleh Kerajaan seterusnya. Akhirnya Projek ini berjaya disempurnakan dalam bulan Jun 2026 dan dilancarkan oleh DS Anwar Ibrahim pada 28 Jun 2026. Kerajaan beliau kemudiannya memberikan Perjalanan Percuma (Free Ride) selama sebulan dari 29 Jun hingga 31 Julai. Kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh ramai pengguna LRT3 sehinggakan pada hari pertama pelancaran dikatakan begitu sesak dengan lebih kurang 60,000 penumpang. Pada h...

Selamat Tahun Baru 1448 Hijrah

Rabu, 1 Muharam 1448H, 17 Jun 2026 Selamat Tahun Baru 1448 Hijrah. Semoga Tahun Hijrah ini merobah Mindset dan Mentaliti Jumud kepada Mindset dan Mentaliti Maju, Berkualiti dan Dinamik. In Sya Allah. Pada hari ini Umat Islam di seluruh dunia menyambut Tahun Hijrah yang Ke-1448 Tahun, Ini bererti, 1448 tahun yang lalu, Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW telah berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah (dulunya Yathrib).  Pembukaan Kota Madinah ketika itu melambangkan ufuk baru bagi perkembangan dan kemajuan Islam. Apabila kita bercakap tentang Tahun Hijrah, jasa dan sumbangan besar Sayidina Omar Ibni Al Khatab tidak lekang diperbicarakan. Susuk tubuh inilah yang mencadangkan agar Islam perlu mempunyai Tahun yang tersendiri.  Sebelum ini, malah pada zaman Nabi Muhammad SAW sekalipun, Islam tidak mempunyai Tahun tersendiri.  Sehinggakan tahun kelahiran Nabi dinamakan sebagai Tahun Gajah sempena Tentera Bergajah Abraha yang menyerang Mekah. Kalendar Islam ketika itu hanya memp...

AidilAdha Penuh Bermakna

Rabu, 10 Zulhijah 1447H/27 Mei 2026  Selamat Hari Raya AidilAdha Maaf Zahir Dan Batin Semoga Segala Pengorbanan Kita Diterima Allah Setiap orang pasti mempunyai hari atau  bulan yang bersejarah dan teristimewa. BagiKu, AidilAdha  adalah hari yang penuh Bermakna. 80 tahun yang lalu, pada tarikh ini (Hari Raya Korban), aku dilahirkan di Kampung Masjid Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang).  Aku dilahirkan pada 10 Zulhijah 1367H, mengikut Takwim Hijrah. Sehubungan itu, pada hari ini, 10 Zulhijah 1447H (AidilAdha), usiaKu telah mencecah 80 tahun. Alhamdulillah, aku telah mencapai Kategori SuperAger, dan masih lagi sihat dari aspek Fizikal dan Mental. Syukur sekali lagi kepada Allah. Secara kebetulan, IsteriKu, Raja Akhmar Raja Shahardin, juga dilahirkan pada Hari Raya Korban, tetapi pada Tahun Hijrah yang berbeza. Beliau dilahirkan pada 10 Zulhijah 1373 Hijrah. Dari sudut kiraan tahun Masehi (AD), aku masih kekurangan 2 tahun dan 4 bulan untuk mencapai usia 80 tahun. Ba...

A Historic AidilAdha

Wednesday, 10 Zulhijah 1447H/27 May 2026 Everyone has a Special Day. My Special Day is Hari Raya AidilAdha. Today I celebrated not only the Day of Sacrifices (Hari Raya Korban) but also my 80th Birthday. With this Milestone I am now in the  SuperAger League. Yes, you read it right. But not in AD Year (Masehi). It's in Hijrah Year! 80 years ago today I was born in a small village known as Kampung Masjid in Port Swettenham (now Port Klang). That historic day was 10 Zulhijah 1367 Hijrah, and that date makes me eligible to be a SuperAger today. Coinsidentally, my Mrs, Raja Akhmar Raja Shahardin, was also born on Hari Raya AidilAdha, but in a different Hijrah Year. She was born on 10 Zulhijah 1373H.   But based on AD Calendar (Masehi), I am still 2 years and 4 months short of reaching my 80th Birthday. Since Islamic Calendar (Hijrah) is shorter than the AD Calendar by 11 days a year, I reach the SuperAger Category earlier in the Islamic Calendar. Islamic Calendar is based on L...

I Am A Walker

 Wednesday, May 13, 2026 I am a Walker. I walk most of my life, from my younger days until now, at the ripe old age of 77. I started walking ever since I knew how to walk. From then on I never look back. During my Kampung Masjid Days, I often walked from front Kampung to the back Kampung, played with my kampung buddies and played football at a nearby football field.  In my Primary School days, I used to walk to school and back to my Kampung. The school located roughly about 1 kilometer away. Walking was my everyday affair during my Secondary School, I often walked to School from a  Bus Station whcih was located half mile from the school. In my Form Six days, I often walked to High School from Klang Bus Station which was located about half kilometer from the school.M My time with LPK was filled with walking. I often walked from my house at Jalan Sekolah to Port Klang Bus Station which was located about half mile from my house. In Port, I walked all the time in the Sheds an...

Selamat Hari Lahir (Sanah Helwah) Untuk Kekanda Khadijah Mohd Idrus

 Isnin, Mei 4, 2026 Difahamkan semalam, Mei 3, 2026 adalah Hari Jadi Kak Longku yang ke-90 tahun. Alhamdulillah. Dalam era sekarang, bukan mudah untuk mencecah usia tersebut dalam keadaan yang sihat - masih boleh menguruskan diri dengan baik, berjalan dalam rumah tanpa bantuan, berkomunikasi dengan baik serta mempunyai daya ingatan yang tajam. Alhamdulillah. Thank You Allah. Di samping Long, seorang lagi Kekandaku, Sulaiman Mohd Idrus, juga merupakan seorang SuperAger yang telah menyambut hari lahirnya yang ke-84 pada bulan lalu. Alhamdulillah. Semoga kedua-dua Kekandaku ini terus diberikan Kesihatan yang Baik, Dimurahkan Rezeki serta Diberkati dan Dirahmati Allah di Dunia dan di Akhirat. In Sya Allah. Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Rabbal Alamin. Happy 90th Birthday Long and Happy 84th Birthday Alang. May Allah bless both of you with Healthy, Good and Wonderful Life, Here and Hereafter. Sentiasa jaga Kesihatan kerana Kesihatan Adalah Kekayaan. Health is Wealth. Love both of you!

Tahun 2026 Tahun AI Robot?

Khamis, 11 Rajab 1447H, 1 Januari 2026 Selamat Tinggal Tahun 2025 dan Selamat Datang Tahun 2026. Adios and Sayonara 2025, and Welcome 2026. Jika tahun 2025 dikejutkan dengan Ledakan AI, tahun 2026 bakal menyaksikan kemunculan AI Robot pula. AI Robot dijangka akan kelihatan di kebanyakan tempat seperti di kilang-kilang industri, pejabat-pejabat, bangunan-bangunan, gudang-gudang, hospital-hospital, hotel-hotel, pusat-pusat penjagaan orang tua, pasaraya-pasaraya, kedai-kedai, jalan-jalan raya dan pelbagai tempat lagi. AI Robot ini akan kelihatan seperti jentera, mesin, manusia (Humanoid), binatang dan pelbagai bentuk lain. Mereka bakal menggantikan sebahagian tugas harian manusia bagi memudah, melancar serta mempercepatkan urusan pekerjaan, pengilangan dan pengeluaran.  Di kilang-kilang, mereka akan membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran. Di bangunan-bangunan, mereka akan beraksi sebagai pencuci dan pengawas bangunan. Di kedai-kedai, mereka akan bertindak sebagai penyambut pel...

Hi-Tea Di Wyndham

 Nov 30, 2025 Kali terakhir saya menghadiri Hi-Tea adalah bersama rakan-rakan Ex-LPK. Semalam, saya berpeluang menghadiri Hi-Tea sekali lagi, kali ini bersama ahli-ahli keluarga saya di Wyndham Acmar Hotel, Klang atas tajaan Dr Siti Diyana. Syabas dan Tahniah kepada Dr Siti Diyana di atas perlantikan anda sebagai Dr Pakar dalam bidang Kesihatan Awam (Public Health). Congrats. Di Majlis tersebut, saya dan Raja Akhmar dapat bertemu semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, kecuali keluarga Aqis yang tidak dapat hadir kerana ada urusan dan menetap jauh di Melaka. Di Hi-Tea tersebut kami bukan saja dapat menikmati sajian makanan, minuman, kuih-muih dan snek yang enak, tetapi juga dapat bersembang serta bertanya khabar tentang perkembangan dan kemajuan masing-masing.  Alhamdulillah, semua mereka dalam keadaan yang baik. Terima Kasih Ana atas tajaan Hi-Tea, dan Tahniah sekali lagi di atas Promotion anda. Tidak lupa juga Tahniah kepada Dhabit Muqriz (cucu pertama) di atas prest...

I Am Now 77

Okt 29, 2025 On Oct 12, 2025, I reached my 77th milestone. A long and a tiring journey full of ups and downs, and twists and turns. Despite all the challenges and difficulties along the way, I made it anyway. Thank You God for the Lifespan and Healthspan bestowed on me. Based on Hijrah Calendar, I am now an 80 year old man because I was born in the year 1367 Hijrah. Whether I am 77th or 80th, I am still the same old man. Older, weaker and wiser with years of accumulated knowledge and life experiences. Despite being a bit weak compared to my younger spring chicken days, I am still healthy and fit without any chronic diseases. I can still move around and do my daily routine freely without any assistance. On certain fine days, I will walk around my neighborhood for more than 4 kilometers non-stop. Not bad for an old man like me. Thank You Allah for all these mobilities.  To stay fit, beside a continuous Doa to the Almighty Allah, I do practice a Healthy Lifestyle everyday. I don't dri...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Tun Dr Mahathir Cecah Seabad

 Khamis 10 Julai 2025, 14 Muharam 1447 Apa saja yang berkaitan dengan Tun Dr Mahathir, pastinya menarik. Saya rasa terkilan jika tidak merakamkan sesuatu tentang Dr Mahathir, terutama sekali tentang angka keramat Ke-100. Hari ini Tun Dr Mahathir sambut Hari Kelahiran Yang Ke-100. Dalam bahasa Inggeris, beliau dikatakan sebagai Centenarian dan SuperAger.  Beliau lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar sementara isteri beliau, Tun Dr Hasmah lahir pada 12 Julai 1926 di Klang. Ini bererti dua hari lagi, Tun Dr Hasmah pula akan menyambut hari lahirnya yang ke-99. Sukacita saya rakamkan Selamat Hari Lahir Tun Dr Mahathir, dan Selamat Hari Lahir juga kepada Tun Dr Hasmah in advance. Amat jarang orang boleh mencecah usia seabad. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sihat, fizikal dan mental. Ketika ini Tun Dr Mahathir masih boleh berjalan tanpa tongkat serta mampu lagi menulis, bercakap dan berfikir dengan cerdas. Alhamdulillah.  Sama ada kita Suka atau Tidak Suka dengan Dr Mahathir, ti...

Khairul Azhar, Santan Berlada, Meninggal Dunia

 30 Mei 2025 Khairul Azhar Abdul Samad, 70 tahun, bekas kakitangan LPK dan salah seorang daripada Trio Santan Berlada, meninggal dunia malam tadi. Dua orang rakannya, Ali Mamak dan Acapan, telah pergi lebih dulu daripada Khairul. Di zaman kegemilangan mereka, Sitcom Santan Berlada amat popular. Mohd Nor Tajudin (Ex-LPK), pernah menjadi Pengurus mereka. In Sya Allah, Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Kampung Raja Uda (KRU), Pelabuhan Klang dan disolatkan selepas Solat Jumaat. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KRU. Al-Faatihah. -Tamat -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...

Syabas Dan Tahniah Ana!

Isnin, 23 Jamadil Awal 1446H, 25 November 2024 Kita perlu berhempas pulas dan bersengkang mata untuk memperolehi segulung Diploma, Sarjana Muda mahupun Master's. Apatah lagi Ph.D yang memerlukan pengorbanan lebih besar. But, you have made it Ana. You carved a second Doctorate! Syabas dan Tahniah Ana! Anda telah mengatasi segala rintangan untuk dianugerahkan Ijazah Ph.D In Medicine (Public Health) di Konvo UKM yang berlangsung pada 24 November 2024.  Anda telah melakukannya dengan baik walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang Doktor dan ibu kepada dua orang anak yang sedang membesar. Congratulations, Good Effort. Ph.D bukanlah muktamad kepada Pelajaran. Sebaliknya, ia adalah Permulaan kepada satu perjalanan Pelajaran yang jauh. The beginning of a Long Journey. Pelajaran adalah Sepanjang Hayat. Education is A Lifelong Learning and a Lifelong Journey. Lebih-lebih lagi dalam dunia sekarang di mana ia Sentiasa Berubah. The World keeps on Changing and Evolving. So do the Virus and the...

Perjumpaan Keluarga (Family Gathering And Retreat)

Rabu, 30 Oktober 2024, 27 Rabiul Akhir 1446H Bukan senang hendak mengumpulkan seluruh keluarga dalam satu-satu masa. Pada Hari Raya pun sukar! Maklumlah, masing-masing ada program tersendiri. Akhirnya, pada 25 Oktober 2024, bertempat di Staycation Anjung Semarak, Kg Sg Kelambu, Banting, kami telah berjaya berkumpul seluruh keluarga dalam satu Majlis Perjumpaan Keluarga (Family Gathering and Retreat). Kami mula tiba di Anjung ini pada jam 4 petang. Sebelum jam 6 petang, seluruh keluarga telah selamat sampai dari lokasi masing-masing. Saya, isteri, 5 orang anak, menantu-menantu dan cucu-cucu, dapat bertemu dan berkumpul bersama dalam suasana Kemesraan Family Bonding.   Selepas mengambil bilik masing-masing, Kolam Renang telah menjadi fokus utama cucu-cucu saya. Tanpa berlengah, mereka semuanya terjun ke dalam Kolam Renang untuk berenang, bermain air dan bersuka ria sesama sepupu.  Saya amat gembira melihat mereka bermain dan bermesra bersama dalam satu semangat Kekeluargaan...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -