Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Aung San Suu Kyi Harus Pulangkan Anugerah Nobel Peace Prize!

Rabu, 7 Rabiul Awal 1438H, 7 Disember 2016 - Aung San Suu Kyi, pemimpin de factor Myanmar, harus serahkan kembali Anugerah Nobel Peace Prize kerana beliau tidak layak menerimanya. Sebagai penerima Anugerah Nobel Peace Prize, beliau seharusnya mengutamakan keamanan dan kedamaian, bukannya pembunuhan dan penghapusan etnik (ethnic cleansing) seperti yang dilakukan terhadap Etnik Rohingya di Myanmar. Di bawah kepimpinannya, ribuan rumah etnik Rohingya telah dibakar hangus, banyak masjid telah dimusnahkan, ribuan etnik Rohingya telah dibunuh kejam, termasuk orang-orang tua, perempuan dan kanak-kanak. Ramai perempuan Rohingya telah dirogol. Ramai mati kebuluran di tengah laut dan ramai mati ditelan laut bergelora akibat bot karam ketika hendak melarikan diri ke Malaysia, Bangladesh. Indonesia dan Thailand. Sehubungan itu, Aung San Suu Kyi yang tidak berperi kemanusiaan dan bersifat kebinatangan dengan mengamalkan Undang-Undang Rimba (Law of the Jungle) tidak layak dikekalkan sebagai pemega...

Bersih 5 Gagal Capai Matlamat!

Ahad, 20 Safar 1438H, 20 November 2016M - Perhimpunan Haram Bersih 5 gagal mencapai matlamatnya. Bilangan demonstrator yang menyertainya jauh lebih rendah berbanding Perhimpunan Bersih 4. Mengikut pantauan pihak Polis Di-Raja Malaysia, lebih kurang 15,500 peserta Baju Kuning yang menyertai Perhimpunan kali ini berbanding kira-kira 200,000 orang pada tahun lepas. Statistik pihak Polis boleh diterima pakai kerana mereka memantau Perhimpunan dari Darat dan Udara menerusi Helikopter dan bangunan tinggi. Ini bererti hanya 7.75% penyertaan berbanding Bersih 4. 92.25% peserta lagi telah menjauhkan diri. Mengikut Malaysiakini yang dimiliki George Soros, kira-kira 41,000 demonstrator Baju Kuning telah menyertai Bersih 5. Jika benar, bilangan ini juga didapati jauh lebih kurang daripada bilangan peserta Bersih 4. Ini bermakna bilangan mereka kali ini hanyalah 20.5% daripada bilangan tahun lepas. Kenyataan S Ambiga bahawa 100,000 demonstrator Baju Kuning telah berhimpun juga tidak membantu. Bil...

Ketegasan DS Ahmad Zahid Dan Polis Terhadap Bersih 5 Dialu-Alukan

Jumaat, 18 Safar 1438H, 18 November 2016M - Saya menyambut baik ketegasan DS Ahmad Zahid dan pihak Polis terhadap Bersih yang bakal mengadakan Perhimpunan Haram Bersih 5 esok. Mereka telah memberi kata dua dan amaran kepada Bersih agar membatalkan rancangan mereka untuk Berdemonstrasi secara Haram. Jika tidak, tindakan tegas dan keras akan diambil. Perkara yang sama juga telah diberikan kepada Kumpulan Baju Merah. Perhimpunan Bersih 5 adalah Haram kerana mereka tidak mendapat sebarang kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa tertentu. Perhimpunan seperti ini tidak boleh diadakan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran kerana negara kita mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi demi keselamatan dan ketenteraman negara. Ini merupakan kali Ke-5 mereka mengadakan Perhimpunan. Bukannya kali pertama. Ini jelas membuktikan mereka mempunyai agenda tertentu seolah-olah sedang menjana satu Revolusi! Jika mereka berdegil juga dan tidak mahu membatalkan Perhimpunan, saya syorkan agar para pemimpi...

Mampukah Trump Laksanakan Segala Yang Diperkatakan Semasa Berkempen?

Isnin, 14 Safar 1438H, 14 November 2016M - Donald Trump, 70 tahun, adalah seorang Billionaire Hartanah yang berjaya. Beliau pintar, licik dan agresif bagi mendapat dan menjayakan sesuatu perniagaan. Cara 'Marketing dan Networking' beliau begitu komprehensif. Beliau juga tidak ragu-ragu untuk mengambil atau memecat kakitangannya mengikut keadaan dan keperluan perniagaannya. Beliau mampu melakukan semua ini kerana Syarikat Trump adalah milik penuhnya dan beliau adalah Bosnya. Tidak seorang pun yang boleh menghalangnya. Semasa berkempen untuk merebut jawatan Presiden Amerika, beliau telah menggunakan segala taktik, kepintaran dan strategi perniagaannya dengan membuat pelbagai janji dan rancangan demi kebaikan dan kemaslahatan Amerika Syarikat. Ramai rakyat Amerika telah terbeli dan terpukau dengan pelbagai janji dan rancangan ini, termasuk hendak membina tembuk kukuh di sepanjang sempadan Amerika dan Mexico bagi menyekat kemasukan para pendatang haram dari Mexico dan negara-nega...

Ribuan Demonstrator Di Amerika Bantah Pemilihan Trump

Khamis, 10 Safar 1438H, 10 November 2016M - "You are not my President. Not today. Hate won't win. Anda bukan Presiden saya. Bukan hari ini. Kebencian tidak akan menang". Begitulah laungan sebahagian para demonstrator yang membanjiri jalanan di pelbagai tempat di Amerika membantah pemilihan Trump sebagai Presiden AS Ke-45. Dari Boston hingga ke Los Angeles, para demonstrator didapati berarak membawa pelbagai sepanduk sambil melaungkan pelbagai cacian terhadap Trump. Di New York, kira-kira 5,000 demonstrator berkumpul di depan Trump Tower sambil mengibarkan pelbagai sepanduk serta meluahkan rasa marah mereka terhadap Trump. Di Portland, para demonstrator menjerit-jerit dengan kata-kata "No Trump, No KKK, No Fascist USA". Sebenarnya, jutaan rakyat Amerika tidak sukakan Trump, tetapi sebahagian lagi telah memilihnya sebagai Presiden AS. Mengikut kiraan CNN, walaupun Trump menang sebagai Presiden AS dengan 289 electoral votes, Hillary telah menewaskan Trump dar...

Dunia Tersentak Dengan Kemenangan Trump Sebagai Presiden Amerika!

Rabu, 9 Safar 1438H, 9 November 2016M - Seluruh dunia tersentak dan hampir-hampir tidak percaya bahawa rakyat Amerika Syarikat  telah memilih Donald Trump sebagai Presiden AS Yang Ke-45. Seluruh dunia turut terkedu apabila kebanyakan matawang dan pasaran saham dunia telah jatuh merudum susulan pemilihan Trump selaku Presiden AS. Hillary Clinton dan Teamnya terduduk dengan keputusan luar jangkaan tersebut sementara ramai penyokongnya kelihatan menangis teresak-esak. Mereka tidak percaya apa yang mereka lihat dan dengar. Tetapi, itulah hakikat dan kehendak kebanyakan rakyat AS. Ramai penganalisis politik dunia termasuk saya sendiri, tidak menduga sama sekali akan keputusan mengejut ini. Kami menjangkakan Clinton akan dinobatkan sebagai Presiden walaupun persaingan dijangka sengit.     Ketika saya menulis blog ini, Trump menang dengan 289 Electoral Votes sementara Cinton hanya mampu meraih 218. Hanya 270 Electoral Votes diperlukan untuk layak menjadi Presiden AS. Men...

Hillary Clinton Atau Donald Trump?

Isnin, 7 Safar 1438H, 7 November 2016M - Dua hari lagi, rakyat Amerika Syarikat akan turun mengundi untuk menentukan Presiden baru mereka bagi menggantikan Barrak Obama. Undi awal telah pun berlangsung sejak beberapa hari lalu. Sebelum ini, Hillary pernah menjadi Senator dan Setiausaha Negara Amerika, sementara Donald Trump adalah seorang ahli perniagaan bertaraf Billionaire tanpa pengalaman politik dan pentadbiran negara. Hillary bergelut dengan masalah kebocoran email peribadi, sementara Trump bergelumang dengan pelbagai skandal seks dan wanita. Kedua-duanya dilihat tidak setanding dan sehebat Obama. Walau bagaimanapun, rakyat Amerika terpaksa memilih salah satu daripada mereka. Saya melihat Hillary lebih baik daripada Trump dari aspek idea, perjuangan, pentadbiran, pendirian, peribadi, latar belakang dll. Trump agak rasis, anti pendatang, anti Islam, celupar, agresif, ekstrem dll. Difahamkan kebanyakan rakyat Amerika berketurunan Latinos, Asia, Afrika, orang Islam, warga ema...

Tip Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Jumaat, 4 Safar 1438H, 4 November 2016M - Baru-baru ini saya telah bertemu dan bersembang panjang dengan rakan lama saya, Mr Cheah. Beliau adalah seorang ahli perniagaan dalam bidang pengilangan. Dalam pertemuan tersebut saya telah membangkitkan beberapa perkara termasuk kenaikan harga barang sekarang. Dalam blog posting saya ini, saya ingin merakamkan sedikit pandangan beliau tentang isu kenaikan harga barang memandangkan isu ini sedang hangat diperdebatkan di pelbagai media. Sehubungan itu, blog posting ini agak panjang sedikit daripada biasa. Saya harap, para pembaca sudi membaca seluruhnya untuk manfaat kita bersama. Secara mudahnya, jelas beliau kenaikan harga barang berpunca daripada dua sebab utama. Pertama, disebabkan oleh kenaikan harga barang import. Apabila barang yang diimport dari luar negara naik harga, kita terpaksa menaikkan harga barang tersebut di Malaysia. Ini tidak dapat dielakkan. Ini dinamakan faktor import. Kedua, kenaikan harga barang dalam negara disebabk...

Haramkan Rali Dan Demonstrasi Jalanan Bersih 5.0

Rabu, 2 Safar 1438H, 2 November 2016M - Dalam beberapa blog posting saya yang lalu, saya ada menyebut tentang peranan organisasi asing dalam demontrasi jalanan Bersih untuk menjatuhkan Kerajaan demokratik pilihan rakyat. Perkara tersebut telah disahkan baru-baru ini oleh DC Leaks dalam pendedahan terbaru mereka. DC Leaks mendedahkan terdapat rancangan asing di bawah tajuk "Malaysia Programme" yang diusahakan oleh Open Society Foundation (OSF) untuk mempengaruhi politik tempatan menerusi pilihan raya. Dokumen berkenaan menjelaskan strategi secara terperinci untuk PRU 2018 dengan rancangan bagi menggerakkan kumpulan-kumpulan minoriti serta para belia kawasan-kawasan luar bandar. OSF dipengerusi oleh George Soros, jutawan Yahudi, dan dokumen tersebut menyatakan beliau mempunyai kepentingan peribadi dalam pilihan raya.   Ekoran daripada pendedahan tersebut, perkara ini telah dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid, seorang ahli parlimen dalam perdebatan...

Kenaikan Harga, Pengurusan Kewangan Dan Perbelanjaan

Selasa, 1 Safar 1438H, 1 November 2016M - Pada hari ini semua jenis minyak kenderaan telah naik 15 sen. Malam tadi, saya dapati kebanyakan Stesen Minyak sesak dengan pelbagai jenis kenderaan untuk mengisi minyak. Kebanyakan pemandu terdiri daripada orang-orang Cina dengan kereta-kereta besar dan mengisi minyak secara penuh (full tank). Dengan berbuat demikian, mereka akan menjimat beberapa Ringgit. Bagi mereka, setiap sen amat penting dan perlu diambil kira. Tanpa satu sen tidak akan menjadi satu juta. To them, every single cent counts. One cent will add up to One Million. Itu adalah mentaliti dan mindset kebanyakan orang Cina. Mereka begitu Money-Minded dan Business-Minded. Itu sebabnya mereka berjaya daripada aspek pengurusan kewangan dan perbelanjaan berbanding orang-orang Melayu. Mentaliti dan mindset ini yang membolehkan mereka akhirnya menjadi Jutawan dan berjaya dalam bidang pelbagai perniagaan. Begitu juga dengan pembelian minyak masak. Sehari dua sebelum Pembentangan Bajet 2...

Ulang Tahun Ke-29 Ops Lalang

Jumaat, 27 Muharram 1438H, 28 Oktober 2016 - Semalam merupakan Ulang Tahun Ke-29 Ops Lalang. Pada hari tersebut, 27 Oktober 1987, seramai 106 orang telah ditahan di bawah Akta ISA. Mereka termasuk ahli parlimen, ahli politik, aktivis sosial, ahli akademik, penulis dll. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, mendiang Karpal Singh, Dr Chandra Muzafar dan beberapa orang lagi turut ditahan. Permit penerbitan akhbar The Star, Watan dan Sin Chew Jit Poh telah digantung. Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Dr Mahathir yang dianggap autokratik. Kini, Dr Mahathir telah bertukar wajah dan warna, melakukan pelbagai U-Turn serta menjadi seorang 'True Demokrat' yang kononnya memperjuangkan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Berteraskan pegangan terbarunya ini, beliau telah bersekongkol dengan mereka yang pernah beliau penjarakan dulu demi menjatuhkan sebuah Kerajaan demokratik pilihan rakyat dan parti yang beliau pernah terajui. Sehubungan itu, saya berpendapat, belia...

PAS Tolak Bersih 5.0 Dan 'Arab Spring'

12 Muharram 1438H, 13 Oktober 2016 - Pucuk pimpinan PAS telah menolak Bersih 5.0 dan Demonstrasi Jalanan ala 'Arab Spring'. Mereka berbuat demikian kerana telah mengetahui niat dan tujuan sebenar Bersih diadakan. Bersih yang bermula dalam tahun 2007 sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan 'Free and Fair Election', kini telah bertukar corak sebagai sebuah NGO Politik yang bersekongkol dengan DAP untuk mendapatkan Kuasa Politik di Malaysia. Pada tahun lepas, Bersih 4.0 gagal tanpa penyertaan PAS. Hanya 10% orang Melayu yang menyertainya, selebihnya dipenuhi oleh kaum Cina dan bangsa lain yang menjadikan Himpunan tersebut agak perkauman. Pada tahun ini, sekiranya Bersih 5.0 dibenarkan berhimpun, mereka akan gagal sekali lagi tanpa penglibatan PAS. Bukan itu saja, sebilangan kaum Cina yang menyertai Himpunan pada tahun lalu, tidak akan menyertainya lagi kerana telah bosan dengan Demonstrasi Jalanan yang diadakan saban tahun. Mereka mendapati ia hanya membuang masa, tenaga,...

Dr Mahathir Pilih Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri!

Di sebuah Forum yang diadakan di London baru-baru ini, Dr Mahathir telah menyatakan bahawa sekiranya Parti Pembangkang menang dalam PRU14, TS Muhyiddin Yassin akan dipilih sebagai Perdana Menteri. Beliau juga berkata Perdana Menteri tidak akan diberi kebebasan untuk membuat keputusan, sebaliknya perlu merujuk kepada Pengerusi Parti terlebih dahulu, iaitu Dr Mahathir sendiri selaku Pengerusi Pribumi. Laporan ini telah dilaporkan dalam The Star Online. Kenyataan tersebut jelas membuktikan bahawa Dr Mahathir masih ingin terus berkuasa dan menguasai PH seperti yang diduga oleh kebanyakan penganalisis dan komentator politik. Itu sebabnya dalam rancangannya, beliau tidak memasukkan agenda membebaskan Anwar Ibrahim sebagai prasyarat utama. Beliau mahu Anwar terus meringkuk dalam penjara agar Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya, secara konsensus parti pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN telah pun menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka se...

Para Atlet Paralimpik Malaysia Disambut Meriah Di KLIA

Khamis, 20 Zulhijjah 1437H, 22 September 2016 - Saya tidak berlaku adil sekiranya saya tidak merakamkan blog posting ini khas untuk para atlet paralimpik (paralimpian) kita yang telah pun selamat tiba di bumi Malaysia dengan membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa. Satu pencapaian besar dalam sejarah paralimpik negara. Sebelum ini kita amat mengharapkan pingat emas daripada para pemain badminton dan para penerjun kita di Sukan Olimpik Rio yang lepas. Malangnya, mereka tidak terdaya dan hanya mampu meraih 3 pingat perak dan satu gangsa. Sebaliknya, paralimpian kita pula yang lebih menyerlah dan telah mengatasi pencapaian olimpian kita. Syabas dan Tahniah kepada semua paralimpian kita! Anda telah mengharumkan nama negara dengan mengibarkan jalur gemilang dan mengumandangkan lagu Negaraku di persada dunia. My salute, Tabik hormat saya kepada wira-wira kita, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi emas dalam acara 100m T36 dengan mencatat masa 12.07 saat; Muhammad Ziyad Z...

Buku Tun Musa Hitam - Frankly Speaking (Berterus-Terang)

 Ahad, 16 Zulhijjah 1437H, 18 September 2016 - Saya baru saja selesai membaca sebuah buku berjudul 'Frankly Speaking' yang dihasilkan oleh Tun Musa Hitam. Buku setebal 428 muka surat ini sarat dengan pelbagai pendedahan menarik dan diterbitkan dalam bulan Ogos 2016. Tun Musa telah memikirkan untuk menghasilkan buku tersebut sejak 15 tahun lalu dan akhirnya berjaya menyiapkannya dalam masa 8 bulan saja. Buku tersebut merakamkan pelbagai peristiwa hangat yang sebelum ini tidak diketahui oleh khalayak ramai. Beliau mendedahkan bahawa ia telah dituduh sebagai salah seorang dalang yang merancang untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ini menyebabkan beliau meletakkan jawatan dan menyambung pelajaran di Universiti Sussex, London. Tun Musa juga telah mendedahkan bahawa beliaulah orangnya yang mencadangkan nama Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Hussein Onn. Beliau juga menyatakan semasa peristiwa berdarah Memali berlak...

Dr Haron Din Kembali Ke Rahmatullah

Jumaat, 14 Zulhijjah 1437, 16 September 2016 - Salah seorang pemimpim PAS yang amat saya sanjungi ialah Dr Haron Din. Beliau bukan saja sarat dengan ilmu agama dan perubatan Islam, malah berpandangan jauh, mendalam dan bersikap moderat. Saya mendapati beliau amat mengutamakan perihal ukhwah dan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia. Beliau adalah di antara para pemimpin PAS yang merintisi kerjasama dengan UMNO dan NGO Islam yang lain bagi memastikan umat Islam bersatu-padu, politik dan pentadbiran negara Malaysia terus dikuasai oleh Melayu Islam dan Agama Islam terus dijulang sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Pemergian Dr Haron Din pada jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford, San Franciso, Amerika (kira-kira 7.10 malam waktu San Francisco) amat diratapi dan dirasai oleh seluruh umat Islam di Malaysia, termasuk bukan Islam yang mengenali beliau. Beliau amat disenangi dan disegani oleh kawan mahu pun lawan. Kehilangan beliau adalah satu kerugian besar bagi umat Isla...

Pertahankan Kemerdekaan Kita Sampai Bila-Bila!

Rabu, 31 Ogos 2016 - Sempena 31 Ogos ini, saya enggan menyebutnya sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia, tetapi mahu menyebutnya sebagai Hari Kebangsaan Malaysia saja. Saya menyatakan demikian kerana kita sudah lama Merdeka. Bukan sehari dua yang lalu! Sebenarnya, sebelum kedatangan Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris ke Gugusan Pulau-Pulau Melayu ini (The Malay Archipelago), kita adalah satu rumpun Bangsa Melayu yang bebas dan merdeka serta bergerak ke mana jua tanpa sebarang sekatan, halangan atau sempadan. Nusantara yang merangkumi pulau-pulau Filipina, Indonesia, Borneo, Singapura, Malaya (Tanah Melayu), Kemboja dan Selatan Thailand adalah kampung halaman kita. Hanya selepas kedatangan para penjajah ini, barulah kita dijajah, disekat dan diikat sebagai hamba akibat kelemahan dan kebodohan diri kita sendiri. Selepas ratusan tahun dijajah, barulah kita sedar dan berupaya bangkit semula untuk merebut kembali kebebasan dan kemerdekaan tersebut. Kini, kita telah bebas daripada be...

Demonstrasi Tangkap MO1 Gagal!

Demonstrasi Tangkap MO1 yang diadakan pada petang semalam jelas gagal. Demonstrasi yang bermula dari Masjid Negara dan Sogo menuju ke Dataran Merdeka didapati hambar apabila hanya kira-kira 1000 orang demonstrator yang menyertainya. Para penganjur menjangkakan 5000 hingga 10,000 demonstrator akan hadir, malangnya demonstrasi tersebut tidak mendapat sambutan rakyat. Mengapa demonstrasi gagal? Saya berpendapat, pertama, rakyat Malaysia sudah bosan dan letih dengan pelbagai acara demonstrasi ini. Ia hanya membuang masa, tenaga dan wang ringgit serta tidak memberi sebarang faedah dan impak yang berkesan. Hasilnya, mereka hanya melakukan kerja-kerja bodoh dan sia-sia. Kedua, ia tidak mendapat sokongan para ahli dan penyokong PAS. Beberapa demonstrasi sebelum ini berjaya diadakan kerana ia mendapat sokongan padu PAS. Para ahli dan penyokong PAS amat taat kepada parti dan para pemimpin mereka. Apa saja yang diperkata dan dikerahkan oleh para pemimpin mereka, mereka akan patuh dan lakuka...

Rumpun Melayu, Satu Bangsa Yang Bebas Dan Merdeka

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-59 Satu Ketika Dulu, Kita Adalah Satu Bangsa Yang Bebas Dan Merdeka Menjalani Kehidupan Dengan Aman Dan Bahagia Belayar Dan Berpindah Ke Mana Jua Tanpa Sekatan Kerana Pulau-Pulau Milik Kita Dari Sebuah Pulau Ke Pulau Lain Kita Mengembara Untuk Membina Kehidupan Yang Lebih Sejahtera Pulau-Pulau Milik Kita Terbentang Luas Dan Beraneka Sehinggakan Tak Terjangkau Pandangan Mata Bilangannya Banyak Tidak Terkira Itulah Gugusan Pulau-Pulau Melayu, Kata Pelaut Dan Pedagang Lama Ada Pula Yang Mengatakan, Itulah Nusantara The Malay Archipelago, Para Kolonialis Berkata Gugusan Pulau-Pulau Melayu Adalah Milik Kita Milik Rumpun Melayu Yang Menaungi Sejak Berkurun-Kurun Lama Akibat Kelemahan Dan Bersenjata Lama Akhirnya Kita Ditawan Dan Menjadi Hamba Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris Bermaharajalela Kekayaan Nusantara Dikaut Rakus Demi Memajukan Negara Mereka Matlamat Mereka Bukan Setakat Itu Saja Sasaran Sebenar Ialah Untuk Melaksana D...

Olimpik Rio 2016 - Untung Atau Rugi?

Rabu, 24 Ogos 2016 - Olimpik Rio 2016 telah pun melabuhkan tirainya dengan penuh kegemilangan dan kejayaan. Beberapa rekod Olimpik dan Dunia berjaya dipecahkan sama ada di kolam renang mahu pun di balapan. Usain Bolt dan Michael Phelps telah muncul sebagai legenda sukan terbaru dalam Olimpik kali ini. Mereka telah mencipta sejarah dengan masing-masing meraih 9 pingat emas dan 23 pingat emas dalam tiga Sukan Olimpik yang mereka ceburi. Olimpik Rio juga telah berlangsung dalam suasana aman dan keriangan dengan kos yang lebih rendah daripada Olimpik London. Persoalan yang berlegar sekarang ialah sama ada Olimpik Rio ini mencatat Keuntungan ataupun Kerugian? Setiap sukan besar yang dianjurkan pasti mahukan kejayaan dan keuntungan. Jika tidak, sukan tersebut hanya menjadi indah khabar daripada rupa serta menyusahkan rakyat jelata kerana akhirnya rakyat juga yang terpaksa menanggung segala bebanan hutang tuan rumah. Baton Olimpik seterusnya telah pun diserahkan kepada negara Jepun yang a...

Ramalan Dan Sandaran Saya Meleset

Ahad, 21 Ogos 2016 - Malaysia masih lagi kempunan Emas. Nasib malang masih lagi menimpa dan menghantui mereka. Kita telah berjaya memasuki tiga Final Badminton, namun satupun tidak menghasilkan Pingat Emas. Ramalan dan sandaran saya bahawa DLCW akan membawa pulang Pingat Emas Olimpik yang pertama ke Malaysia jelas meleset. Beliau tewas straight set, 21-18 dan 21-18 kepada Chen Long dalam perlawanan akhir badminton Single Lelaki. Pada malam semalam waktu Malaysia, Chen Long telah bermain lebih baik daripada DLCW dengan mengawal hampir keseluruhan gelanggang. DLCW melakukan banyak kesilapan di bahagian net dan tidak bermain secara agresif. Kelemahan ini dimanfaatkan oleh Chen Long dengan bermain lebih agresif dan 'smash' apabila saja terdapat peluang. Saya berasa hampa dan kecewa dengan kekalahan DLCW ini kerana saya berharap sangat agar beliau berjaya membawa pulang Pingat Emas Sukan Olimpik yang pertama ke Malaysia sebelum beliau mula menggantungkan raketnya. Saya percaya...

Emas Di Depan Mata, Tetapi Tidak Terjangkau!

Sabtu, 20 Ogos 2016 - Perlawanan bergu lelaki malam tadi begitu mendebarkan, mencemaskan, menyeksakan, menyakitkan dan menghampakan. Pingat Emas telah dihidangkan sebanyak dua kali di depan mata, namun bergu Malaysia masih tidak terjangkau dan telah merenyukkan hati seluruh peminat badminton Malaysia. Bak kata seorang rakan saya, So Near, Yet So Far. Pingat Emas Begitu Hampir, Tetapi Masih Jauh. Mereka telah menghampiri mata emas pada 20 - 19 dan 21 - 20. Ini bererti mereka hanya perlukan satu mata lagi untuk merangkul emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik. Namun, mereka gugup dan akhirnya melepaskan peluang keemasan tersebut kepada bergu China. Sudah menjadi adat perlawanan, ada yang menang dan ada yang kalah. The Best Team Win. Tetapi, bergu Malaysia tewas dalam suasana begitu telah mengecewa dan menghampakan ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, Syabas kepada mereka berdua kerana telah melakukan yang terbaik. Sekurang-kurangnya mereka merangkul Pingat Perak dalam Ol...

Pokemon Go - Melalaikan, Melekakan, Buang Masa, Mengganggu Ketenteraman Awam Dan Menyebabkan Kemalangan

Selasa, 9 Ogos 2016 - Pokemon Go, satu permainan Alam Maya dan Alam Fantasi (Virtual World) yang menggunakan Telefon Pintar (Smart Phone), kini menjadi kegilaan para remaja dan orang dewasa di seluruh dunia. Ia memerlukan pengguna/pemain memiliki sebuah Telefon Pintar Berkamera dan GPS untuk mencari dan mengesan Pokemon di merata tempat. Sebaik saja Pokemon ini ditemui, binatang ini perlulah ditangkap dan disimpan dalam Telefon untuk permainan seterusnya, Permainan ini telah diperkenalkan di kebanyakan negara maju sebelum ia memasuki Malaysia sejak sebulan dua yang lalu. Sejak permainan ini diperkenalkan di seluruh dunia, banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Kemalangan kereta dan motor banyak berlaku akibat kelekaan para pemandu mencari dan mengesan Pokemon, Terdapat beberapa orang pencari telah dilanggar motor dan kereta kerana terlalu asyik dan leka dengan permainan Pokemon sehinggakan lupa dengan suasana sekitar. Ada juga yang menceroboh kawasan larangan dan perumaha...

Perasmian Olimpik Rio Unik, Menarik Dan Penuh Berwarna-Warni

Sabtu, 6 Ogos 2016 - Walaupun Brazil dibelenggu dengan krisis Politik dan Ekonomi, Perasmian Olimpik Rio 2016 telah berlangsung dengan cemerlang, lancar, menarik, unik dan penuh berwarna-warni. Yang paling menarik sekali ialah ia telah dapat dijayakan dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding kos yang dibiayai oleh Olimpik London. Kos perasmian Olimpik Rio adalah di sekitar 10% daripada kos keseluruhan yang ditanggung oleh Olimpik London. Perasmian Olimpik Rio bukan saja disajikan dengan projeksi teknologi terkini tetapi juga dihidangkan dengan pelbagai persembahan budaya, sejarah, muzik, lagu dan pelbagai tarian samba ala Copacabana Brazil. Kelainan yang dibawa oleh Perasmian ini begitu menakjubkan. Ia menonjolkan Tema Menghijaukan Bumi. Setiap Kontigen Negara telah diringi oleh kanak-kanak yang membawa sebatang anak pokok untuk disemai. Ini sejajar dengan peranan Brazil dan Hutan Amazon yang menghasilkan Oksigen paling banyak untuk kegunaan kehidupan di dunia ini. Hutan Amaz...

Olimpik Rio - Berjaya Atau Tidak?

Jumaat, 5 Ogos 2016 - Majlis Pembukaan Olimpik Rio, Brazil akan berlangsung pada 5 Ogos waktu Brazil. Tujuh tahun lalu, Rio de Janeiro telah dipilih sebagai kota Olimpik Musim Panas 2016 dengan menewaskan Tokyo, Chicago dan Madrid. Rakyat Brazil telah menyambut kejayaan tersebut dengan berpesta, menari dan bersamba di pantai terkenal mereka, Pantai Copacabana. Pada ketika itu, Brazil dianggap sebagai salah sebuah daripada negara berdaya maju BRIC (Brazil, Rusia, India dan China) dengan hasil minyak yang baru ditemui di pantai Brazil bernilai Berbilion Dollar. Tiga tahun lalu sebelum Olimpik ini berlangsung, harga minyak dunia telah merudum bersama harga Bijih Besi dan Gula keluaran Brazil. Keadaan ini telah meranapkan ekonomi Brazil. Kadar pengangguran mula meningkat, Kerajaan Negeri Rio jatuh bankrap sehinggakan gaji polis tidak mampu dibayar dan terdapat kereta Polis yang tidak berbinyak. Susulan keadaan itu, Polis Brazil telah membantah dengan tunjuk perasaan, rasuah bermaharajale...

Majlis Hari Raya Pesara LPK/North Port Meriah

Selasa, 2 Ogos 2016 - Syabas dan Tahniah kepada para Ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis Hari Raya Pesara LPK/North Port kerana telah berjaya mengadakan Majlis tersebut dengan baik dan sempurna. Hasil daripada kerja kuat anda semua Majlis tersebut telah berlangsung dengan lancar dan penuh kemesraan. Majlis tersebut yang diadakan di Restoran D Rosa, Pelabuhan Klang pada hari ini, 2 Ogos, dari jam 2 petang hingga 5 petang, telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran kira-kira 200 orang pesara LPK/North Port. Mereka berpeluang menjalin semula tali silaturrahim yang telah lama terputus sambil menikmati pelbagai jenis juadah yang disediakan. Kemesraan di kalangan mereka tetap sama seperti mereka bertugas dulu, tetapi hanya usia, paras rupa dan tahap kesihatan mereka yang berbeza. Ada yang masih kacak, lawah, sihat dan bertenaga, dan ada juga yang kelihatan agak uzur sedikit. Bagi mereka, semua itu tidak penting. Yang penting ialah mereka dapat datang beramai-ramai untuk bersua ke...

Khairul Hafiz Baiki Rekod 200M Yang Dicatatnya Semalam!

Jumaat, 29 Julai 2016 - Syabas Khairul! Dalam Pertandingan Akhir 200M pagi tadi, Khairul, 18 tahun telah memecahkan rekodnya sendiri yang beliau catat semalam. Pagi tadi, beliau telah mencatat 21.03 saat, mengatasi prestasinya semalam 21.14 saat. Walau bagaimanapun, beliau gagal mengatasi rekod Dr M Jegathesan sepantas 20.92 saat yang dicatat di Olimpik Mexico dalam tahun 1968. Dalam Sukma kali ini, Khairul turut membantu Melaka memecahkan rekod Kebangsaan dalam acara 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 400m. Satu pencapaian terbaik oleh Khairul. Beliau masih muda dan mempunyai  masa depan yang cerah. Saya yakin dalam masa setahun dua ini, beliau akan berupaya mengatasi rekod Dr M Jegathesan. Saya tidak pasti sama ada beliau layak ke Sukan Olimpik Rio, Brazil ataupun tidak. Sekiranya tidak, saya cadangkan agar Kementerian Belia Dan Sukan menajanya ke Sukan tersebut bagi membolehkan beliau mengalami suasana Olimpik yang sebenar, menyaksikan sendiri aksi para pelari pecut dunia di s...

Raja Pecut Terbaru Malaysia Pecahkan Rekod 200M Sukma!

Raja Pecut Malaysia yang baru dinobatkan, Khairul Hafiz Jantan, telah memecahkan rekod 200M Sukma dalam pertandingan Separuh Akhir yang diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya, petang tadi. Beliau mencatat 21.14 saat, sekaligus memadamkan rekod Nazmizan 21.33 saat pada tahun 2002. Semalam beliau telah memecahkan rekod 100M Sukma dengan catatan 10.18 saat. Saya harap pada pertandingan akhir nanti, beliau mampu memecahkan pula rekod Dr M. Jagathesan, 20.92 saat yang dicatat di Olimpik Mexico pada tahun 1968. Syabas Khairul! Teruskan perjuangan anda. Anda masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah untuk mengharumkan nama Malaysia di persada Olahraga Dunia. Kita kini mempunyai satu lagi Bintang dalam dunia Sukan! - ends -

Khairul Hafiz, Pelari Terpantas Di Malaysia!

Rabu, 27 Julai 2016 - Khairul Hafiz Jantan, 18 tahun, telah memecahkan rekod 100m Kebangsaan dengan catatan 10.18 saat. Beliau melakukan catatan tersebut di Sukma yang diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang tadi. Pencapaian tersebut sekaligus memadamkan rekod Watson Nyambek, 10.30 saat yang dicatat dalam tahun 1998. Sebelum ini beliau telah memenangi Pingat Emas dalam Pertandingan Remaja Asia di Ho Chi Minh City, Vietnam. Kini, kita mempunyai satu lagi Bintang yang bakal menyinar di persada antarabangsa. Kementerian Belia Dan Sukan perlu memberi perhatian rapi kepada remaja ini. Beliau masih muda dan masih berupaya untuk memperbaiki lagi catatan tersebut. Syabas Khairul! Sukan Olimpik Rio, Brazil akan diadakan tidak lama lagi. Beliau perlu dijaga, dilatih sebaik mungkin dan disuntikkan semangat untuk bersaing dengan para jaguh dunia. Saya yakin, di Rio nanti, beliau mampu memperbaiki rekod yang beliau catat hari ini. - ends -  

Pilihan Raya Kilat Di Pulau Pinang?

Selasa, 14 Syawal 1437H, 19 Julai 2016M - Pulau Pinang bukan saja mengalami banjir kilat sekarang, tetapi bakal mengadakan Pilihan Raya Kilat tidak lama lagi! Desas-desus semakin kencang mengatakan bahawa DAP akan mengadakan Pilihan Raya Kilat tidak lama lagi bagi mendapatkan semula mandat rakyat Pulau Pinang untuk menyokong kedudukan LGE yang kian goyah akibat dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadapnya. Mereka juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat penting bersama para pemimpin PKR. Walau bagaimanapun, difahamkan Dr Wan Azizah dan para pemimpin PKR masih non-committal dan perlukan penjelasan lebih lanjut tentang cadangan DAP itu. LGE tidak seharusnya menyeret rakyat Pulau Pinang ke dalam kancah masalah peribadi beliau. Pilihan Raya Negeri serta dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap beliau adalah dua perkara yang berbeza. Beliau tidak patut melibatkan rakyat dalam kes Mahkamah beliau sendiri. Saya yakin, apa pun keputusan Pilihan Raya nanti, tidak akan dapat mempengaruh...