Selasa, 26 Disember 2017 - Beberapa hari lagi, Tirai Tahun 2017 akan dilabuhkan dan Tirai Tahun Baru 2018 akan disingkap. Rasanya, seperti baru semalam kita menyambut Tahun Baru 2017. Begitulah pantasnya masa berlalu! Sebenarnya, masa masih berlalu 24 jam sehari seperti dulu. Manusialah yang berlalu begitu pantas dengan pelbagai kesibukan dunia sehinggakan masa dirasakan begitu singkat! Biasanya, apabila tiba saja tahun baru, pelbagai Resolusi baru akan mula bermain di benak kita. Pelbagai agenda, rancangan, program dan cita-cita dirancang untuk dilaksanakan. Di muka awal Diari baru akan dipenuhi dengan pelbagai perkara yang hendak dibuat. Segala-galanya begitu ghairah! Tetapi, sebelum kita pergi lebih jauh daripada itu, sudahkah semua Resolusi tahun lalu dilaksanakan? Saya percaya, masih banyak lagi Resolusi tahun lalu yang tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Ada juga, yang langsung tidak melaksanakan sebarang Resolusi walaupun Diari mereka sarat dengan pelbagai Re...