Dalam Blog Posting saya yang lalu bertajuk "Vaping, Trend Terkini Yang Merbahaya", saya telah menjelaskan tentang kemudaratan Vaping. Berdasarkan beberapa kajian termasuk kajian saintifik yang dijalankan oleh Universiti Harvard, cecair Vape didapati mengandungi pelbagai jenis kimia bahaya yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan (respiratory diseases that cause popcorn lungs), barah paru-paru dll. Bukan itu saja, malah cecair berperisa (flavoured liquids) Vape boleh diubahsuai (modified) dan disalahgunakan (abused) dengan mudah dengan memasukkan pelbagai bahan larangan termasuk kadar kandungan nikotin yang lebih tinggi, dadah, ganja, air ketum dll. Ini bermakna Vaping adalah lebih merbahaya daripada Rokok. Di Malaysia, trend Vaping ini semakin menjadi-jadi sehinggakan murid-murid sekolah lelaki dan perempuan pernah ditangkap meVaping dalam tandas dan di tempat awam. Jika keadaan ini tidak dibendung dengan segera, gejala ini akan menular dengan pantas dan merosakkan ke...