Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Himpunan Ummah 812 Tolak ICERD Berjaya!

Ahad, 9.12.18 - Himpunan Ummah 812 Tolak ICERD yang diadakan di Dataran Merdeka KL semalam, 81218, satu Tarikh Keramat, telah Berjaya! Ia mendapat Sambutan Hangat lagi Luar Biasa daripada pelbagai lapisan Ummah, Orang Melayu Islam, Bumiputera dan Rakyat Malaysia. Lautan manusia telah kelihatan membanjiri kawasan Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan sekitar seperti di Sogo, Masjid Jamek, Masjid Persekutuan, Masjid Negara dan Kampung Baru bagi melahirkan Penolakan dan Rasa Marah mereka terhadap Malayan Union 2.0, iaitu ICERD. ICERD yang pada mulanya telah dipergunakan oleh para pendokongnya sebagai senjata sulit untuk menggugat dan melemahkan Kedudukan Istimewa Orang Melayu Islam dan Agama Islam, telah bertukar menjadi satu Rahmat Allah yang Tersembunyi. A Blessing In Disguise. Dengan Izin Allah, ICERD telah bertukar menjadi satu faktor penyatuan untuk menyatupadukan Ummah dan Orang Melayu Islam yang selama ini telah berpecah. Himpunan semalam menceritakan segala-galanya! Ummah dan Oran...

Sah! Anwar Bertanding Di Port Dickson.

Rabu, 2 Muharram 1440H, 12 September 2018 -  Segala teka-teki telah pun berakhir. DS Anwar Ibrahim telah disahkan akan bertanding di Kerusi Parlimen Port Dickson untuk memberi laluan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri Kelapan. Keputusan tersebut telah diumumkan di satu Sidang Akhbar di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi dengan dihadiri oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Datuk Danyal. DS Anwar tidak hadir di Sidang berkenaan kerana beliau kini dalam penerbangan pulang dari Hong Kong. Sebelum itu, Rafizi Ramli telah kelihatan di Dewan Rakyat untuk menyerahkan Surat Peletakan Jawatan Datuk Danyal kepada Pejabat Speaker. Pejabat Speaker telah mengesahkan penerimaan Surat berkenaan.  - ends -  

Prestasi PAS Meningkat Di Seri Setia!

Ahad, 28 Zulhijah 1439, 9 Sept 2018 - Syabas PAS! Walaupun tewas kepada PH di PRK Seri Setia semalam, prestasi PAS yang diwakili oleh Dr Halimah telah meningkat lebih sekali ganda dengan memperolehi 9,698 undi berbanding 4,563 undi pada PRU-14. Sementara itu, prestasi PH telah menjunam kepada 13,725 undi berbanding 29,372 pada PRU-14. Majoriti yang mereka perolehi kali ini hanyalah 4,027 berbanding 19,372 pada PRU-14, iaitu merosot lebih empat kali ganda. Walaupun bilangan pengundi kali ini rendah di sekitar 44%, keputusan tersebut menceritakan segala-galanya. Dalam masa 4 bulan saja, para pengundi telah mula beralih angin kepada gandingan pembangkang UMNO dan PAS. Kerjasama mereka telah mula menunjukkan kesan efektif. Sehubungan itu, mereka harus terus bekerjasama sehingga PRU-15. Dengan prestasi yang ditunjukkan semalam, tidak mustahil gandingan mereka berupaya menumpaskan PH dalam masa sepenggal saja, iaitu pada PRU-15. Apa yang perlu mereka lakukan sekarang ialah mereka har...

Dr Halimah Ali Calon PAS Di Seri Setia

Khamis, 16 Ogos 2018 - PAS telah memilih Dr Halimah Ali, bekas Exco Selangor sebagai calon mereka bagi DUN Seri Setia. Pengumuman ini telah dibuat oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang. Tarikh PRK bagi DUN Seri Setia dan Balakong akan diadakan serentak pada 8 September. Saya harap pada kali UMNO/BN akan turun padang secara serius dan komited untuk berkempen bersama PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang bersatu dan mantap. Di Sg Kandis tempoh hari, hanya beberapa orang pemimpin PAS atasan yang turun menyatakan sokongan mereka. Sesudah itu, para petugas PAS yang lain tidak turun padang secara serius dan komited untuk sama-sama berkempen bagi calon UMNO/BN. Walau bagaimanapun, UMNO/BN telah berjaya mengurangkan sedikit peratusan majoriti PH berbanding PRU-14. Ini membuktikan sebilangan pengundi Sg Kandis telah mula beralih angin kepada UMNO/BN. Semangat yang sama juga perlu ditunjukkan di DUN Balakong. UMNO, MCA dan PAS mesti bekerjasama, serious dan komited untuk berkempen b...

DUN Sg Kandis Kekal Milik PKR/PH

Sabtu, 4 Ogos 2018 - Seperti saya katakan dalam blog post saya pagi tadi PKR/PH akan menang juga di Sg Kandis dengan majoriti lebih rendah ekoran kelebihannya sebagai Kerajaan Negeri dan Pusat. Secara rasmi PKR telah memperolehi 15,427 undi sementara BN memperolehi 9,585 undi. Ini bermakna peratusan kemenangan PKR kali ini adalah lebih rendah daripada PRU-14 sementara peratusan undi yang diperolehi oleh BN telah meningkat. Ini menunjukkan sebilangan para pengundi di DUN Sg Kandis telah mula beralih kepada UMNO/BN. Saya anggap keputusan ini adalah satu pencapaian permulaan hasil daripada kerjasama UMNO/BN dan PAS.   Peratusan yang keluar mengundi juga didapati merosot (poor voters' turnout). Mengikut SPR hanya 49.4%  peratus pengundi Sg Kandis keluar mengundi. Adakah ini disebabkan bahawa para pengundi Sg Kandis telah hilang keghairahan untuk mengundi di PRK berbanding PRU-14, memboikot PRK ini atas sebab-sebab tertentu, sudah hilang keyakinan terhadap Kerajaan sekarang a...

Sg Kandis Milik Siapa?

Sabtu, 4 Ogos 2018 - Pada hari ini para pengundi DUN Sg Kandis akan menentukan sama ada mereka memilih calon PKR/PH atau UMNO/BN. DUN Sg Kandis adalah milik PKR sejak dua penggal lalu dan ia merupakan salah satu daripada kubu kuat PKR. Ini diperkuatkan lagi dengan PH sekarang sebagai Kerajaan Negeri dan Pusat. Dengan seluruh jentera dan kekuatan PH diturunkan di Sg Kandis sejak beberapa hari lalu, adalah sukar bagi UMNO/BN untuk menembusi kubu tersebut. Walau bagaimanapun, segala-galanya terserah kepada kebijaksanaan para pengundi Sg Kandis selepas mereka dihujani dan didedahkan dengan pelbagai isu. Jika mereka mahukan perubahan, DUN Sg Kandis pasti bertukar warna! UMNO/BN turun ke gelanggang Sg Kandis dengan pelbagai senjata, peluru dan isu. Mereka dedahkan segala kepincangan PH sejak menjadi Kerajaan Pusat seperti kedudukan dan keistimewaan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu semakin terhakis dan dipersendakan. Institusi-institusi Melayu cuba diceroboh. Jawatan-jawatan kritikal ya...

Datuk Lokman Adam Calon BN Bagi DUN Sg Kandis!

Jumaat, 20 Julai 2018 - UMNO telah memilih Datuk Lokman Noor Adam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, sebagai calon UMNO/BN bagi PRK Sg Kandis. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan. Datuk Lokman, bekas ahli PKR, adalah pemimpin NGO Pemantau Malaysia Baru yang begitu kritikal dan sinis terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau adalah seorang pemidato yang baik, lantang dan berani menyuarakan apa jua pendapat. Dengan pemilihan Datuk Lokman sebagai calon UMNO/BN bagi PRK Sg Kandis, pertempuran DUN Sg Kandis dijangka sengit dan seimbang. Walau apa pun, jentera UMNO/BN dan PAS perlu bekerjasama dan turun padang bersama untuk berkempen dan memenangkan calon pembangkang yang diwakili calon UMNO. - ends -    

Satu Lagi PRK Akan Diadakan Di Balakong!

Jumaat, 20 Julai 2018 - Wakil Rakyat Balakong, Ng Tien Chee yang mewakili DAP, terbunuh malam tadi ekoran kemalangan kereta di KM 11.7 Lebuhraya Grand Saga pada jam 12.30 tengah malam. Ketua Polis Kajang telah mengesahkan perkara tersebut. Susulan kejadian ini, satu lagi PRK akan diadakan di Balakong. Penamaan calon PRK Sg Kandis akan diadakan esok, sementara Pilihan Raya akan didakan pada 4 Ogos, hari Sabtu. - ends -   

Ustaz Zawawi Ahmad Wakil PKR Bagi PRK Sg Kandis!

Jumaat, 20 Julai 2018 - PH telah mengumumkan calon mereka bagi PRK Sg Kandis. Malam tadi, Dr Wan Azizah mengumumkan bahawa Ustaz Zawawi Ahmad, seorang penduduk tempatan, akan mewakili PKR bagi mempertahankan DUN Sg Kandis. Ustaz Zawawi, 48 tahun, adalah seorang lulusan Universiti Al-Azhar dan memperolehi Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Malaya. Penamaan calon bagi PRK tersebut akan diadakan esok, sementara Pilihan Raya akan diadakan pada 4 Ogos, hari Sabtu. BN dijangka akan mengumumkan nama calon mereka pada hari ini. 73% daripada para pengundi DUN Sg Kandis terdiri daripada orang Melayu. - ends -

UMNO Tandingi Kerusi Sg Kandis!

Khamis, 19 Julai 2018 - Menurut sumber yang boleh dipercayai, UMNO akan tandingi Kerusi Sg Kandis untuk menentang calon PH dengan menggunakan logo BN. Sehingga kini, PH belum mengumumkan nama calon mereka.    Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, DS Mohamad Hassan akan mengumumkan perkara tersebut di Pejabat UMNO Kota Raja esok. Adakah ini bernakma PAS telah memberi lampu hijau kepada UMNO untuk berdepan dengan PH secara satu lawan satu? Mengikut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, PAS telah memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding di DUN Sg Kandis. Walau bagaimanapun, segala-galanya akan terjawab pada Sabtu ini di mana parti yang bertanding yang menamakan calon mereka. PRK akan diadakan pada 4 Ogos. Dalam blog posting saya yang lalu, saya telah mengesyorkan agar UMNO dan PAS perlu bekerjasama dan bersepakat untuk meletakkan seorang calon saja untuk menentang PH. Ini bagi mengelakkan pecahan undi orang Melayu serta memudahkan para pengundi DUN Sg Kan...

Datuk Johari Abdul Speaker Dewan Rakyat?

Rabu, 11 Julai 2018 - Sidang Dewan Rakyat akan bermula tidak lama lagi. Sebelum Sidang bermula, Speaker Dewan Rakyat perlulah dilantik. Beberapa nama calon Speaker telah diuar-uarkan termasuk TS Rais Yatim, Lim Kit Siang, Ambiga, bekas Hakim dan Datuk Johari Abdul. Walau bagaimanapun, nama Datuk Johari Abdul begitu menonjol dan sedang hangat diperkatakan sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut. Sementara itu, Datuk Johari Abdul sendiri telah mengesahkan bahawa nama beliau telah disenarai pendek sebagai calon untuk jawatan Speaker Dewan Rakyat. Beliau telah dimaklumkan malam tadi. Sekiranya Datuk Johari Abdul dilantik sebagai Speaker, beliau terpaksa mengosongkan Kerusi DUN Gurun mengikut Artikel 57 (4) Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Sungai Petani. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad terletak di tangan PM, Tun Dr Mahathir. Datuk Johari Abdul adalah Ahli Parlimen PKR selama tiga penggal dan Ketua Whip Parti tersebut. - ends -  

Selamat Hari Lahir Kepada Tun Dr Mahathir

Selasa, 10 Julai 2018 - Selamat Hari Lahir kepada Tun Dr Mahathir yang genap berusia 93 tahun pada hari ini. Beliau dilahirkan di Alor Star pada 10 Julai 1925. Walaupun saya tidak sependapat dengan beberapa tindak-tanduknya dalam dunia politik, saya amat kagumi dengan kebolehannya sebagai seorang pemimpin yang cekap, berani, berterus-terang, berwawasan dan progresif. Saya mula kagumi dengan sifat dan sikap beliau itu pada awal 60-an apabila beliau sering bertegang leher dengan mendiang Lee Kuan Yew, Singapura sehingga beliau digelar Ultra dan Superman Mahathir. Pada bulan Mei 1969, beliau pernah mengedarkan Surat Layang kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehingga membuatkan Tunku akhirnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sesudah itu, beliau telah menulis sebuah buku kontroversi bertajuk The Malay Dilemma (Kemelut Orang Melayu) yang menyentuh perihal kesusahan dan kelemahan ekonomi orang Melayu. Buku tersebut telah diharamkan pada zaman Tunku, Tun Razak dan Tun Hus...

Kerjasama UMNO - PAS Perlu Letak Seorang Calon Saja Untuk PRK DUN Sg Kandis

Isnin, 9 Julai 2018 - SPR telah menetapkan 4 Ogos 2018 sebagai tarikh PRK DUN Sg Kandis. Tarikh penamaan calon ialah pada 21 Julai 2018. Perkara tersebut diumumkan hari ini oleh Timbalan Pengerusi SPR, TS Othman Mahmood. DUN Sg Kandis yang terletak di bawah Kawasan Parlimen Kota Raja menjadi kosong berikutan kematian Allahyarham Mat Shuhaimi Shafie pada 2 Julai akibat Kanser Limfoma. Dr Mahathir berkata Kerusi tersebut akan dipertahankan oleh calon PKR. Pada kali saya berharap UMNO dan PAS akan bekerjasama dengan meleletakkan seorang calon saja untuk bertanding secara dua penjuru dengan PH. Ini bagi mengelakkan pecahan undi kaum Melayu. Sekiranya UMNO dan PAS meletakkan calon masing-masing, undi Melayu akan berpecah tiga seperti dulu dan mengurangkan peluang mereka untuk menang. Majoriti kaum Cina dan India di kawasan ini pasti akan memilih PH seperti PRU14. PH hanya perlukan sebahagian sokongan undi Melayu untuk menang. Untuk memudahkan majoriti orang Melayu di kawasan ini m...

Tengku Razaleigh Presiden UMNO?

Sabtu, 30 Jun 2018 - Walaupun saya Bukan Ahli UMNO, parti keramat ini sentiasa dekat di hati saya kerana perjuangan asalnya yang berteraskan Alif Ba Ta iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air. Namun begitu, ia turut memperjuangkan bangsa-bangsa lain berteraskan apa yang telah termaktub dalam Perlembangan Persekutuan Malaysia. Parti Melayu ini ditubuhkan dalam tahun 1946 bagi menghalang hasrat British untuk membentuk Malayan Union yang bersifat sekular serta ingin menyeragamkan semua bangsa di Malaya ketika itu. Ini telah ditentang keras oleh UMNO sehingga tercapainya Merdeka dalam tahun 1957 dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengutamakan Artikel 152 dan 153 mengenai Bahasa Melayu, Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Tanpa perjuangan UMNO ini, Malaya|Malaysia telah lama menjadi sebuah negara Sekular (Agama Islam tidak menjadi Agama Persekutuan), tiada lagi Institusi Di-Raja dan semua bangsa adalah sama taraf (Orang Melayu dan Bumiputera sebagai pen...

Anwar Ibrahim Telah Dibebaskan!

Rabu, 16 Mei 2018 - Ketua de facto PKR, DS Anwar Ibrahim telah dibebaskan sebentar tadi. Beliau dibebaskan daripada Hospital Rehabilitasi Cheras.  Beliau dan Dr Wan Azizah kini sedang bergerak menuju ke Istana Negara atas undangan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dipercayai Dr Mahathir sedang menunggu beliau di Istana. Selepas mengadap Tuanku, beliau dijangka akan kembali ke rumahnya di Segambut dan mengadakan Sidang Akhbar pada jam 4 petang. Beliau dibebaskan atas perkenan Tuanku (Royal Pardon). - ends -

Masa Untuk Bekerja Dan Berkhidmat Kepada Rakyat!

Isnin, 14 Mei 2018 - PRU-14 telah pun berlalu. Rakyat Malaysia telah pun bersuara melalui Peti Undi. Kini, telah tiba masanya untuk para wakil rakyat bekerja dan berkhidmat untuk rakyat tanpa berpolitik lagi. Anda semua telah dipilih berdasarkan Manifesto dan janji-janji anda. Sekarang, laksanakan segala yang telah dijanjikan kepada rakyat. Jangan hanya menanam tebu di bibir dengan pelbagai janji manis tanpa mampu dilaksanakan. Jangan cakap saja, tetapi tak serupa bikin! Mulakan kerja dan khidmat anda sekarang demi rakyat! Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah satu amanah, bukannya satu keistimewaan, bukannya satu privilege.    Dalam sistem Demokrasi, Rakyat adalah Bos dan Wakil Rakyat adalah Kuli. Pada setiap lima tahun, rakyat akan menggunakan kuasa mereka untuk memilih wakil rakyat bagi mewakili diri mereka. Ini bermakna, para wakil rakyat dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan sebaliknya. Sehubungan itu, para wakil rakyat selayaknya digelar Yang Berkhidmat,...

Breaking News - Ketua Pesuruhjaya SPRM Letak Jawatan!

Isnin, 14 Mei 2018 - Breaking News - Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Dzulkifli Ahmad, telah meletak jawatan pagi ini. Beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), TS Dr Ali Hamsa pada pagi ini. TS Dzulkifli, 50 tahun, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016, menggantikan TS Abu Kassim Mohamed. Semalam, nama TS Abu Kassim adalah di antara beberapa nama yang disebut-sebut untuk menerajui semula SPRM di bawah Kerajaan Baru yang dipimpin oleh Dr Mahathir. - ends -

UMNO - Jasamu Tetap Dikenang!

Sabtu, 12 Mei 2018 - Setelah memerintah Malaya dan kemudiannya Malaysia selama 60 tahun (6 dekad), UMNO dan BN telah gagal memperolehi simple majority dalam PRU-14 untuk terus memerintah Malaysia. Pada 9 Mei 2018, rakyat Malaysia telah bersuara dan menolaknya dengan memberi majoriti mudah kepada PH dengan 113 kerusi. Maka berakhirlah kesinambungan era pemerintahan UMNO. Walau bagaimanapun, kita harus jangan lupa. Dalam masa 60 tahun yang lalu, UMNO telah banyak berkorban serta menabur pelbagai jasa dan bakti kepada negara, terutama sekali kepada orang Melayu dan Bumiputera. Berteraskan semangat dan slogan Agama, Bangsa dan Tanah Air, UMNO telah mendapatkan Kemerdekaan Negara, mempertahankan Kedaulatan Di-Raja, Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera, serta menyediakian pelbagai peluang ekonomi, perniagaan, pekerjaan, pendidikan, kewangan, kesihatan, pembiayaan, bantuan dll kepada orang Melayu...

Tun Dr Mahathir Umum Tiga Menteri Kabinet!

Sabtu, 12 Mei 2018 - Breaking News - Sebentar tadi di satu Sidang Akhbar, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan nama tiga orang Menteri Kabinet PH. Tujuh orang lagi akan diumumkan kemudian. Beliau berkata TS Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Beliau juga telah menubuhkan Majlis Penasihat yang terdiri daripada Tun Daim Zainuddin, TS Zeti Aktar Aziz, TS Hassan Merican, TS Robert Kuok dan Prof KS Jomo. - ends -  

Breaking News - DS Najib Letak Jawatan Sebagai Presiden Parti UMNO!

Sabtu, 12 Mei 2018 -  Breaking News - Sebentar tadi DS Najib Tun Razak telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti UMNO dan Pengerusi BN. DS Ahmad Zahid Hamidi telah dilantik untuk menjalankan tugas-tugas Presiden Parti sementara DS Hishamuddin diminta menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden. DS Najib mengumumkan perkara tersebut di satu Sidang Akhbar melalui TV3 sebentar tadi. Beliau meletak jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kekalahan parti UMNO/BN pada PRU-14 baru-baru ini. Beliau berkata UMNO/BN tewas dalam PRU-14 disebabkan oleh mainan persepsi, bukan realiti. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli UMNO kerana telah memberi sokongan padu kepadanya semasa beliau menyandang jawatan Presiden UMNO. Katanya lagi, beliau tidak akan keluar daripada Parti UMNO. - ends -   

DS Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri?

Sabtu, 12 Mei 2018 - Perdana Menteri Malaysia yang baru, Tun Dr Mahathir telah memaklumkan semalam bahawa DS Anwar Ibrahim telah mendapat pengampunan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Royal Pardon). Ini bererti, DS Anwar akan dibebaskan dalam masa terdekat dan bebas bertanding dalam pilihan raya tanpa menunggu lima tahun lagi. Ini juga bererti, DS Dr Wan Azizah bakal mengosongkan kerusi Parlimen Pandan tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada DS Anwar untuk bertanding di kerusi tersebut dan akhirnya menggantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebenarnya, peranan Dr Wan Azizah dalam PKR dan PH adalah sebagai 'Seat Warmer' untuk menanti kepulangan DS Anwar. Dr Wan adalah seorang 'Reluctant Politician' yang terpaksa diterjunkan ke kancah politik untuk mengambil alih tempat DS Anwar yang telah dipenjarakan. Dr Wan adalah seorang Doktor, isteri, ibu dan kawan yang baik. Tetapi, tidak menyerlah sebagai seorang poltikus dan pemimpin politik kerana...

Dr Mahathir Cipta Sejarah Luar Biasa!

Khamis, 10 Mei 2018 - Dari dulu sehingga sekarang, Dr Mahathir tidak pernah lekang daripada pelbagai Kontroversi dan cerita menarik. Ada saja perkara interesting yang berlegar di sekitar beliau. Setelah 22 tahun menjadi PM, kemudian bersara, Dr Mahathir kini telah kembali semula ke gelanggang politik bukan saja sebagai pemimpin PH tetapi juga sebagai PM Ketujuh Malaysia pada usia 93 tahun. Ini adalah satu pencapaian hebat yang sungguh luar biasa. Beliau adalah seorang Extraordinaire! Saya percaya, rekod ini bukan saja beliau cipta di Malaysia, malah di antero dunia. Tidah ada mana-mana pemimpin di dunia yang kembali aktif semula di pentas politik, berjuang bermati-matian serta memimpin sebuah parti pembangkang dengan menentang parti asalnya, pada usia yang agak lanjut, 93 tahun. Tidak ada seorang pun yang saya ketahui. Hanya beliau satu-satunya! A Great Achievement!  Pada pagi ini di Istana Negara, beliau akan diangkat dan diisytiharkan sekali lagi sebagai PM Ketujuh Malaysia...

PH Tawan 5 Negeri!

Khamis, 10 Mei 2018 - Satu lagi berita mengejutkan! PH tawan 5 negeri iaitu Johor - 36 kerusi, Melaka - 15, Negeri Sembilan - 20, Pulau Pinang - 37 dan Selangor - 51.  Kerusi bagi Negeri Kedah dan Perak agak Tergantung. Bagi Kedah BN memperolehi 3, PAS -15 dan PH -18. Bagi Perak BN memperolehi 27, PAS - 3 dan PH 29. Untuk Kedah dan Perak, BN perlu bekerjasama dengan PAS. Kelantan dan Terengganu ditawan oleh PAS. BN masih kuasai Pahang dengan 25 kerusi, Perlis - 10 kerusi dan Sabah 29 kerusi.  - ends -

Dr Mahathir Angkat Sumpah Jawatan PM-7 Pada Jam 9.30 Pagi!

Khamis, 10 Mei 2018 - Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir dijangka akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ketujuh pada jam 9.30 pagi ini di Istana Negara. Ini berikutan kemenangan PH dalam PRU-14 malam tadi dengan simple majority 113 kerusi Parlimen. Parti-parti yang bertanding dan seluruh rakyat Malaysia perlu akur dengan keputusan ini kerana ia adalah kehendak dan mandat rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia perlu terus menjalani kehidupan dengan aman dan makmur sebagai rakyat yang telah matang dalam kancah hidup dan politik. Mereka perlu menerima keputusan ini dengan hati dan fikiran yang terbuka! Sebenarnya, Keputusan PRU-14 ini amat mengejutkan! Kebanyakan penganalisis politik tidak menduga sama sekali bahawa perkara seperti ini boleh berlaku. Tetapi, ia telah berlaku. So Unpredictable! So Shock! Saya berpendapat ini adalah disebabkan oleh Factor Dr Mahathir yang telah berjaya mencipta Tsunami Melayu di kawasan-kawasan suburban dan luar bandar. Kredibiliti Dr Mahathir masih lag...

PH Tawan Putrajaya!

Khamis, 10 Mei 2018 - PH telah tawan Putrajaya dengan memenangi simple majority 113, melepasi angka keramat 112 untuk membentuk sebuah Kerajaan Pusat. Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, TS Mohd Hashim pada pagi ini. PKR menang 104 kerusi, Dap - 9, BN - 79, PAS - 18, Warisan - 8,  Solidariti - 1 dan Berbas - 3. Kesemuanya 222 kerusi Parlimen ditandingi. Hari ini dan esok telah diumumkan sebagai cuti umum oleh Ketua Setiausaha Kerajaan, Dr Ali Hamsa. more to follow later ... - ends -

Parti Dan Rakyat Harus Terima Keputusan Dengan Hati Dan Fikiran Terbuka!

Rabu, 9 Mei 2018 - Masa mengundi PRU-14 telah pun tamat pada jam 5 petang tadi. Kini, pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung. Seawal 8 malam, kita mungkin akan mula mengetahui keputusan bagi kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi yang kecil. Pada tengah malam ini, kita mungkin akan mengetahui keputusan bagi kebanyakan atau seluruh kerusi yang ditandingi. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN ditandingi. Majoriti mudah bagi menubuhkan sebuah Kerajaan Pusat ialah 112 kerusi Parlimen. Mana-mana parti yang mencecah angka tersebut atau lebih akan diisytiharkan sebagai pemenang dan berhak membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan.     Sehubungan itu, saya harap semua parti dan rakyat Malaysia akan terima saja keputusan yang diperolehi nanti dengan hati dan fikiran yang terbuka, tanpa bersangka buruk. Keputusan itu adalah suara dan amanah rakyat kepada mereka dan parti yang dipilih. Kita semua perlu berlapang dada dengan keputusan yang telah dimandatk...

Para Penganalisis Politik Ramal BN Akan Menang!

Rabu, 9 Mei 2018 - Hari ini hari PRU-14. Jom Mengundi! Beberapa Think-Tanks, Pollsters dan penganalisis politik Malaysia dan antarabangsa, termasuk Merdeka Center telah meramalkan BN akan menang dalam PRU-14. Mereka meramalkan BN akan menang selesa (status quo) atau mungkin juga lebih baik dari PRU-13. BN akan menguasai kawasan-kawasan luar bandar, kawasan campuran, Sabah dan Sarawak, sementara PH akan menguasai kawasan-kawasan Bandar. Beberapa tokoh PH dijangka tewas di kawasan masing-masing! Mereka mendapati majoriti orang Melayu dan Bumiputera masih lagi bersama BN dan sebilangan orang Cina dan India telah mula beralih angin kepada BN kerana mereka telah jemu dengan kerenah Pembangkang serta mahu melihat adanya wakil-wakil Cina dan India dalam Kabinet Kerajaan BN. Segelintir lagi turut kecewa dengan kebiadaban Nga Kor Meng dan Superman Hew yang telah mengguris hati orang-orang Melayu! Mengikut kajian mereka, 75 - 80 peratus pengundi Cina dan lebih kurang 50 peratus pengund...

Polis Siasat Video Dan Risalah Berunsur Fitnah Dan Propaganda!

Ahad, 6 Mei 2018 - Polis akan melakukan siasatan ke atas laporan mengenai ribuan Video dan Risalah berunsur Fitnah dan Propaganda yang akan diedarkan menjelang PRU-14. Laporan tersebut telah dibuat dan didedahkan oleh Amran Ahmad, 41 tahun, penolong penerbit saluran TV online DAP, UbahTV yang diketuai oleh Ketua Publisiti DAP, Tony Pua. Beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman. Polis akan menyiasat perkara tersebut di bawah Seksyen 124C of Penal Code. Video dan Risalah tersebut dipercayai diterbitkan oleh DAP. DAP terkenal sebagai Spin Doctor, Twister, Propagandist dan Slander Factory. Amran Ahmad, bekas pegawai khas kepada Lim Guan Eng, berkata ia terpaksa mendedahkan perkara itu kerana strategi Fitnah dan Propaganda DAP ini adalah bahaya, boleh menggugat ketenteraman awam, mencetuskan ketegangan kaum dan telah terpesong daripada perjuangan asal mereka. Dalam Video dan Risalah tersebut, DAP telah memutarbelitkan isu 1MDB, GST, Felda, Tabung Haji, agens...

UMNO Pecat Tun Daim, TS Rais Yatim Dan TS Rafidah Aziz!

Sabtu, 5 Mei 2018 - Breaking News - Lembaga Disiplin UMNO telah memecat Tun Daim, TS Rais Yatim dan TS Rafidah Aziz kerana telah menyokong pembangkang dengan berceramah di pantas mereka. Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau telah menandatangani surat pengguguran itu semalam. Mengikut perlembagaan UMNO, mana-mana ahli atau veteran UMNO yang melanggar peraturan parti boleh digugurkan keahlian mereka. - ends -     

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Mahkamah Tinggi UK Arah Clare Rewcastle Bayar Hadi Awang RM155,790

Selasa, 1 Mei 2018 - DS Hadi Awang menang kes saman fitnah terhadap Clare Rewcastle Brown, editor Sarawak Report. Mahkamah Tinggi London telah meminta beliau membayar DS Hadi Awang sebanyak RM155,790. Pada 6 Ogos 2016, Clare telah menuduh DS Hadi Awang menerima wang sebanyak RM90 juta daripada UMNO. DS Hadi Awang telah menafikan tuduhan tersebut dan menyaman Clare Rewcastle Brown kerana memfitnah. DS Hadi Awang yang mengemukakan saman tersebut pada 21 April tahun lepas telah menang kesemua lima aplikasi interlokutorinya. Setiausaha Politik DS Hadi Awang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan perkara itu dan berkata mereka telah menerima berita positif tersebut dari London. - ends 

CAAM - Tiada Bukti Sabotaj Terhadap Kapal Terbang Dr Mahahtir

Sabtu, 28 April 2018 - Susulan tuduhan Dr Mahathir bahawa kapal terbang yang beliau naiki pada 27 April telah disabotaj, CAAM (Civil Aviation Authority of Malaysia) telah menjalankan siasatan rapi. Menurut Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin A Rahman, selepas siasatan rapi dijalankan, mereka mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa kapal terbang itu telah disabotaj. Kapal terbang tersebut hanya mengalami 'air leakage from the left hand nose wheel' dan 'tyre pressure low, dropping at 2psi per minute'. Ekoran kejadian itu, tayar tersebut tidak dapat ditukar serta-merta kerana tiada tayar ganti (spare tyre). Masalah yang dialami oleh kapal terbang Bombardier Challenger CL60 itu merupakan sedikit masalah teknikal saja. Kenyataan Datuk Seri Azharuddin A Rahman, Pengerusi CAAM, boleh dilayari di NST dan The Star online. - ends -     

1 Calon Pribumi, 2 Calon PKR Didapati Muflis!

Sabtu, 28 April 2018 - Tiga orang calon DUN dalam PRU-14 didapati muflis oleh SPR. Sehubungan itu, mereka tidak layak bertanding. Mereka terdiri daripada calon Pribumi bagi DUN Bukit Pasir, Pizi Jihat, calon PKR bagi DUN Kuala Balah, Dr Hafidz Rizal dan calon PKR bagi DUN Penaga, Yaakob Osman. Kerusi-kerusi tersebut akan ditandingi secara dua penjuru oleh BN dan PAS. Sementara itu, Dr Mohd Fuad Zarkashi, bekas Ketua Pengarah JASA, tidak jadi bertanding sebagai calon bebas seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Beliau tidak dicalonkan oleh BN, tetapi telah digantikan dengan Ketua Wanita Bahagian Batu Pahat. Akhirnya, Dr Fuad terpaksa menerima realiti dan terus bersama parti yang beliau perjuangkan selama ini. Selebriti Diva AA, Azwan Ali turut bertanding sebagai calon bebas bagi DUN Bukit Antarabangsa menentang abangnya sendiri, Datuk Azmin Ali. Beliau bertanding atas lambang Gajah sebagai tanda besar dan kuat! Kerusi tersebut ditandingi secara lima penjuru. - ends - 

Tian Chua Tidak Layak Bertanding, MB N Sembilan Menang Tanpa Bertanding!

Sabtu, 28 April 2018 - Breaking News - Tian Chua, PKR tidak layak bertanding di Kerusi Parlimen Batu kerana telah dikenakan denda oleh Mahkamah Shah Alam sebanyak RM2,000.00. Kerusi Batu akan ditandingi secara empat penjuru oleh Calon BN, PAS dan dua orang calon Bebas. Sementara itu, MB Negeri Sembilan, DS Mohamad Hasan telah menang tanpa bertanding apabila calon PKR dan pencadang beliau tidak dibenarkan masuk ke kawasan pencalonan kerana tidak memiliki Pas Masuk SPR. Pas tersebut adalah prasyarat untuk memasuki Dewan Pencalonan. Berikutan kejadian tersebut, BN telah memenangi Kerusi Rantau tanpa bertanding. - ends -   

Do Or Die Battle Bagi Dr Mahathir!

Sabtu, 28 April 2018 - Hari ini adalah Hari Penamaan Calon PRU-14 di seluruh Malaysia. Beberapa tempat 'Hot' akan mencuri tumpuan. Salah satu daripadanya ialah Langkawi, tempat Dr Mahathir bertanding. Bagi Dr Mahathir, ini adalah 'political venture' nya yang muktamad. Ia perlu menang di kawasan ini. Tidak boleh tidak! Jika tidak, maka berakhir dan berkuburlah perjuangan politik terakhirnya. This is a do or die last battle for Dr Mahathir. He has to win by all means. By hook or crook! He has to apply all sort of tricks under his sleeves. Sehubungan itu, Dr Mahathir akan menggunakan segala strategi dan tipu helah Machiavelli untuk menang. Dr Mahathir akan berkata dan berbuat apa saja demi kemenangan. Itulah sebenarnya Dr Mahathir yang kita kenali. That's typical Dr Mahathir. Terbaru, Dr Mahathir berkata ada pihak cuba mensabotag kapal terbang yang dinaikinya supaya ia terhempas. This is typical Dr Mahathir's style. Dr Mahathir akan berkata apa saja walaupun ...

Pemimpin Agung Korea Utara Bertemu Presiden Korea Selatan Di Sempadan Korea!

Jumaat, 27 April 2018 - Pada hari ini, satu sejarah dunia telah dicipta di Sempadan Korea. Sebelum ini, tiada siapa pun pernah menduga bahawa perkara seperti ini akan berlaku. Pemimpin Agung Korea Utara, Kim Jong-un telah bertemu Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in di Garis Sempadan Korea seluas satu kaki dan berjabat tangan dengan penuh mesra. Bukan setakat itu saja, Moon telah menjemput Kim untuk menyeberangi ke sempadan Korea Selatan. Sebagai balasan, Kim juga telah mempelawa Moon untuk menyeberangi ke Sempadan Korea Utara buat seketika dan berjabat tangan dengan penuh intim. Selepas itu, mereka berdua menyeberangi semula ke Sempadan Korea Selatan untuk memeriksa Barisan Kehormat Tentera Korea Selatan. Biasanya, upacara diplomatik seperti ini hanya diberikan kepada para pembesar asing. Tetapi, pada kali ini ia telah diberikan kepada Kim, Pemimpin Agung Korea Utara. Mereka berdua juga sempat bergambar bersama para delegasi mereka. Kim kemudiannya menandatangani Buku Pelawat seb...

TS M Kayveas Dipecat Daripada MyPPP!

Rabu, 25 April 2018 - Tan Sri M Kayveas, Presiden MyPPP telah dipecat daripada MyPPP. Sebelum ini, beliau berkata ia telah meletakkan semua jawatan. Datuk Simon Sabapathy berkata Majlis Tertinggi MyPPP telah memecat beliau sebelum ia mengumumkan perletakan jawatan. Tindakan tersebut dipercayai berpunca daripada surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 24 April. Surat tersebut menyatakan perihal tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kayveas yang boleh menjejaskan perhubungan MyPPP, BN dan parti-parti komponen yang lain. Sebelum ini, TS M Kayveas telah menyatakan rasa kesalnya kerana tidak dicalonkan di kawasan Parlimen Cameron Highlands. Kawasan tersebut telah diberikan kepada MIC.     - ends -

Polis Malaysia Perolehi Gambar Sebenar Pembunuh Dr Fadi Albatsh!

Rabu, 25 April 2018 - Polis Malaysia telah memperolehi gambar sebenar pembunuh Dr Fadi Albatsh. Dua hari lepas, pihak Polis telah mengeluarkan Photo-fit pembunuh tersebut dan berjaya mengesan Motosikal berkuasa tinggi yang digunakan oleh para pembunuh di Setapak. Seperti saya katakan tempoh hari, Polis kita diakui cekap dan di antara yang terbaik di dunia! Mereka pasti dapat menyelesaikan pembunuhan tersebut secepat mungkin dengan kerjasama dan bantuan Interpol dan Aseanpol. Sementara itu, Jenazah Dr Fadi Albatsh dijangka akan diterbangkan ke Mesir dengan Egypt Air pada malam ini. Perkara itu telah disahkan oleh Duta Palestin di Malaysia. Mereka juga telah mendapat kebenaran daripada Mesir untuk membawa Jenazah tersebut ke Gaza melalui sempadan Rafah. Sebelum dibawa ke Lapangan Terbang KLIA, Jenazah tersebut dijangka akan disolatkan terlebih dahulu di Surau Setapak. Alhamdulillah. Al-Fatihah dan Takziah saya kepada seluruh keluarga Allahyarham. - ends - 

Kita Perlukan Yang Berkhidmat, Bukan Yang Berhormat!

Rabu, 25 April 2018 - Hari Penamaan Calon is just around the corner. Tiga hari lagi! Tarikh PRU-14 telah pun ditetapkan pada 9 Mei 2018. Parti-parti politik telah pun mula berkempen untuk meraih undi. Para calon telah pun mula bertemu para pengundi kawasan untuk mengenalkan diri sambil menaburkan pelbagai janji. Semua ini dilakukan demi meraih kemenangan agar mereka kelak bergelar Yang Berhormat (YB) bagi DUN dan Parlimen.    Tahukah mereka bahawa Amanah dan Tanggungjawab yang diberikan oleh Rakyat kepada mereka adalah Amat Berat? Mereka bukan dipilih ke DUN dan Parlimen semata-mata untuk Bercakap dan berlagak dengan Jawatan Besar, Pendapatan Besar dan Kereta Besar. Tetapi, Bekerja dan Berkhidmat untuk Rakyat. Mereka adalah Wakil Rakyat yang mewakili Rakyat atau dalam kata lain, Kuli Rakyat. Rakyat adalah Bos. Mereka perlu bekerja dan berkhidmat siang-malam untuk Kesejahteraan Rakyat. They represent the Rakyat. They are the People Representatives, not the People Bosses. In...

Israel Larang Jenazah Dr Fadi Dibawa Masuk Ke Gaza!

Isnin, 23 April 2018 -  Israel tidak membenarkan Jenazah Dr Fadi dibawa masuk ke Semenanjung Gaza. Dr Fadi Albatsh, 35 tahun, ditembak mati pada Subuh Sabtu ketika sedang berjalan menuju ke sebuah Surau di Setapak, KL. Pembunuhan tersebut dipercayai didalangi oleh pihak Mossad, Israel. Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Leiberman telah mendesak Mesir agar tidak membenarkan Jenazah tersebut dibawa masuk ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah. Sempadan Rafah adalah satu-satu pintu masuk dari Mesir ke Gaza. Mengikut Palestine News Report, Israel hanya membenarkan Jenazah tersebut untuk dibawa masuk ke Gaza dengan syarat Pertubuhan Hamas memulangkan kembali dua mayat Tentera Israel dan dua orang tahanan Israel yang didakwa ditahan oleh pihak Hamas. Keluarga Dr Fadi di Gaza memohon agar Jenazah Dr Fadi dikebumikan di Bandar Jabalia, Gaza. Mereka ingin melihat wajah Dr Fadi yang mereka rindui selama tujuh tahun. Dr Fadi telah menetap di Malaysia selama 10 tahun bersama Isteri d...

Pembunuhan Dr Fadi Albatsh Angkara Mossad, Israel?

Ahad, 22 April 2018 - Satu lagi pembunuhan kejam yang melibatkan warga asing berprofil tinggi telah berlaku di Malaysia semalam. Dr Fadi Albatsh, rakyat Palestin berusia 35 tahun yang menjadi Imam di sebuah Masjid di Setapak, KL dan Pensyarah di sebuah Universiti Swasta tempatan, telah ditembak mati pada subuh semalam. Dua tahun lepas, Jong Nam, abang tiri Ketua Negara Korea Utara telah dibunuh di KLIA2 dengan menggunakan senjata Kimia Saraf. Pembunuhan tersebut berlaku ketika Dr Fadi sedang berjalan menuju ke Masjid untuk mendidirikan Solat Subuh. Dikatakan, dua orang yang menunggang motosikal berkuasa tinggi telah menunggu beliau di tempat kejadian selama 20 minit, sebelum meledakkan lebih 10 das tembakan untuk membunuh beliau. Dr Fadi menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian. Beliau dipercayai dibunuh kejam oleh agen Mossad, Israel yang telah lama merancang pembunuhan tersebut. Dr Fadi, seorang jurutera elektrik yang pakar dalam bidang Sains Tenaga. dijangka akan berl...

Tsunami Melayu Melanda PRU-14?

Sabtu, 21 April 2018 - Sekarang ini masyarakat sibuk memperkatakan tentang Tsunami Melayu. Mungkinkah Tsunami Melayu akan melanda PRU-14? Jawapan saya, Yes. Tetapi, bukan ke arah Pakatan, tetapi ke arah UMNO/BN dan PAS. Majoriti Melayu dan Bumiputera akan beralih kepada UMNO/BN dan PAS, dan ombak ini akan menenggelamkan Pakatan! Perjuangan majoriti orang Melayu masih berteraskan Alif, Ba dan Ta, iaitu Agama, Bangsa dan Tanah Air. Mana-mana pihak atau sesiapa saja yang cuba menggagalkan perjuangan ini, akan ditentang dan ditolak. Majoriti orang Melayu dan Bumiputera masih menolak dan tidak mempercayai DAP yang mereka anggap sebagai Rasis, Cauvinis, Sosialis dan Opportunists kerana kekal dan tebal memperjuangkan Konsep Malaysian Malaysia. Bagi orang Melayu dan Bumiputera, konsep ini bukan saja akan merugikan mereka, malah akan melenyapkan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan penduduk asal (natives) Nusantara, Malaya, Borneo dan kini Malaysia. Sehubungan itu, ma...

Waspada Terhadap Berita Palsu (Fake News)!

Rabu, 18 April 2018 - PRU-14 kian hampir dan Berita Palsu juga semakin menular di mana-mana saja, termasuk di Alam Maya (Alam Siber). Ini dilakukan dengan tujuan untuk membohongi dan mengelirukan rakyat demi memperolehi kemenangan di PRU-14. Sehubungan itu, kita sebagai rakyat yang bijak dan berfikiran rasional, perlu sentiasa berwaspada terhadap perangkap ini. Kita perlu membaca, berfikir dengan bijak dan menyemak akan kesahihan Berita itu terlebih dahulu sebelum dipanjangkan (forward). Dalam Islam, ini dipanggil BerTabayuun. Tujuan Akta Anti-Berita Tidak Benar diwartakan adalah baik. Ia melibatkan semua orang, semua pihak dan semua parti. Ia tidak memilih bulu atau warna. Sesiapa saja yang melakukan kesalahan akan didakwa, sama ada warga tempatan atau asing. Ia tidak menyekat Kebebasan Bersuara dan Menulis untuk menyatakan Kebenaran yang disokongi dengan Bukti, Fakta dan Angka. It does not restrict Freedom of Speech or Expression to tell the Truth based on Evidence, Facts and Fig...

Dr Mahathir Bertanding Di Langkawi!

Isnin, 16 April 2018 - Di Langkawi malam tadi, Dr Wan Azizah telah menamakan Dr Mahathir sebagai calon Pakatan di Langkawi. Di zaman mudanya, Dr Mahathir pernah menjadi Pegawai Perubatan di Langkawi dan mengharumkan nama Langkawi di persada antarabangsa ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Ketika ini beliau tidak lagi bersama UMNO/BN, malah menjadi Top Dog kepada Pakatan. Mengikut laporan dari Langkawi, perhimpunan Pakatan malam tadi agak menggalakkan. Ia dihadiri oleh ramai orang Langkawi dan luar. Ramai juga yang terdiri daripada para penyokong UMNO/BN dan PAS yang ingin mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Dr Mahathir. Dijangkakan, Langkawi akan ditandingi secara tiga penjuru, iaitu UMNO/BN, PAS dan Pakatan. Bolehkah Dr Mahathir menang di Langkawi? Kehadiran orang ramai di Perhimpunan malam tadi tidak boleh dijadikan kayu ukur. Ia tidak boleh diterjemahkan kepada undi untuk Dr Mahathir kerana sebilangan yang hadir adalah para penyokong tegar UMNO/BN dan PAS yang h...

PRU-14 Pada 9 Mei, Rabu!

Selasa, 3 April 2018 - SPR yang bermesyuarat pada pagi ini telah menetapkan 9 Mei 2018, Rabu sebagai tarikh rasmi PRU-14. Mereka turut menetapkan tarikh Penamaan Calon pada 28 April dan Undian Awal pada 5 Mei. Masa berkempen ditetapkan selama 11 hari. Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan perkara tersebut. Lebih 14 juta pengundi berdaftar dijangka mengundi pada Pilihan Raya kali ini. Para pengundi boleh menyemak data pengundian mereka di www.spr.gov.my - ends -   

Selepas Pembubaran Parlimen,Tali Teraju Di Tangan SPR!

Jumaat, 6 April 2018 - Tengah hari tadi, PM telah mengumumkan Pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok, 7 April 2018. Mulai esok, kayu baton akan diserahkan kepada SPR untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRU-14. Sebelum itu, SPR perlu menerima surat notis Pembubaran Parlimen daripada Speaker Parlimen sebelum mereka memulakan Mesyuarat bagi menentukan Tarikh Keluar Writ, Tarikh Penamaan Calon, Tarikh Undi Awal dan Tarikh Pilihan Raya PRU-14. Saya percaya SPR akan menerima notis tersebut dalam masa sehari dua, kemudian bermesyuarat dalam minggu depan untuk menentukan tarikh-tarikh penting itu. Walaupun SPR mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan PRU-14, saya yakin tarikh-tarikh penting itu akan ditetapkan secepat mungkin, masa berkempen tidak terlalu panjang, mungkin dalam masa 11 atau 12 hari untuk mengelak kekacauan dan PRU-14 diadakan sebelum bulan Ramadhan yang jatuh pada 17 Mei 2018. Ini bermakna, tarikh PRU-14 mungkin akan diadakan pada akhir April atau awal Mei 2018. Leb...

Parlimen Bubar Hari Jumaat, 6 April?

Rabu, 4 April 2018 - Biasanya, Mesyuarat Kabinet Malaysia diadakan pada setiap hari Rabu, iaitu pada hari ini. Tetapi, pada hari ini, PM tidak mengadakan Mesyuarat Kabinet, sebaliknya bertemu lebih 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Di pertemuan tersebut, PM telah mengumumkan pelbagai insentif kepada para Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan di atas jasa dan sumbangan mereka kepada Kerajaan dan rakyat. Mesyuarat Kabinet kali ini telah ditunda ke hari Jumaat, 6 April. Sebelum ini, RUU Persempadanan Semula dan RUU Anti-Berita Tidak Benar telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini bermakna Kerajaan BN telah melengkapkan diri dan bersiap siaga untuk menghadapi PRU-14. Sidang Parlimen akan berakhir esok. Mungkinkan Mesyuarat Kabinet pada hari Jumaat ini merupakan Mesyuarat Kabinet Kerajaan BN yang terakhir sebelum PM mengumumkan Pembubaran Parlimen? Biasanya, selepas Mesyuarat Kabinet terakhir mereka akan bergambar beramai-ramai sebagai kenanga...

TS Khalid Ibrahim MB Selangor Selepas PRU-14?

Selasa, 3 April 2018 - Saya percaya ramai pembaca Blog ini terperanjat dengan tajuk di atas. Mana mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak menyertai mana-mana parti politik di Selangor boleh menjadi MB Selangor semula selepas PRU-14? Bagi saya, dalam perihal politik, semuanya serba mungkin. In politics, everything is possible! Tan Sri Khalid Ibrahim terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang bijak, shrewd dan berjaya. Beliau juga terkenal sebagai seorang pemimpin politik yang tegas, cekap, amanah dan bersih. Beliau turut dipercayai dan disenangi oleh DYMM Sultan Selangor. Bagaimana pula beliau boleh menjadi MB Selangor semula? Perkiraan saya ... Untuk membolehkan beliau menerajui semula Selangor, beliau perlu menyertai atau ditawarkan bertanding oleh UMNO/BN atau PAS. Saya yakin beliau akan menang mudah sama ada di bawah lambang UMNO/BN atau pun PAS. Penyertaan TS Khalid dalam PRU-14 nanti pasti akan disenangi dan disambut baik oleh ramai penduduk dan pengundi Melayu dan bu...

Parlimen Bubar Minggu Ini?

Isnin, 2 April 2018 - Parlimen dibubarkan dalam minggu ini? Semua indikator menunjuk ke arah itu. Sidang Parlimen akan berakhir pada 5 April ini dan RUU Anti-Berita Tidak Benar dijangka akan diluluskan sebelum itu. Sesudah itu, Kerajaan BN bebas dan bersedia untuk mengisytiharkan pembubaran Parlimen sebelum mereka mengumumkan Manifesto mereka pada akhir minggu ini untuk menghadapi PRU-14 yang mungkin akan diadakan pada awal bulan Mei. PRU-14 dijangka akan diadakan pada awal bulan Mei, sebelum Bulan Ramadan pada 17 Mei dan sebelum Anwar Ibrahim dibebaskan dalam bulan Jun. Di samping itu, isu-isu besar telah dapat mereka tangani dan atasi dengan baik, keadaan ekonomi Malaysia sekarang kian mantap, kedudukan Ringgit Malaysia semakin kukuh, rizab antarabangsa BNM kian bertambah, pelaburan asing semakin meningkat, keadaan keselamatan negara berada dalam keadaaan aman dan harmoni, dan banyak lagi yang boleh mendorong Kerajaan untuk mengisytiharkan pembubaran Parlimen dalam minggu ini. ...

Pembubaran Parlimen Kian Hampir!

Rabu, 28 Mac 2018 - Usul Persempadanan Semula yang diperdebatkan di Parlimen hari ini telah pun diluluskan dengan 129 undi menyokong dan 80 undi menentang. RUU tersebut hanya memerlukan 111 undi majoriti mudah untuk diluluskan. Ia tidak perlu dibawa ke Dewan Senat! Selepas ini, RUU tersebut akan diserahkan ke Istana Negara untuk mendapat Perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Setelah mendapat Perkenan Tuanku, ia akan digazetkan dan menjadi Persempadanan untuk PRU-14. Pembubaran Parlimen mungkin akan menyusuli selepas itu! Setelah Parlimen dibubarkan, SPR akan mengambil alih tugas untuk menetapkan Tarikh Penamaan Calon dan Tarikh PRU-14. Rakyat Malaysia tidak perlu bertelagah lagi tentang Politik! Pada Tarikh yang ditetapkan oleh SPR, keluar saja beramai-ramai dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Selepas fikir masak-masak dan mendalam, pilihlah Parti pilihan anda demi Agama, Bangsa dan Tanah Air (Alif Ba Ta) - ends -  

Mengapa Dr Mahathir Tidak Dibenarkan Melawat Anwar!

Khamis, 11 Januari 2018 - Mengapa Dr Mahathir tidak dibenarkan melawat Anwar Ibrahim semalam? Jawapannya mudah. Beliau tidak patuhi prosedur dan undang-undang Jabatan Penjara! Beliau tidak mohon kebenaran pihak Penjara terlebih dahulu dan mahu menemui Anwar begitu saja seolah-olah Anwar berada di bilik Hotel. Di Hotel pun, ada kalanya kita perlu mohon kebenaran Receptionist untuk menemui rakan di bilik hotel. Jabatan Penjara telah menetapkan prosedur dan undang-undang ketat untuk melawat banduan di penjara atau di hospital. Isteri, anak, ibu bapa atau Peguam banduan juga perlu mendapat kebenaran Penjara terlebih dahulu sebelum dibenarkan melawat banduan. Inikan pula orang biasa. Itu pun ada masa dan tarikh ditetapkan! Dr Mahathir tidak boleh salahkan sesiapa kerana beliau tidak patuhi prosedur dan undang-undang Jabatan Penjara. Selaku bekas PM dan calon PM PH, beliau tentu arif tentang perkara ini dan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Ini tidak, beliau gempur s...

Dr Mahathir Tidak Akan Jadi PM!

Selasa, 9 Januari 2018 - Sekarang ini, di mana-mana saja, baik dalam akhbar atau media sosial, di warung kopi atau di rumah, rakyat Malaysia sibuk berbicara tentang Dr Mahathir sebagai PM. Saya berpendapat, tidak perlu dibicarakan sangat tentang Dr Mahathir menjadi PM. Mengapa? Kerana Dr Mahathir tidak akan menjadi PM. Mengapa saya kata begitu? Kerana PH akan tewas kepada UMNO/BN dan PAS dalam PRU-14. Habis cerita. Ketewasan PH bermula sebaik saja Dr Mahathir dinobatkan sebagai calon PM sementara jika PH menang dalam PRU-14. Sebaik saja Dr Mahathir diumumkan sebagai calon PM, bukan saja UMNO/BN, malah PAS, ahli-ahli akar umbi dan para penyokong PH, ahli-ahli PKR dan PAN, dan terbaru PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali serta anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo, turut memperlekeh dan mempertikaikan kewajaran memilih Dr Mahathir sebagai calon PM PH. Mereka rata-rata berpendapat Dr Mahathir sudah berusia 93 tahun, calon kitar semula, tidak boleh dipercayai, regresif, akan...

Dr Mahathir Calon PM Dan Pribumi Dapat 52 Kerusi!

Ahad, 7 Januari 2018 - Di Mesyuarat terakhir PH malam tadi, sebelum Kovensyen mereka pada hari ini, PH telah memilih Dr Mahathir sebagai calon PM dan Dr Wan Azizah sebagai TPM sekiranya PH menang dalam PRU-14. Mereka juga telah menyelesaikan pengagihan kerusi parlimen untuk Semenanjung. Pribumi diberikan 52 kerusi, PKR 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan Amanah 27 kerusi. Jika disertakan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR menguasai kerusi paling banyak. Walau bagaimanapun, segala persoalan dan teka-teki akan terjawab selepas Kovensyen PH selesai pada hari ini. Difahamkan, Amanah Johor telah memulaukan Konvensyen hari ini kerana tidak berpuas hati dengan agihan kerusi parlimen di Johor. Mereka hanya diberikan dua kerusi untuk bertanding. Sebelum itu, telah berlaku sedikit kekecohan apabila sebilangan penyokong Anwar Ibrahim menjulang kain rentang sebagai tanda menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon PM. Tetapi, mereka telah dihalang oleh penyokong Amanah. Daripada senario ini, dij...

Mesyuarat Majlis Presiden PH Gagal Pilih Calon PM!

Jumaat, 5 Januari 2018 - Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan semalam telah menemui jalan buntu untuk memilih calon PM dan TPM mereka. Mereka tidak sepakat dan sehaluan! Difahamkan, DAP, PAN dan Pribumi telah bersetuju untuk memilih Dr Mahathir sebagai calon PM sekiranya PH menang dalam PRU-14. Tetapi, PKR telah membantah keras kerana Dr Mahathir dikatakan tidak menenuhi kehendak perjuangan Reformasi yang diperjuangkan oleh PKR sejak penubuhannya. Sebelum Mesyuarat tersebut bermula, satu kenyataan Anwar Ibrahim dari Penjara Sungai Buloh telah diterima yang menasihati agar keputusan untuk memilih calon PM mestilah dibuat mengikut kehendak suara rakyat. Ini bererti, ia mestilah dilakukan secara Konsensus (dipersetujui oleh semua parti) serta mendapat persetujuan NGOs dan para aktivis. Pada minggu lalu, dipercayai dua orang aktivis wanita berpengaruh yang mewakili sebuah NGO telah menemui Dr Mahathir serta memberikan pandangan mereka. Jelas mereka, sekiranya Dr Mahathir dicalo...

PRU-14 Pada Pertengahan Mac?

Khamis, 4 Januari 2018 - Mesyuarat Dewan Tertinggi BN telah diadakan malam tadi di PWTC. Sebelum itu, Portal Berita BN therakyat.com telah dilancarkan sebagai strategi untuk mendekati rakyat Malaysia serta menyanggah berita-berita palsu (fake news). Adakah petunjuk ini menandakan bahawa PRU-14 semakin hampir! Beberapa orang pemimpin BN berkata ia merupakan persiapan dan kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU-14. Namun begitu, mereka menafikan telah membincangkan soal tarikh PRU-14 kerana mereka masih mempunyai masa. Melihat kepada keadaan PH sekarang yang masih tidak sehaluan dan komen-komen liar Dr Mahathir yang memakan diri sendiri, nampaknya situasi tersebut telah memberi kelebihan kepada UMNO/BN dan PAS. Dr Mahathir yang sebelum ini dilihat sebagai aset kepada PH untuk menarik undi orang Melayu, telah menjadi liabiliti dan bebanan kepada mereka. Kebanyakan orang Melayu telah mula menjauhkan diri daripada Dr Mahathir yang sering saja membuat Pusingan-U (U-Turns) demi kepentingan po...